Thursday, December 17, 2009

Hijrah Malaysia 1 muharram 1431

Salam,
Alhamdulillah syukur kerana dapat sekali lagi merayakan dan mencernakan dunia dalam tahun baru 1 muharram 1431 hijrah bersamaan 18 december 2009.Dah banyak gak kejayaan Malaysia sebagai permulaan menyambut 1 muharram ni,umpamanya dengan kemenangan ke atas vietnam 1-0 dalan sukan SEA semalam .Walaupun 1-0 tapi kita dapat gak mengembalikan semula emas kepada negara yang dah 20 tahun tak merasa sejak 1989.Tahniah kepada semua pemain bawah 23 tahun Malaysia walaupun tiada sokongan perbelanjaan dari kerajaan Malaysia tapi FAM telah membuktikan percaturan mereka dengan menghantar skuad Malaysia dalam sukan SEA kali ini berbaloi.


MALAYSIA 1 VIETNAM 0



Banyak juga perancangan dan perlaksanaan ke arah hijrah pada tahun 1431/2010 nie termasuk jugalah rancangan PROTON  yang bakal melancarkan sebuah lagi PROTON sedan berbentuk Waja yang meningkatkan prestasi dan sentuhan Mitsubishi Lancer 2.0 GT.Tahniah juga kepada pasukan PROTON yang cuba meningkatkan prestasi jualan kereta nasional.Aku harap akan ramai warga Malaysia beralih kepada buatan Malaysia walaupun keyakinan pengguna kereta Malaysia agak menurun abad ini.

WAJA CPS ENGINE+EXORA CPS ENGINE



Pada 2010/131 hijrah nie juga kita akan menyambut 16 september sebagai hari Malaysia.Kemungkinan hijrah terbesar Malaysia bermula 2010 ini ialah mengenai perubahan iklim yang mendesak lagi kritikal pada masa ini. Diharapkan persidangan Copenhagen mencapai katasepakat dan perjanjian dimeterai supaya isu perubahan iklim yang ketara ini diambilkira dan langkah-langkah pengawalan dapat dilaksanakan.Tahniah kepada Mohd Najib Razak yang mempertahankan pendirian Malaysia dimata dunia bahawa Malaysia mahu negara maju memberi komitmen bagi pengurangan pelepasan karbon dioksida atau gas rumah hijau yang tetap dalam jangka waktu tertentu dan diwujudkan dana dengan nilai yang munasabah untuk kegunaan negara membangun.Langkah Mlaysia tidak menyokong isu ini dikaitkan dengan perdagangan adalah amat baik sekali.


Tapi ada gak yang tak berapa enak yang akan berlaku pada 2010 ini,salah satunya perlaksanaan GST (cukai barangan dan perkhidmatan).Bila ini dilaksanakan alamatlah sekali lagi barangan dan perkihidmatan akan tambah harga,ini tak sodap dongar nie,peniaga kena cukai diorang belasahkan pulak pengguna,pengguna terpaksalah tanggung kerana kita adalah pihak terakhir dalam rantaian ekomomi,tapi harus diingat ini masalah global semua tanggung kerana setiap dari kita adalah pengguna juga.

Semuga 1 muharram adalah penyuntik semangat dan motivasi umat Islam kearah kemajuan negara,agama dan bangsa.

sekian-wassalam

Tuesday, December 8, 2009

Top overhaul sendiri (DIY)


Banyak post terdahulu yang tidak dapat aku sentuh secara menyeluruh berkenaan dengan top overhaul ini.Top Overhaul adalah berkenaan buka silinder enjin dengan sepenuhnya sehinggalah kepada buka injap minyak dan ekzos..Setelah silinder enjin diturunkan dari badan kereta ,maka bermulalah proses top  overhaul .

Top Overhaul terdapat dalam 2 kategori iaitu top overhaul petrol dan top  overhaul disel .Tapi kali ni aku nak terangkan mengenai top overhaul enjin petrol..



Sebab utama Top Overhaul dilakukan:-

1.Enjin mengalami kepanasan sehingga melebihi paras normal setengah pada meter penunjuk
2.Injap patah
3.Rocker Arm retak
4.Timing belt putus 5,Enjin tiada pick up walaupun klac plate masih baik disebabkan karbon banyak dalam head dan permukaan blok
6,Prestasi enjin yang menurun mendadak
7.Minyak hitam sentiasa kurang walau tiada kebocoran ketara pada gasket
8,Enjin gegar dan satu dari plug tidak berfungsi ,enjin jalan 3 silinder sahaja



Mula-mula kena tahu mengenai komponen-komponen yang akan dibuka dalam proses top  overhaul ini:-
1.Kebuk silinder(cylinder head)
2.Injap minyak dan exhaust(exhaust valve,fuel valve)
3.penahan injap( valve seal)
4.Spring injap(valve spring)
5. Penahan penyebar api(Distributor seal)
6.Penggerak (Rocker Arm Pulley)
7.Pemegang (Rocker arm)
8.gasket silinder(head gasket)
9.Skru silinder

Ini adalah bahagian-bahagian penting dalam proses top overhaul(overhaul atas) dalam enjin kereta.Proses ini bermula setelah dibuka kebuk silinder,ceraikan segala komponen-komponen diatas,kemudian melakukan pembersihan atau pencucian bakaran karbon pada piston,dan kebuk silinder.Cuci dengan petrol atau disel.Pastikan timing belt telah dimarking sebelum meneruskan membuka timing belt dan silinder head.

Setelah semuanya telah dilakukan,bermula proses kedua top overhaul iaitu melakukan menggeser injap(grind valve).permukaan injap harus diratakan supaya tidak berlaku kebocoran minyak hitam diatas piston yang boleh menyebabkan kerosakan enjin serta tidak dapat hidup sempurna.

Grind injap tersebut dan carikan permukaan rata dan ujikan dengan minyak setelah dipasang semula.Segala valve seal harus ditukar,dan kalau boleh sekali dengan valve spring serta semua gasket berkaitan..


Setelah proses pembersihan,grind valve dilakukan pasang semula dan ketatkan segala skru kebuk silinder dah harus pastikan gasket telah ditukarTop overhaul akan lebih sempurna jika semasa mengetatkan skru diatas kebuk dengan penggunaan top wrench yang boleh laras.

Peringatan-sebelum skru dipasang pastikan semua injap berada pada kedudukan yang betul iaitu bila injap minyak terbuka injap exhaust tertutup dan juga sebaliknya.Jika ini tidak dipastikan kemungkinan akan berlaku perlanggaran valve dengan piston dan menyebabkan kerosakan pada piston.


Top overhaul adalah proses yang mudah semasa permulaan tapi akhiran yang cukup rumit.Pastikan segala perturan dan amaran diatas dipatuhi jika anda ingin melakukan sendiri top overhaul.Semasa pemasangan timing belt juga pastikan korang dah letakan pada marking yang betul jika tidak enjin tidak dapat dihidupkan dengan sempurna.

Kecacatan biasa jika overheat/enjin tidak stabil masih berlaku setelah top overhaul dilakukan adalah kerana

1)Silinder head yang tidak di skim (jangan skim jika terlalu nipis dapatkan nasihat machinist)
2)Salah marking pada timing belt-tidak tepat satu atau dua gerigi
3)Head gasket yang tidak ditukar
4)Tidak teliti dalam membersihkan serpihan /kotoran pada blok dan silinder
5)tappet yang tidak diselaraskan dengan tepat.

INGIN SAYA TEKANKAN DI SINI BAHAWA APA YANG PENGGUNA KERETA HARUS TAHU SKIM HEAD ADALAH WAJIB UNTUK TOP OVERHAUL SELEPAS ENJIN MENGALAMI KEPANASAN MELAMPAU SAHAJA.

BERITAHU MEKANIK MASING-MASING UNTUK MELAKUKAN SKIM HEAD SEBELUM TOP OVERHAUL DISEBABKAN ENJIN PANAS SAHAJA,WALAUPUN TIDAK MENGALAMI KEPANASAN MELAMPAU SKIM HEAD JUGA BOLEH MEMPERBAIKI PRESTASI ENJIN UNTUK KERETA.

SKIM HEAD ADALAH CARA KERJA DIMANA SILINDER HEAD ENJIN AKAN DICANAI OLEH MACHINIST UNTUK MERATAKANNYA SUPAYA IA JADI RATA SELEPAS MELALUI KEPANASAN ENJIN YANG MELAMPAU.

SKIM HEAD HANYA BOLEH DILAKUKAN OLEH MACHINIST DAN MENGGUNAKAN MESIN KHAS UNTUK MENCANAI SILINDER TERSEBUT PADA KADAR  UKURAN TERTENTU UNTUK SESEBUAH SILINDER

SILINDER HEAD YANG TIDAK BOLEH DICANAI AKIBAT TELAH NIPIS HARUSLAH DIGANTI.