Thursday, July 30, 2009

Tip adsense bagaimana meletakkan iklan adsense ditengah post

Salam,

Ramai orang telah memperkatakan tentang meletakkan iklan adsense ditengah-tengah blogpost mereka tetapi kebanyakannya dalam bahasa inggeris.Oleh kerana keperhatinan aku nak tulis pasal adsense tip ni aku beritahulah apa yang aku dapat belajar dan praktikkan dalam meletakkan iklan adsense ditengah blogpost.Kod yang terdapat dalam blog baru dan lama adalah seperti berikut:-

Dalam blog lama kod tersebut adalah seperti ini,korang cuba cari kod html <$BlogItemBody$> dan gantikan dengan kod di bawah ini.

<div id=”prv<$BlogItemNumber$>”>

<!– Kod AdSense –>

<div id=”fst<$BlogItemNumber$>”>

<$BlogItemBody$>

Tetapi banyak percubaan ini gagal kerana kebiasaannya kod ini perlukan satu lagi converter untuk mengalihkan kod tersebut kepada kod yang sesuai untuk template.Kod yang asal kebiasaannya tidak diterima oleh google jadi korang perlukan kod converter yang boleh korang dapat di link bawah ni!

Kod converter

Dan pastikan setelah kod iklan adsense tersebut telah di convert masukkan semula dalam kod html korang.Setelah save template tu korang boleh cuba letakan iklan google adsense dengan gunakan simbol dan perkataan ini:-

<!– Kod AdSense –>

Senangkan,Selamat mencuba dan berjaya dengan google adsense.wassalam

Saturday, July 25, 2009

Touch up body kereta

Kereta korang boleh digunakan selama mana korang mahu kalau korang sentiasa menjaganya.Dalam keadaan ekonomi yang serba menbangun ini sudah tentu korang nak kereta korang boleh pakai lama kan ?jadi sendiri mau ingatlah beb!

Walaupun aku ni foreman tapi aku nak juga kasi tau pasal touch up body ni kena jaga gak supaya kereta nampak cantik dan lepas tu kalau ada lah rosak pasal enjin korang fikir2kan pasal kereta korang dah cantik jadi jangan lah kasi rosak enjin pulak sebabnya kalau enjin rosak body cantik boleh letak kat muzium kereta tu beb!

Kalau korang selalu tak kisah pasal touch up body ni kereta korang jadi lebih teruk sebab batu kecik,tar jalan dan bendalah yang boleh melekat macam cat ke, dsbny jadikan kereta korang berlunbang-lubang pada akhirnya,jadi kereta tu tak berapa sesuai pakai lama.

Aku sarankan korang hantar ke kedai body kereta ataupun kalau korang malas ke atau nak jimat lagi boleh guna thinner ckit je!Yang nie penting ckit je tau,ambik kain bersih letak thinner 4-6 titik je kemudian gosok kat mana kena cat atau tar jalan pelan2 kalau tak cat sumer tanggal nanti, kereta korang jadi lebih tak cantik dah kena touch up cat baru lak nak kasi samakan warna.

Kat bumper pun boleh gak kasi bersih tapi kena ingat pesanan tadi( penting ckit je tau,ambik kain bersih letak thinner 4-6 titik je kemudian gosok pelan-pelan)

Kalau korang nak senang antar kat ketuk body suruh dia touch up tapi jangan lupa sediakan ongkosnya!Kalau nak citer pasal ketuk dan cat ni banyak lagi tapi aku nak sentuh pasal wiper pulak,selalunya wiper bila kena panas lelama jadi tak berapa bagus bila sapu air kat cermin depan kereta,jadi biasa-biasakan le bila cuaca panas dah tu letak kat open air parking pastikan wiper korang angkat supaya tak le asyik beli wiper je!Kejap2 beli wiper , korang kena panggil mamat wiper nanti!HaHa!

Aku ingat lain kali kita jumpa lagi pasal lain pulak berkenaan kerosakan kereta dan hidup ini,ada kaitan tu kereta dengan hidup ni sebab kita tak lari dari hidup dengan memandu kereta. Sekian

Sunday, July 19, 2009

Malaysia VS Man United

Ini adalah keputusan penuh dari Malaysia lawan MU dua hari lepas,kepada pembaca blog terimakasih semuanya dan semuga pasukan Malaysia akan lebih mantop pada masa-masa akan datang.
wassalam-kerosakan kereta

TENGOK VIDEO DISINI

Saturday, July 18, 2009

Lawak kereta bukan rosakkan kereta

Cuba korang pulak saksikan sedikit mengenai clip video ni,apa komen agaknya yang korang boleh letak kat sini?Dah tengok berapa kali pun rasa macam tak lawak tapi hai ntahlah! _________________________________________________________________________________

TENGOK LAH DISINI

Nak kata lawak macam tak lawak,Wassalam(kerosakan kereta)!

Manchester United lawan malaysia

Malam ni malam sabtu,cuaca pun ok gak,aku harap Malaysia dapatlah mencabar Manchester United dalam perlawanan bola MU jelajah Asia.Aku harap sangat lah malaysia dapat skor sekurang2nya satu gol.Kalau nak tengok sejarah bola malaysia nie tak pernah menang lah dah masuk enam kali kalah,Hai lah Malaysia,tapi apa2 pun aku sokong pasukan negara seratus peratus.

Malam nie pun aku tak berapa ade idea nak citer pasal kerosakan kereta nie walaupun dah lama sangat aku main kereta nie, baik yang mewah mahupun yang serabai.Nasiblah kereta yang serabai tu tapi serabai2 pun kereta jugak beb!

Ada tak yang terlepas pasal pemain Mu malam ni,kalu ada aku nak senaraikan buat tatapan semua mana tau korang lebih arif pasal pemain MU ni,aku kurang ckit sebab aku sokong Arsenal,ah lotih nak citer bnyk ni korang perhatikan btul2 ya! antaranya:-

1)Edwin Van Der Saar
2)Tomasz Kuszczak
3)Ben Foster
4)Jonathan Evans
5)Patrice Evra
6)Rio Ferdinand
7)Nani
8)Gary Neville
9)Wes Brown
10)John O Shea
11)Wayne Rooney

Nama2 nie sumer besar kat persada bolasepak tapi agak2 le nama pemain kita cam Safee Sali tak boleh ke tersenarai pada ,masa akan datang?Bukan main utk MU main tuk Malaysia le tapi tahap dunia!Aku ingat boleh kalau kena cara dan latihan yang jitu camana pendapat korang? sama ke?

wasalam-kerosakan kereta

Sunday, July 12, 2009

Mansuh PPSMI

Oleh kerana blog ini ku reka untuk melontarkan pandangan peribadi serta menyentuh isu semasa disamping topik-topik pasal kerosakan kereta jadi hari ini ku ingat nak conteng sedikit pandangan mengenai PPSMI (Pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris)

Memang semua sedia maklum dah 6 tahun PPSMI ni berjalan dan impak yang ketara serta tak ketara dah banyak timbul seterusnya menimbulkan banyak isu kepada sekolah,guru dan murid2.Banyak kebaikan dan keburukan dalam PPSMI ini dan aku sempat mendengar beberapa perbincangan di corong2 radio pasal PPSMI nie.

Walaupun Timbalan menteri kita dah mansuhkan pasal PPSMI ni tapi orang banyak yang tak puashati dan tak kurang gak yang puashati sebab matematik dan sains tak perlu belajar dalam bahasa inggeris.Tapi pada aku tujuan orangramai nak mempertingkatkan lagi penguasaan bahasa inggeris bukannya nak maju dalam bidang sains dan matematik itu yang kerajaan mansuhkan tu, terus kuar banyak lagi alternatif lain untuk meninggikan penguasaan bahasa inggeris para pelajar.

Keburukan paling ketara ialah ramai pelajar kita setelah ada PPSMI nie jadi teruk keputusan mereka pasal tahap penguasaan bahasa inggeris mereka rendah sangat terutama kat luarbandar ,ada tu yang pandai matematik dan sains bila kena penangan PPSMI nie terus menjunam keputusanya dek bahasa omputih nie.

Yang baiknya pulak ramai pelajar dah berlumba2 kejar bahasa inggeris nie tapi pada akulah mansuhkan ke idak sama saje cuma yang nak kena pikir sekarang nie bagaimana nak ramai kan lagi pelajar lelaki yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading tu yang penting terutamanya kaum melayu makin lama makin kurang kenapa gaknya ya?

Semuga selepas dah mansuh dan ada lak cara-cara yang dikemukakan kerajaan pasal nak kuasa bahasa inggeris di sekolah2 ni aku harap ramai lah saintis dan angkasawan serta ahli genius matematik pada masa akan datang,Insyallah!
Sekian dulu.wassalam(kerosakan kereta)

Wednesday, July 1, 2009

Pasal aircond kereta

Hari ni dah 2 hari dalam bulan Julai dan kebiasaannya bagi mereka yang makan gaji dan yang berprofession tinggi mungkin dah dapat gaji ataupun dah abis gaji dibelanjakan (he!he!).Tapi kalau bagi orang berniaga tentu pening lak dah masuk bulan baru je nak kena bayar mcm2,supplier berderet mintak utang jadi pokok pangkalnya dalam hidup nie ade saje yang nak kena diselesaikan.

Tapi hari nie bukan ini yang aku nak citer kat korang sumer,hari nie aku rase nak tulis pasal aircond kereta lah pulak.Aku ingat dah lame aku tak tulis pasal kereta ni jadi hari ni aku ambik kesempatan nak beritau pasal AIRCOND kereta ataupun bahasa melayunya PENGHAWA DINGIN.

Kalau citer pasal aircond kereta nie ada 4 komponen utama iaitu compressor,condenser,cooling coil dan gas filter.4 komponen nie pulak ada fungsi masing-masing la pulak dan aku andaikan korang sumer lum tau jadi aku kasi tau le serba sedikit ya!.

Prosesnya berbunyi macam nie ,gas yang ditabung di gas filter (botol aluminium hitam disebelah kiri atau kanan dalam enjin) akan disalurkan ke compressor,yang nie penting sebab gas akan melaluinya dan di 'press' supaya gas tu jadi sejuk terus dilalukan ke condenser untuk melikatkannya, macam susu condensed milk tu le.Selepas sumer kerja "press'dan"condensed' nie selesai gas tu akan disalurkan ke cooling coil untuk kerja terakhir iaitu penyejukan,dan dari situ le kita dapat gas sejuk yang kuar dari corong aircond dalam kereta korang tu.

Begitulah serba sedikit pasal aircond gas nie tapi tujuan aku tulis nie nak beritau selalu pengguna kereta nie akan hadapi masalah aircond tak sejuk dan berwap,jadi untuk kesenangan sumer ade beberapa sebab ia jadi begitu:-

1)compressor tak berfungsi-samada masalah wiring atau compressor dah rosak
2)compressor takde minyak dan bering yang rosak
3)cooling coil bocor
4)condenser bocor
5)terdapat hose penyambungan yang bocor
6)gas filter yang dah lama digunakan.

Kesimpulannya dalam banyak2 sebab tu yang paling banyak sekali ialah compressor jadi compressor nie selalu bawa masalah paling tinggi,so kalau korang pi woksyop pastikan mekanik check minyak compressor ade, supaya ianya tak jam dan bukan korang tak tau harga yang paling mahal dalam komponen aircond ialah compressor jadi pastikan mekanik check compressor disamping sebab yang lain juga!

Pesan yang terakhir aku nak kasi tau ialah kalau tukar compressor pastikan mekanik servis cooling coil dan gas filter kalau boleh ditukar baru le sejuk macam kat Genting HIghland gamaknya dan jadi beku korang duk dalam kereta!

Setakat ini dulu la ya nantiku bawa citer lain pulak!

1.Compressor
2.Filter
3.Expansion valve
4.Fan clutch/Blades
5.Blower
6.Radiator/Condenser/Fan motor
7.Heater control valve
8.Heater core
9.Evaporator core
10.Hose Fitting

wassalam-kerosakan kereta