Engine change


Assalamualaikum dan Selamat Aidiladha,

Engine change atau dalam bahasa mudahnya adalah tukar enjin.Tukar enjin adalah perkara paling mudah bagi mekanik tapi bagi pengguna yang tiada sedikit pun pengetahuan mengenai enjin yang masih boleh digunakan akan menyebabkan kesusahan dikemudian hari.Masalah kerosakan kereta yang lebih teruk mungkin berlaku jika memilih enjin yang tidak patut digunakan samada ia berbentuk halfcut atau pun enjin kosong.




Ramai diantara pengguna kereta yang suka memilih enjin sendiri tanpa menggunakan khidmat mekanik atau woksyop.Ini memang boleh dilakukan malahan ianya tidak bersalahan langsung dengan etika atau undang-undang mekanikal.Akantetapi sedikit pengetahuan perlulah ada supaya enjin yang dipilih boleh dipakai sekurang-kurangnya untuk 5 tahun lagi.

Mengenai enjin terpakai pula seperti yang boleh didapati dikebanyakan kedai alatganti terpakai atau kedai potong kebanyakannya telah melebihi usia 5 tahun dan ianya juga adalah bercirikan import dari luarnegara seperti Jepun dan negara Eropah yang melupuskan penggunaannya selepas 5 tahun.

Enjin kosong dan halfcut engine

Enjin kosong adalah amat biasa digunakan berbanding halfcut kerana kosnya agak murah dan ianya mudah dipasang dan juga mengambil masa yang tidak lama berbanding halfcut engine.
Terdapat beberapa komponen yang tidak disertakan dalam enjin kosong seperti alternator,power steering pump,starter,dashboard,mounting dan gearbox serta wiring.Olehitu memilih enjin ini seharusnya menggunakan code model seperti 4G19 ,B6 dsbnya.Ada juga terdapat kereta yang boleh ditukar enjin walaupun dari berlainan model seperti enjin naza ke toyota,kancil ke mira dsbnya asalkan engine mounting dan gearbox boleh dimuatkan, ia adalah bersesuaian dan kebanyakannya menggunakan enjin kosong.

Halfcut engine pula adalah bermaksud sebahagian/setengah dari kereta dipotong dua bermula dari sebahagian pintu depan sehinggalah ke bahagian enjin tidak termasuk tayar dan roda.Komponen-komponen enjin seperti alternator,starter,power steering,gearbox semuanya disertakan sekali termasuk steering rack dan komponen akhir seperti rack end,tie rod end ,disc dan shock absorber.Harga sebuah halfcut adalah bersamaan dengan 3 kaliganda harga enjin kosong.Kerosakan kereta atau enjin mudah ditangani dengan menggunakan halfcut engine

Halfcut engine boleh digunakan hampir keseluruhan termasuk dashboard dan wiring dan jika pandai memilihnya berkemungkinan pengguna akan mendapat komponen yang lebih baik berbanding apa yang ada pada kereta lama mereka.Memilih enjin dan bahagian ini pula bergantung kepada apa yang ingin digunakan sepenuhnya seperti enjin atau bahagian wiring dan dashboard,dan kebiasaannya enjin adalah paling utama berbanding dashboard dan wiring yang rata-rata banyak digunakan oleh kereta-kereta Eropah seperti Mercedes,BMW dsbnya.

 Cara-cara memilih enjin terpakai 

Memilih enjin terpakai yang masih boleh digunakan bukanlah sesuatu yang susah dan memerlukan kepakaran yang tinggi.Terdapat ramai pengguna kereta yang mahir memilih enjin yang baik untuk kereta mereka dan tak kurang juga yang menggunakan kaedah tangkap muat sehingga terpilih enjin yang rosak teruk ,terpaksa dioverhaul dsbnya dan hanya bertahan sehari dua menggunakannya.Disini saya senaraikan sedikit cara-cara memilih enjin yang  masih boleh digunakan sekurang-kurangnya 5 tahun.Ciri-ciri enjin yang elok:-




  1. Bau minyak hitam/keladak minyak tidak hangus atau hangit.Buka penutup minyak enjin dan calit sedikit ke jari dan hidu.
  2. Kurang minyak meleh ditepi head dan gearbox.Goyang sedikit enjin tersebut jika ada lelehan minyak ia tanda banyak bocor gasket
  3. Jika ada alat seperti spanar bersaiz 21 atau 24 pusingkan sedikit skru flywheel untuk pastikan enjin tidak jammed atau melekat atas sebab ada bahagian yang patah.
  4. Pastikan tiada kemek atau retak pada engine block dan tangki minyak hitam/ oil sump.
  5. Pastikan tiada lelehan minyak hitam di bahagian timing belt manakala enjin yang gunakan timing chain lelehan minyak dibahagian berdekatan tanda damper dan rantai yang hampir renggang.
  6. Turuti langkah diatas secara teliti terutamanya menghidu bau minyak hitam enjin yang memungkin memilih enjin yang telah hangus dalamannya.
Secara kesimpulannya memilih enjin perlulah hati-hati walaupun tanpa pengalaman dengan berbekalkan pengetahuan insyallah ianya tidak akan menyusahkan dan tidak mungkin meletakan anda dalam keadaan 50-50 secara teknikal.



      Comments