EP90 dan SAE140 untuk gear


Terdapat dua jenis minyak gear yang digunakan untuk gearbox atau kotak gear.Sepertimana umumnya kotak gear memainkan peranan utama dalam pengendalian gerigi gear untuk bergerak ataupun menukar gear.Secara khususnya pula kotak gear adalah pengendali utama dalam memberikan keupayaan kepada pergerakan roda dan bukannya sebuah kereta.


Maka sebab itulah gerigi gear dibina secara teliti menggunakan keluli yang berkualiti tinggi yang mampu menahan berat kereta dan menggerakkannya walaupun ia hanya disambung pada sebahagian daripada bahagian enjin.

Didalam kotak gear ,gerigi gear bekerja mengikut pusingan yang ditentukan oleh pengiraan jarak antara gerigi -gerigi keluli tersebut.Mengikut pada pengiraan asalnya sebiji gerigi akan berpusing mengikut arah jam dan satu lagi dipusingkan secara berlawanan supaya ia dapat membentuk sebuah pusingan yang sempurna.

Olehkerana keupayaan dan kemampuan gear atau gerigi ini amat penting maka dalam sebuah gearbox kereta minyak yang digunakan adalah berbeza dan digredkan berlainan untuk membezakannya.Gred EP90 (Extreme Pressure 90) dan SAE 140 (Society of Automotive Engineers 140) adalah 2 jenis gred yang biasa digunakan untuk sebuah gearbox.manual manakala untuk sebuah gearbox auto hanya dilabelkan sebagai auto transmission fluid kerana kebanyakannya adalah pada kegunaan yang sama iaitu untuk kereta sahaja.


EP90 dan SAE140 adalah dua jenis minyak gear yang digunakan dalam kotak gear kereta .EP90 digunakan untuk kotak gear hadapan dan SAE140 pula adalah untuk kotak gear belakang..Wajib diketahui bahawa tidak semua jenis kereta menggunakan kedua-dua jenis minyak gear ini,hanya terdapat beberapa model sahaja yang menggunakan minyak gear SAE140 untuk kotak gear belakang.
Ini adalah disebabkan pembuatan kereta tersebut yang dibina tidak menggunakan pusingan gear untuk menggerakan roda belakang.Kereta model Toyota seperti Toyota harrier,Toyota Innova,Nissan Serena,Nissan Vannette,Perodua Rusa dan banyak lagi model yang biasa dikategorikan sebagai kenderaan MPV,Van dan Lori.

Manakala minyak gear gred EP90 adalah digunakan untuk semua model kereta yang menggunakan kotak gear hadapan sebagai pengendali untuk roda.Dari keseluruhan model kereta yang terdapat diseluruh Malaysia ataupun dunia kebanyakannya menggunakan minyak EP90 sebagai bahan pelincir gerigi gear dalam kotak gear.

Menggunakan minyak gear yang salah pada sebuah gearbox akan menyebabkan ketidaklinciran pada gerigi gear dan kepanasan akibat gerigi yang tidak lancar boleh menyebabkan kerosakan keseluruhan kotak gear dan juga menyebabkan ianya terus berhenti.

Begitu jugalah lazimnya berlaku bila kotak gear dimasuki air samada dari banjir atau kotak gear yang dibiarkan lama dan dimasuki air hujan .Gerigi gear dalam gearbox akan terus berhenti berpusing dan melekat sesama sendiri dan terpaksa dinyah karat dan dibersihkan sebelum ia dapat digunakan semula.













Comments