Setelah sekian lama ditinggalkan dan tidak digunakan

Bertemu kembali setelah sekian lama dalam post sempena menyambut Hariraya Korban 2016 bersamaan 8 Zulhijjah 1437,Selamat Menyambut AidilAdha.

Pada masa ini kebarangkalian untuk sebuah keluarga atau individu memiliki lebih dari sebuah kereta adalah biasa.Ada kereta yang digunakan seharian,sekali-sekala dan ada juga yang tidak digunakan terus berbulan-bulan malah bertahun dibiarkan begitu saja.


Apa yang saya ingin sampaikan dan berkongsi pengetahuan adalah mengenai kerosakan yang akan berlaku apabila sesebuah kereta itu tidak digunakan untuk jangkamasa melebihi seminggu dan seterusnya.




Kerosakan kerap berlaku setelah seminggu atau dua minggu tidak digunakan

1.Bateri menjadi lemah

Kereta  yang ditinggalkan terus tanpa dihidupkan pada jangkaasa 1 minggu atau 2 minggu akan mengalami kemerosotan kuasa bateri dari sedikit sehinggalah kepada kehilangan kuasa seluruhnya.Ini hanya dapat diperbaiki seeloknya hanya dengan menukarkan bateri tersebut kepada yang lain atau baru.Kebarangkalian enjin kereta untuk hidup dan kembali pulih  semula menggunakan kereta adalah kira-kira 20% sahaja dengan  mengandaikan tiada kerosakan komponen lain berlaku.

2.Pam Minyak (Fuel Pump) sukar bekerja

Apabila kereta tidak digunakan untuk jangkamasa yang agak lama akan menurunkan semua minyak yang terdapat pada injekter atau dan berkumpul pada fuel filter.Minyak ini memerlukan kuasa yang kuat dari fuel pump untuk naik semula bagi memulakan pembakaran enjin dan biasanya fuel pump akan tersentak apabila kuasanya digunakan menyeluruh dan motor dalamannya pula telah menjadi ketat setelah dibiarkan sekian lama tidak digunakan.Kebarangkalian untuk boleh  digunakan semula adalah sekitar 50 % sahaja.Mahupun begitu ada terdapat fuel pump yang berbentuk manual yang menggunakan kuasa pusingan enjin untuk bekerja seperti pada Wira lama,kancil,Toyota KE dll boleh berfungsi baik jika dicuci semula.



3.Air radiator menjadi berlumut

Air dalam radiator yang bercampur akan berlumut dan membentuk kotoran dan apabila enjin dapat dihidupkan ,untuk sistem penyejukan termasuk thermostat dan water pump bekerja dengan baik adalah hanya 70 % dari asalnya.Enjin akan mengalami kepanasan sedikit dan air dalam radiator perlu dibuang dan diganti coolant dan air yang baru.


Kerosakan kerap berlaku apabila enjin tidak digunakan melebihi 2 minggu,sebulan dan setahun

1.Bateri tidak boleh digunakan langsung

Samada anda menanggalkan kepala bateri atau tidak,bateri yang tidak digunakan oleh enjin akan mengalami kemerosotan lebih-lebih lagi untuk jangkamasa melebihi 2 minggu,sebulan dan setahun.Enjin memerlukan bateri baru untuk dihidupkan.

2.Fuel Pump Berhenti

Komponen ini akan terus berhenti bekerja terus dan amat sukar untuk kembali pulih melainkan ditukar,Kuasa negatif pada wiring pula akan hilang akibat karat pada sentuhan  body Pam Minyak manual kebanyakannya berkarat dan mungkin pelantik penekan akan patah apabila enjin berpusing untuk dihidupkan.

3.Spark Plug berkarat  karbon melekat dan keras

Untuk sesebuah enjin kereta yang telah ditinggalkan lama ,spark plug perlu ditukar dahulu sebelum enjin cuba dihidupkan.Ini kerana keseluruhan karbon dan kotoran yang ada pada palam tersebut telah keras dan menimbulkan karat pada sekelilingnya dan sukar untuk api berkuasa dialirkan.

4.Brake Pad mencengkam kukuh dan mengeras

Brek yang tidak digunakan lama biasa melekat pada wheel disc dan seterusnya mengunci kukuh disc daripada bergerak.Cara biasa untuk kereta bersaiz kecil ialah dengan menolak kedepan kebelakang supaya cengkaman brek dapat dilonggarkan.Manakala untuk kereta bersaiz besar,MPV,SUV dsbnya,bahagian brek dan disc perlu dibuka dan dicuci untuk proses nyahkarat dan kotoran melekat.

5.Clutch Plate melekat

Kekerapan Clutch Plate untuk melekat adalah amat kerap apabila kereta tidak digunakan untuk waktu yang lama,Flywheel akan berkarat dan sukar berpusing apabila starter berputar.Clutch plate melekat begini boleh dilepaskan juga dengan menggerakan kereta kedepan dan kebelakang setelah gear dimasukkan manakala untuk kereta dengan auto transmission biasanya ia mudah dilonggarkan oleh pergerakan jika enjin dapat dihidupkan kerana torque converter akan berpusing serta merta sementelah enjin hidup.

Secara Amnya kereta yang ingin ditinggalkan dalam waktu yang lama boleh berfungsi sediakala jika enjin dapat dihidupkan 5 minit sehari dan bergerak sekali seminggu,itupun jika ada seseorang yang lain dapat melakukannya setelah ditinggalkan.

Sekian untuk kali ini muga bertemu dilain posting dalam masa terdekat akan datang,Wassalam.





Comments