Pasal aircond kereta lagi



Pagi ni dah pukul 312 pagi aku baru je lepas tengok bola Arsenal dan MU,walaupun pasukan kegemaranku Arsenal tumbang tapi puashati kerana gamenya ok gak.Dah lama gak aku tak update blog ni jadi pagi nie aku pun tulih le pasal aircond sekali lagi,tapi tak banyak mane le cuma nak kasi tahu korang pasal gas aircond yang selalu dan sesuai digunakan untuk kereta lama dan model baru.

Ada dua jenis gas aircond kereta yang selalu digunakan iaitu gas R12 dan R134A,R12 nie selalu digunakan pada kereta lama ataupun kereta yang dah lebih umur 5 tahun keatas,bukan tak boleh digunakan pada kereta model baru tapi tak berapa sesuai kerana kandungan dalaman gas tersebut.
>


R12 tu boleh membawa penyakit kepada sistem aircond kereta.Jika digunakan gak akan membawa kepada kerosakan compressor dan cooling coil,tapi yang lebih senang kena penyakit ialah compressor,macam kena H1N1 gamaknya terus demam compressor tu dan terus le kong.Jadi aku nasihatkan kalau ada nampak mekanik tuang gas R12 nie kat kereta korang tolong beritahu dia gas tu tak sesuai.Kadangkala mekanik dan kedai ada yang nak untung lebih tuang gas R12 nie sebab ianya murah dari R134A.

R134A pulak adalah gas yang sesuai digunakan pada kereta model baru zaman sekarang yang umur tak lebih 5 tahun dikeluarkan dan kalau kereta malaysia selalu digunakan pada kereta wira,perdana,waja termasuk kereta perodua dsbnya.

Kandungan gas warna hijau nie memang lebih ringan berbanding R12,jadi hati2 bila memilih gas aircond kereta.Kereta jepun kebanyakannya memang boleh gunakan R12 dan R134A tapi aku nasihatkan tuang R134A jika kereta korang masih baru supaya tak dapat penyakit pada compressor kalau dah dapat nanti bertambah sakit le poket korang sumer.

Sekian untuk kali ini semuga jumpa pada topik lain pulak.Jika nak tanye pasal kereta sila le tinggalkan komen nanti aku jawab bila ade yang tinggalkan komen,jadi selalu le lawat page nie ataupun bookmark je dan tengok ok.sekian wassalam.



wassalam-kerosakan kereta

Comments