Thursday, February 16, 2012

Kesan dari makan minyak hitam

Salam kepada semua pengunjung,


Dalam post yang terdahulu ada dinyatakan bagaimana pelarasan tappet dapat menghalang bunyi ketukan yang kuat dan juga bagaimana top overhaul dapat mengembalikan enjin kereta seperti sediakala.

KLIK SINI UNTUK TENGOK VIDEO 

Video diatas menunjukan hampir keseluruhan kesan-kesan yang dapat kita dengar mengenai ketukan yang terlalu kuat terjadi dalam engine yang telah mengalami ketidakupayaan mengawal geseran dan mungkin juga terdapat komponen dalam silinder yang telah pecah akibat dari minyak hitam yang menjadi kurang sedikit demi sedikit (makan minyak hitam).

Kesan dari minyak hitam yang menjadi kurang dengan cepat akan menghasilkan bunyi dalam enjin yang kuat serta boleh menyebabkan sebahagian komponen seperti rocker arm menjadi rosak atau pecah.


Kerosakan ini hanya boleh dibaiki dengan membuat top overhaul keatas enjin tersebut dan menukar semua set top overhaul seperti valve seal,rocker arm yang pecah dsbnya.Walaupun top overhaul kebiasaannya dilakukan jika putus timing belt tetapi dalam kes sedemikian top overhaul adalah wajib dilakukan untuk membolehkan kereta tersebut berfungsi seperti sediakala untuk menjamin jangkahayat yang lebih panjang.

No comments:

Post a Comment