Saturday, October 23, 2010

Servis aircond (komponen utama)

Atas permintaan ramai pengunjung blog ini suka aku tuliskan bagaimana cara sebenar kerja-kerja servis air-cond kereta dilakukan.Antara komponen-komponen  air cond kereta yang boleh diservis ialah:-
1) Kompressor
2)Cooling Coil atau jaring penyejuk
3)Kondenser


Kompressor adalah alat utama dalam sistem penyejukan kereta,Kompressor ini boleh diperbaiki dan juga diservis dan pada kebiasaannya servis dilakukan oleh mereka yang betul2 arif dalam membuka Kompressor dan memasangnya semula tanpa terdapat kebocoran minyak.Ini adalah kerana jika terdapat sedikit kebocoran sistem aircond kereta tidak berfungsi dgn baik dan tidak sejuk.


Kompressor akan dibuka di bahagian depan dan belakang dan tukarkan gegelang getah pada semua penutup di bahagian depan dan belakang,setelah itu cuci semua bahagian depan dan belakang Kompressor tersebut dengan bahan kimia dan petrol.Pasang semula semua KLIP tanpa ada satu pun yang tertinggal dan jangan lupa untuk mengisikannya semula dengan minyak Kompressor yang baru.
(rujuk gambar)


Cooling Coil (Evaporator) atau jaring sejuk pula adalah komponen aircond kedua terpenting dalam sistem air cond kereta.Ia berfungsi mengalirkan dan mengawal suhu sejuk dan panas dalam sistem tersebut.Membuka cooling coil adalah amat mudah kerana kebiasaannya hanya terdapat sedikit skru kecil dan klip yang terpasang pada keseluruhan kotak cooling coil.

 Cooling coil selalunya terletak pada bahagian hadapan sebelah pemandu dibawah dashboard penumpamg hadapan.Tanggalkan penyangkut dan skru penyambung antara hose gas air cond dan keluarkan kotak berwarna hitam tersebut.


 Kerja-kerja servis ini perlu dilakukan setelah membuang semua gas yang terdapat didalamnya melalui bahagian enjin kereta.Buka kotak cooling coil tersebut dan cuci semua bahagian srip cooling coil dengan air dan chemical jika ada atau thinner dan pastikan semuanya telah dikeringkan sebelum pemasangan semula untuk menjauhkan bau thinner memenuhi seluruh ruang dalaman kereta.


cooling coil perlu di cuci

Kondenser juga adalah komponen utama yang boleh diservis dalam sistem penyejukan air cond sesebuah kereta.Cara tersebut adalah begitu mudah tetapi memerlukan sedikit alat tambahan untuk membuka ruang tepi kondenser seperti pengapit teguh yang mengapit kukuh kedua bahagian tersebut tanpa merosakkannya. Akan tetapi jika anda seorang amatur dan ingin membaiki kenderaan anda sendiri memadai dengan mengeluarkan condenser tersebut dan alirkan thinner kemudian keringkan dan pasangkannya semula.



Nota-Tabung Gas (Receiver dryer) Jangan alirkan sebarang cecair melaluinya (untuk kilang sahaja),boleh membahayakan  nyawa  anda.

sekian,