Penggunaan thermostat pada sistem air kereta

Aku rasa ramai yang dah mengetahui penggunaan thermostat dalam sistem air sesebuah kereta.Tertarik dengan soalan pengunjung blog ini yang bertanyakan mengenai kenapa thermostat digunakan dalam air sesebuah kereta maka wujudlah post ini bagi menjawab ketidakpastian pengguna mengenai thermostat.

 Thermostat adalah alat yang bergelung dan mempunyai gentian berwarna kuning ditengah gegelung yang berbentuk seperti penutup radiator.Penggunaan thermostat adalah sebagai penyekat air pada satu tahap maksima kepanasan supaya kipas radiator sebagai alat pembuang haba automatik berfungsi dan seterusnya mengawal sistem sejuk air dalam enjin kereta.


Thermostat juga boleh berfungsi sebagai penyekat sedikit kotoran dalam sistem air kereta seperti habuk halus dari coolant.Kotoran tersebut akan melekat disekeliling gegelung berbentuk spring pada thermostat dan lama kelamaan membentuk seperti sarang.

 Keburukan thermostat pula ialah apabila ianya tidak berfungsi dimana ia tidak mengembang dan tidak menutup saluran air kemungkinan engine akan panas adalah amat tinggi. Kedudukan thermostat pula biasanya diletakan dihujung hose bawah pada radiator iaitu disaluran awal air keluar dari radiator dan membentuk pusingan aliran air.


Rajah kedudukan thermostat. Soalan mengenai kenapa thermostat digunakan adalah kerana jika tanpa thermostat sistem air akan menunjukan sejuk dan tiada peluang langsung untuk pembuangan haba melalui kipas radiator,dan jika sistem tanpa thermostat berlanjutan keadaan pengawalan suhu dalam engine juga sentiasa dalam keadaan terbaik walaupun pada hakikatnya kita hanya menyuruh enjin tersebut berada dikeadaan begitu untuk menyejukan operasinya.

 Tanpa thermostat juga kotoran yang berpusing akan terus melekat disekitar sistem air pada water pump,pada radiator dan sekeliling hose dan akan mempercepatkan lagi kerosakan keseluruhan sistem tersebut. Kita boleh gunakan kereta tanpa thermostat pada sistem air akantetapi hayat engine tersebut serta prestasinya akan berkurangan.Engine sedikit susah dihidupkan dan sedikit pick up juga akan berterusan berkurangan.

 Jika saudara/i mengalami masalah suhu pada engine dan mekanik mengesyorkan supaya menukar thermostat,pastikan mekanik menukarnya dan bukan membuangnya terus tanpa digunakan samasekali. 

Dalam keadaan tertentu jika suhu panas enjin bertambah mendadak walaupun kipas berfungsi,terdapat air mencukupi,thermostat boleh dikeluarkan terus jika thermostat yang rosak menyebabkan engine jadi panas untuk jangkamasa yang pendek supaya kepanasan engine dapat dikawal .






Comments