Thursday, March 29, 2012

Nasi goreng tengah malam

Waktu sekarang menunjukkan pukul 12.05,perut rasa laparlah pulak.bangun dari kerusi terus pi dapur,tengok ada tak bahan untuk masak.Ops cukup semuanya nasi pagi tadi pun elok lagi,ah!goreng nasilah.

 (Lepas setengah jam )-mmmm! dah jadi dah,sat lagi aku nyekek kau ya nasi!  


Sekarang ni cuba kita lihat bahan-bahan buat nasi goreng segera ni.

1.Mestilah ada nasi secukupnya
2.Mestilah ada telur sebiji
3.Lada merah 1 biji (tak tahan pedas da!)
4.Cili api 2 biji
5.Kiub ayam Knorr
6 Air 2 sudu teh
7.Bawang besar 1 biji
8.Bawang putih 1 biji juga
9.Ikan bilis dah goreng

 Nak buat dia senang je,tumbuk lada merah dan cili sampai lumat.Setelah tumiskan bawang merah dan bawang putih,masukan kiub ayam Knorr,gaul rata bila dah naik minyak masukan 2 sudu air kacau lagi ,masukan ikan bilis dah goreng tadi terus masukan nasi dan kacau sehingga sebati .Setelah agak masak sedikit masukan sebiji telur dan masak sehingga nasi jadi keras dan berbau wangi.

 selamat cuba ya-nasi goreng tengah malam

No comments:

Post a Comment