Kereta kancil yang tersenggut-senggut


Kerosakan yang terdapat pada kereta kancil memang agak banyak,tetapi dalam post kali ini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman berkenaan kereta kancil yang tersenggut-senggut bila dalam keadaan menaiki bukit ataupun jalan yang tidak mendatar.

Walaupun pengeluaran kereta kancil telah diberhentikan oleh Perodua dan sekarang diganti dengan Viva tapi masih ramai diantara kita masih memiliki kereta ini.

Kerosakan ini akan berlaku bila kita mendaki bukit ataupun jalan yang tidak landai dan sedikit berbukit.Kereta kancil berkeadaan tersenggut-senggut dan bunyi enjin yang seakan-akan ingin berhenti.Bila kita mengalami masalah ini dan kita terus menekan minyak dikhuatiri kereta kancil tersebut akan mengalami 'overflow'(minyak yang dipam keenjin terlalu banyak)dan kenderaan ini akan berhenti dengan sendirinya.

Seperti yang kita ketahui kereta kancil memang menggunakan karburator untunk sistem minyak dan angin,jadi keadaan 'overflow' ini lebih menyukarkan untuk dihidupkan jika berada dalam cuaca yang agak dingin atau hujan.




Kebanyakan pengguna dan mekanik juga akan terfikir untuk menukar spark plug(palam pencucuh) dan menukar kabel plug tetapi berdasarkan pengalaman aku selama berkecimpung dalam bidang automotif ini,kerosakan tersebut bukan berpunca daripada sistem api .Ia sebenarnya berpunca daripada fuel filter (penapis minyak petrol)yang telah kotor dan tersumbat seterusnya mengganggu perjalanan api dalam enjin.Untuk itu penapis minyak tersebut mestilah ditukar.Untuk pengetahuan penapis minyak tersebut berada dikedudukan dibawah kereta sebelah kiri penumpang belakang, boleh tukarkannya sendiri ataupun hantar ke mekanik untuk ditukarkan.Kos penapis minyak tersebut ialah sekitar rm20 ke bawah.

Untuk menyenangkan lagi supaya tidak terganggu perjalanan semasa pemanduan ialah dengan menukarnya setiap kali membuat servis kereta dan pastikan anda atu mekanik menukar penapis angin (air filter) juga untuk lebih kelancaran enjin.




penapis minyak petrol (fuel filter)

RALAT: Flywheel oil seal yang bocor akan menitiskan minyak enjin dan bukannya minyak gear seperti yang tertulis dalam komen2 dibawah,HARAP MAKLUM.

Comments