Friday, June 22, 2012

Satay atau sate



Di dalam industri automotif dan mekanikal di Malaysia terdapat banyak komponen-komponen kereta dan alatan yang dipanggil dengan berbagai nama.Olehkerana acapkali digunakan ia telah menjadi satu trend bagi semua kedai alatganti dan bengkel sahaja yang menggunakannya secara meluas sesama mereka.

Walaupun begitu perkataan-perkataan ganti nama bagi komponen-komponen atau alatganti tersebut telah digunakan juga antara penjual dan pembeli alatganti kereta dan kenderaan di Malaysia ini.Ia semakin merebak dan menjadikannya satu perkataan gantinama yang mudah dan senang difahami untuk mereka yang faham sahaja dan selalu berkunjung ke bengkel-bengkel  kereta dan kedai-kedai alatganti baru dan juga lama yang selalu dipanggil kedai POTONG.


Kedai POTONG adalah merujuk kepada kedai alatganti kereta yang dipotong sebahagiannya dan biasanya diimport dari luarnegara sepereti Jepun,Korea,Amerika dan banyak lagi negara yang menggunakan alatganti yang serupa.

Penggunaan perkataan-perkataan gantinama alatganti tersebut juga menjadikannya semakin mudah kerana ia lebih disasarkan kepada rupabentuk suatu alatganti tersebut.Perhatikan gambar dibawah yang digantikan namanya sebagai TULANG ANJING yang berbentuk hampir serupa dengan tulang yang dimakan oleh seekor anjing.

Sepertimana yang kita di Malaysia ini tahu satay adalah kegemaran rakyat Malaysia dan makanan tersebut adalah terdiri dari daging segar samada ayam atau lembu dsbnya yang dicucuk pada lidi dan dibakar.Begitujuga dengan alatganti yang digantikan namanya dengan panggilan SATE/SATAY yang biasa digunakan merujuk kepada lower arm bush yang yang terbentuk dari beberapa jenis getah kecil yang dimasukan kepada sebatang besi untuk mengawal pergerakan lower arm seakan-akan satay.

Satay adalah makanan terkenal di Malaysia



Sebahagiannya lagi adalah seperti berikut:-

1)TARIK BELAKANG bermaksud enjin yang menggunakan geartbox sebelah belakang atau rear axle
2)TARIK DEPAN bermaksud enjin yang menggunakan gearbox hadapan.
3)POM merujuk kepada berbagai pam seperti water pump,pump bearing,steering pump dll.
4)KATAU merujuk kepada apa saja alatan cut off switch yang dahulunya biasa digunakan untuk memati dan menghidupkan semula berbagai komponen seperti enjin dan starter dan digantikan dengan relay pada masa kini.




Wednesday, June 13, 2012

Mengapa gasket silinder terbakar bila enjin panas



 Overheating atau kepanasan melampau adalah keadaan dimana enjin mengalami kepanasan yang melebihi dari sepatutnya.Tahap kepanasan enjin adalah dikawal supaya berada pada satu tahap sejuk untuk enjin beroperasi seterusnya.

 Jika terjadi overheating meter penunjuk suhu enjin akan berada lebih dari setengah ataupun berterusan bergerak sedikit demi sedikit ke tanda merah pada meter suhu.Prestasi enjin akan terus menurun dan seterusnya menjadi tersangat panas sehingga enjin akan berhenti sendiri.Penunjuk suhu tidak boleh melebihi dari had minima ,jika melebihi had tersebut ia adalah diklasifikasikan sebagai overheating (kepanasan melampau).


 Akibat daripada kepanasan tersebut keadaan seperti enjin berbunyi kuat,berbau hangit,asap berkepul dan enjin mati sendiri adalah keadaan akhir selepas overheating berlaku.

Komponen penyejukan enjin

Komponen-komponen yang berkaitan untuk mengawal suhu enjin supaya tidak mengalami kepanasan adalah seperti berikut:-

1)Radiator
2)Water pump
3)Water jacket
4)Kipas radiator
5)Thermostat
6)Enjin blok
Diantara 6 komponen tersebut hanya enjin blok yang berfungsi tetap dalam enjin untuk mengawal suhu sejuk untuk enjin beroperasi. Diatas blok enjin terdapat llubang-lubang kecil yang akan dilitupi dengan air untuk mengawal kesejukan dari dalam bila enjin dihidupkan.

Air yang berada pada lubang-lubang kecil tersebut akan berada kekal sementara silinder gasket berfungsi menyekat air dan minyak hitam  dari memasuki ruang pembakaran .Di sinilah fungsi sebenar gasket silinder yang bertujuan melemahkan kepanasan kepada tahap yang sesuai untuk enjin beroperasi.Akantetapi bagaimanakah gasket silinder ini boleh terbakar sedangkan dilitupi oleh air pada dasarnya?


Mengapa silinder gasket terbakar dan enjin berhenti

Pada satu ketka dimana enjin terlalu panas iaitu melebihi dari had maksima untuk enjin beroperasi silinder akan menjadi panas sedikit demi sedikit dan terus melekat pada blok dan seterusnya melimpahkan sedikit demi sedikit air ke ruang pembakaran .Bila ruang pembakaran dipenuhi air inilah yang akan menyebabkan kereta berhenti terus tanpa boleh dihidupkan.

Perkara perlu dilakukan sebelum enjin jadi terlalu panas

1.Berhentikan kereta
2.Biarkan enjin sejuk kira2 satu jam
3.Buka penutup radiator setelah enjin sejuk
4.Isikan air semula dalam jacket dan radiator
5.Pastikan kipas berpusing setelah enjin panas semula
6.Jumpa mekanik jika enjin terlalu cepat jadi panas-(silinder gasket telah terbakar)

Carakerja pembaikan berdasarkan kerosakan

1.Servis radiator-jika enjin panas ketika berhenti sahaja
2.Tukar thermostat-jika kipas radiator tidak berpusing dan enjin panas sekejap2
3.Tukar hose bocor-jika terdapat mana2 kebocoran air
4.Tukar head gasket sahaja-jika panas yang kadangkala terjadi sahaja
5.Tukar  motor kipas radiator-jika panas berterusan dan kipas berhenti berpusing
6.Tukar water pump jika air pada water jaket susut selalu
6.Top Overhaul adalah carakerja penuh untuk semua dia atas.

Pengawalan awal supaya tidak terjadi overheating

1.Pastikan coolant mencukupi dalam radiator dan water jaket,pastikan air berwarna biru gelap sentiasa
2.Flush radiator atau tukar air radiator setiap kali servis
3.Pastikan tiada hose air yang bocor
4.Pastikan kipas radiator berfungsi
5.Tukar water pump jika air dalam water jacket susut
6.Picit hose di thermostat berulang kali supaya thermostat tidak melekat dengan coolant sahaja
7.Sembur air pada sirip radiator untuk hilangkan habuk ,daun atau batu kecil yang terselit pada sirip radiator
8.Parking kereta pada tempat berbumbung jika ada
9.Semasa mengisi semula air radiator hidupkan enjin seketika supaya air dapat memenuhi semua ruang.
10.Gunakan coolant yang disarankan sahaja



Tuesday, June 5, 2012

Menjimatkan petrol secara teknikal


ECOMASTER Gas Fuel Saver Chip to Oxygen Sensor Proton Gen 2 1.6L 10-year WARRANTY


Petrol adalah bahanapi utama dalam menggerakan enjin secara keseluruhan,tanpa petrol enjin ibarat burung tanpa sayap,tidak berdaya untuk pergi jauh.Petrol bukan sahaja bahan bakar utama kenderaan malah ia juga berfungsi sebagai pencerna kepada sistem api kenderaan supaya ia dapat terus bergerak dan menceriakan pengguna kenderaan tersebut.

Walaubagaimanapun apabila petrol yang digunakan diadalam kenderaan seperti kereta meningkat secara mendadak dan tidak dapat dikawal,sukar jimat, sudah tentu pengguna akan berasa gusar dan akan terus mencari jalan untuk mengurangkan kadar penggunaan petrol dalam enjin kereta dsbnya.

Pada dasarnya penggunaan petrol akan tetap bertambah kerana komponen-komponen sistem minyak akan menjadi haus dan sebahagiannya pula tidak dapat berfungsi pada kadar 100 peratus lagi selepas beberapa kilometer digunakan.Komponen tersebut termasuklah hose,karburator,injektor,tangki minyak dan fuel filter.

Diantara komponen tersebut komponen seperti hose,karburator,injektor dan fuel filter adalah komponen yang menyumbang kepada penambahan penggunaan petrol pada sebuah kereta.

karbon yang memenuhi ruang atas piston

Secara teknikalnya pula penambahan karbon dalam enjin adalah penyumbang yang agak besar peratusnya dalam penambahan penggunaan petrol sesebuah kereta.Karbon akan bertambah apabila terdapat lebihan petrol yang tidak dibakar  dan melekat disekitar atas piston,ring piston bawah head silinder,sekeliling injap dan didinding head silinder.

Secara teknikalnya juga karbon memang tidak dapat dimusnahkan begitu saja oleh aktiviti petrol dan pembakaran yang berterusan  dalam enjin.Ia hanya boleh dilakukan hanya dengan membuat top overhaul ke atas enjin tersebut.Top overhaul yang kemas untuk membuang karbon harus dilakukan dan carakerja seperti membersihkan atas piston dan blok,membersihkan sekeliling injap dan silinder head perlu dilakukan supaya karbon dapat dinyahkan dari atas permukaan blok dan silinder head.

Setelah top overhaul selesai penggantian air filter dan plug adalah sebahagian pemangkin utama untuk mengembalikan kadar penggunaan petrol kepada asal.Hose dan fuel filter harus ditukar manakala tangki minyak pula perlu dibersihkan.Injektor atau karburator juga perlu diservis sebagai pengakhiran kepada proses mengembalikan penggunaan kadar petrol seminima yang mungkin untuk penjimatan.

Top overhaul adalah cara kerja teknikal yang menelan belanja yang agak besar untuk dilakukan dan sehinggakini carakerja tersebut kekal sebagai pembaikan ketika enjin panas sahaja seperti menukar head gasket dan grind valve.

Kajian untuk menjimatkan penggunaan petrol untuk kereta telah membawa kepada penggunaan decarbonizer untuk mencairkan karbon sewaktu enjin bergerak.Decarbonizer adalah sejenis bahan kimia campuran pelbagai bahan kimia sepert butoxyethanol dan blend polymer bertujuan mencairkan karbon menjadi kepulan asap dan seterusnya dialirkan melalui ekzos.

Pada masa kini penggunaan decarbonizer semakin meluas sehingga mencecah 85 peratus sebagai bahan utama untuk mempercepatkan proses top overhaul yang menelan kos serta masa yang agak panjang.Penggunaan decarbonizer lebih mudah ,bahan tersebut hanya perlu dialirkan kedalam sistem minyak untuk beberapa minit ataupun digunakan didalam tangki minyak untuk menikmati hasilnya pada kadar yang agak cepat berbanding top overhaul.

Terdapat banyak jenama decarbonizer dalam pasaran di Malysia mahupun diluar negara.Produk Professor (xpress decarbonizer) adalah antara produk anak tempatan Malaysia yang banyak digunakan sekarang Produk ini adalah antara jenama yang diakui berhasil untuk meminimakan penggunaan petrol ketahap yang paling minima dan amat berkesan mencairkan karbon menjadi asap seterusnya mermbantu prestasi enjin kepada yang lebih baik.