Pasal aircond kereta


Hari ni dah 2 hari dalam bulan Julai dan kebiasaannya bagi mereka yang makan gaji dan yang berprofession tinggi mungkin dah dapat gaji ataupun dah abis gaji dibelanjakan (he!he!).Tapi kalau bagi orang berniaga tentu pening lak dah masuk bulan baru je nak kena bayar mcm2,supplier berderet mintak utang jadi pokok pangkalnya dalam hidup nie ade saje yang nak kena diselesaikan.

Tapi hari nie bukan ini yang aku nak citer kat korang sumer,hari nie aku rase nak tulis pasal aircond kereta lah pulak.Aku ingat dah lame aku tak tulis pasal kereta ni jadi hari ni aku ambik kesempatan nak beritau pasal AIRCOND kereta ataupun bahasa melayunya PENGHAWA DINGIN.

Kalau citer pasal aircond kereta nie ada 4 komponen utama iaitu compressor,condenser,cooling coil dan gas filter.4 komponen nie pulak ada fungsi masing-masing la pulak dan aku andaikan korang sumer lum tau jadi aku kasi tau le serba sedikit ya!.

Prosesnya berbunyi macam nie ,gas yang ditabung di gas filter (botol aluminium hitam disebelah kiri atau kanan dalam enjin) akan disalurkan ke compressor,yang nie penting sebab gas akan melaluinya dan di 'press' supaya gas tu jadi sejuk terus dilalukan ke condenser untuk melikatkannya, macam susu condensed milk tu le.Selepas sumer kerja "press'dan"condensed' nie selesai gas tu akan disalurkan ke cooling coil untuk kerja terakhir iaitu penyejukan,dan dari situ le kita dapat gas sejuk yang kuar dari corong aircond dalam kereta korang tu.

Begitulah serba sedikit pasal aircond gas nie tapi tujuan aku tulis nie nak beritau selalu pengguna kereta nie akan hadapi masalah aircond tak sejuk dan berwap,jadi untuk kesenangan sumer ade beberapa sebab ia jadi begitu:-

1)compressor tak berfungsi-samada masalah wiring atau compressor dah rosak
2)compressor takde minyak dan bering yang rosak
3)cooling coil bocor
4)condenser bocor
5)terdapat hose penyambungan yang bocor
6)gas filter yang dah lama digunakan.

Kesimpulannya dalam banyak2 sebab tu yang paling banyak sekali ialah compressor jadi compressor nie selalu bawa masalah paling tinggi,so kalau korang pi woksyop pastikan mekanik check minyak compressor ade, supaya ianya tak jam dan bukan korang tak tau harga yang paling mahal dalam komponen aircond ialah compressor jadi pastikan mekanik check compressor disamping sebab yang lain juga!

Pesan yang terakhir aku nak kasi tau ialah kalau tukar compressor pastikan mekanik servis cooling coil dan gas filter kalau boleh ditukar baru le sejuk macam kat Genting HIghland gamaknya dan jadi beku korang duk dalam kereta!

Setakat ini dulu la ya nantiku bawa citer lain pulak!






1.Compressor
2.Filter
3.Expansion valve
4.Fan clutch/Blades
5.Blower
6.Radiator/Condenser/Fan motor
7.Heater control valve
8.Heater core
9.Evaporator core
10.Hose Fitting

wassalam-kerosakan kereta

Comments