Wednesday, October 7, 2009

Komponen-komponen kereta yang boleh diservis

Salam,

Olehkerana blog kerosakan kereta ini aku wujudkan untuk membantu semua dalam mencari maklumat yang boleh menyenangkan semua, jadi pada kali ini aku nak beritahu pasal komponen2 kereta yang boleh diservis selain dari servis biasa yang tukar minyak enjin dan oil filter.

Ini juga termasuk dalam salah satu cara yang terdapat dalam kerosakan kereta juga ya!. cara ini adalah cara yang terbaik untuk menukar minyak enjin dan oil filter semua orang boleh buat sendiri kerana prosesnya tidaklah rumit,cuma korang perlukan alat seperti pembuka oil filter,spanar biasa ukuran 17,14 ataupun 12mm diameter.

Kerosakan kereta korang boleh senang dikenalpasti jika kena cara dan kaedah yang betul walaupun hanya sekadar pengetahuan tanpa melakukannya sendiri.



Enjin

1.servis karburator
2.servis alternator
3.servis fuel pump
4.servis starter
5.servis radiator

Aircond

1.cooling coil
2.compressor

Disini aku terangkan sedikit mengenai cara-cara servis alternator kereta dan starter kereta yang tidak begitu rumit.Prosesnya hanya perlu buka starter atau alternator tersebut dan cuci dalamannya dengan petrol atau diesel kemudian gantikan komponen sesentuh elektrik iaitu gentian karbon dengan gentian yang baru.Gentian karbon biasa dipanggil "carbon brass".Alternator dan starter kereta harus diceraikan kepada tiga bahagian supaya senang servis dan tukar gentian karbon.



Radiator kereta pula boleh di servis dengan 2 cara iaitu cara kimia dan cara penggunaan air.
Cara yang biasa digunakan dan senang sekali ialah tanpa menanggalkan radiator dari tempatnya iaitu dengan menyalurkan air dari penutup atas dan buangkan melalui tutup bawah radiator.Lakukan beberapa kali dan kadangkala tutup bahagian bawah dan buang semula air supaya angin terdapat dalam radiator untuk tujuan pembersihan.Isi semula air dan tambahkan coolant untuk penyejukan.



Aku rasa cukup setakat ini dulu dari blog kerosakan kereta, sambungan nya untuk cooling coil dan compressor serta fuel pump di lain post menyusul nanti.

sekian dari kerosakan kereta blog.

No comments:

Post a Comment