Sunday, September 13, 2009

Maaf zahir batin




Kepada semua umat islam seluruh Malaysia dan seluruh dunia Eid ul Fitri diucapkan.Kepada pemandu kereta semua yang akan beraya ke destinasi masing-masing selamat jalan dan hati-hati semasa memandu,elakkan kerosakan tetapkan haluan dan ingat mereka yang tersayang-wassalam(kerosakan kereta)








SELAMAT HARI RAYA

Wednesday, September 9, 2009

McCurry's lawan McDonald's

Aku tertarik gak bila ada orang Malaysia yang berjaya dalam kes mahkamah ,menang dgn mat saleh la pulak,aku ingat korang pun tau pasal Mccurry lawan McDonald nie.Apa tidaknya menang dah tentu2 lain masakan dan lain hidangan,cuma aku belum cuba"dig' lagi kisah pasal McDota ngan McDonald ade ke?

Malaysian Chicken Curry

Si Suppiah pemilik McCurry ni kira hebat gak le boleh menang dgn McDonald yang dah lama dalam bisnes makan cepat ni(Fast Food),tapi aku ingat dia menang sebab dia pandai pusingkan McCurry tu jadi "Malaysian Chicken Curry " lah.Apa pendapat korang,betul tak?Si Suppiah ni lagipun dah duduk New Zealand 12 tahun woo lame tu dah tau gak kat mana nak kasi pusing mat saleh le!tak pasal2 McDonald kena bayar RM10000 lak kat Mc Curry!gelihati btul le!tak lama lagi McCurry ade le kat UK ngan US.

McDonald's

Tapi aku terpikir mana Bumiputra dalam perniagaan makan cepat nie takde ke yang nak keluarkan nama lebihkurang mat saleh KFC,MCDonald,kalau tak pun kasi komersilkan nasi lemak,kerepek dsbnya?Mungkin ade kot satu masa nanti!Letak le McKrepek ke McNasi Lemak ke,boleh ape!janji ade Mc. 



























Citer pasal negara orang ni pulak aku ade terdengar berita pasal negara Samoa yang ubah kedudukan pemanduan jalan dari sebelah kanan pemanduan ke sebelah kiri,pelik jugak tu tak naya ke pemandu kereta tak pasal2 duduk sebelah kiri,aku ingat negara paling banyak kemalangan lepas ni dah tentu Samoa.Kalau pegi Samoa duk repair kereta tentu bagus gak nie banyak kerosakan kereta kat sana kot!

Aku ingat diaorang ni nak ubah angin gaknya, dah lama pakai steering kanan nak tukar kiri pulak tapi bagi pengusaha bengkel besar2 tu boleh buat bisnes tukar steering kanan pi kiri kalau pi Samoa,dah tentu masyuk beb!



cukup dulu sampai sini, apa2pun semuga bahagia le sesiapa yang berjaya dalam apa jua yang dilakukan.Wassalam(kerosakan kereta).

Tuesday, September 8, 2009

Tips periksa kereta tanpa jumpa mekanik sebelum berjalan jauh

Rasanya tak lama puasa tup-tup dah nak raya lagi ,mana taknya lebihkurang beberapa hari dan minggu saja lagi.Cerita pasal raya memang seronok dapat balik kampung,kalau kat kampung,macam-macam ada,ketupat,rendang,dodol,wajik,semua itu wajib,yang lebihnya ada ramai sanak saudara boleh jumpa kemudian ada marhaban pulak, tak terkira  aktiviti banyaknya!


Raya-raya juga tapi sebelum sampai kampung tu nak kena periksa  kereta supaya tak tersekat ditengah jalan,bagi yang ramai penumpang dalam kereta tentu banyak hal jadinya,.Jadi di sini aku nak bagi sikit tips sebelum memulakan perjalanan balik kampung ni supaya kereta  tak sangkut di jalan.Sebenanya kita boleh pastikan kereta kita dalam keadaan baik sebelum perjalanan selain daripada servis yang biasa  buat  umpamanya:-

1)Bateri dan alternator-Kita pastikan enjin kereta dihidupkan dan cuba buka penutup air bater dan pastikan ada sedikit gelembung udara keluar dalam bateri tersebut setelah kita tambah airnya.(Ingat bagi bateri yang airnya dibawah kepingan plumbum kena ingat dan berhati2 kerana bila tuang air pun bateri itu akan rosak juga bila-bila masa,cadangan aku lebih baik tukar.)
Alternator pulak,cuba buka salah satu penyambung tak kira panel positif atau negatif semasa enjin hidup,jika enjin masih hidup maknanya alternator masih dalam keadaan baik selain daripada putus belting.



2)Belting alternator,aircond dan power steering

Di sini untuk elak kerosakan kereta kita ditengah jalan,pastikan 3 belting tersebut dalam keadan baik iatu tiada bunyi pelik dan tiada lembaran benang keluar dari tepi belting tersebut ,caranya cuba perhatikan power steering dulu kemudian aircond dan alternator,caranya urut dia pelan-pelan atau raba belting tu pelan2 untuk pastikan tiada lembatran benang ditepi belting.Bunyi pulak bila enjin hidup pada peringkat permulaan tiada bunyi seperti bunyi pelik seperti bunyi kuda kat dalam tv tu,maknanya belting ok.


3)Bearing
Rujuk post sebelum ini cuma satu aku nak tambah bila kereta sedang bergerak,masa  pakai pergi mana2 tu,jika rosak bearing ada bunyi seperti geseran macam bunyi bila kita garu kat seseuatu benda seperti meja dsbnya,itu maknanya bunya bearing dah hampir rosak atau haus(bahasa enjin)

4)Asap kereta
Kita juga boleh pastikan kereta kita boleh jalan jauh atau tidak dengan bau asap kereta,iatu bila bau dia hangit semacam(bau macam getah terbakar)hati-hati kerana kereta itu ada sedikit pembakaran minyak dan angin yang tak sekata maknanya karburator mungkin problem atau fuel injection problem(sumbat atau kotor),perlu di servis.



5)Akhir sekali hose minyak,tak kira minyak apa minyak brek ,minyak power steering,minyak klac pastikan cukup dan yang paling penting segala hose penyambungan tak bocor.

Jika dah pastikan semua itu ok maknanya kita tidak akan berdepan masalah kerosakan kereta di tengah jalan selain dari kemalangan jalanraya.

Hati2 bila bawa kereta dan pastikan nyawa orang tersayang dalam kereta terjamin.


Wassalam