Friday, March 30, 2012

Pelarasan enjin

Pelarasan enjin ataupun biasa dipanggil (engine tuning) adalah mengenai pelarasan minyak dan api dalam pembakaran supaya ia bertindak mengikut kadar yang betul dan seterusnya menstabilkan RPM.

Jika didalam sistem karburator pelarasan begini dilakukan secara manual dengan menyelaraskan skru minyak dan angin pada karburator serta sedikit pelarasan pada api melalui distributor.
Engine tuning begini juga memerlukan plug,air filter dan kabel plug yang berfungsi dengan baik supaya apa yang dipanggil IDLE enjin dapat dicapai. Untuk mencapai kelajuan RPM pada sekitar 900-1000 adalah amat sesuai untuk engine berjalan dengan baik walaupun ketika aircond dihidupkan.
Pada kebiasaannya tindakan aircond dan kompressor akan menyebabkan RPM enjin menurun sekitar 100 RPM.Pada sistem karburator penurunan RPM tersebut akan disesuaikan dengan suis FICD (fast idling control device)aircond yang bertindak mengekalkan RPM pada kadar yang sesuai bila aircond dihidupkan.


Manakala dalam sistem injection(pancitan minyak) engine tuning dilakukan dengan menggunakan alat diagnose digital (pembaca kod kerosakan) yang perlu ditetapkan kepada jenis-jenis kereta.Alat ini pula berhubung dengan ECU (engine control unit) yang menyesuaikannya pula dengan sistem enjin.

Penggunaan alat diagnose begini adalah lebih mudah dan kebanyakan kereta-kereta model sekarang telah dilengkapi dengan sistem ECU yang bertindak melakukan pelarasan enjin kepada IDLE ketahap RPM yang lebih stabil.

Pada sesetengah kereta yang menggunakan sistem karburator terdapat adjustment screw (skru pelarasan) pada karburator yang boleh dipusingkan untuk menaikkan RPM seperti kebanyakan pada
kereta Malaysia seperti Kancil dan Wira.


Skru pelarasan minyak betul-betul dibelakang karburator boleh dipusingkan sedikit untuk membantu RPM yang terlalu rendah dan boleh dilakukan sendiri oleh pengguna kereta sebelum berjumpa mekanik untuk melakukan keseluruhan engine tuning.

 Terdapat juga skru pelarasan minyak sedemikian pada sistem injector yang boleh dipusingkan sementara supaya RPM dapat ditinggikan sementara skru yang terletak diatas throttle body injector Wira boleh dipusingkan sedikit untuk RPM pada 1000 semula.Jika menghadapi kesulitan seperti asap yang hitam dan RPM yang sedikit-sedikit menaik hendaklah merujuk kepada mekanik.



Thursday, March 29, 2012

Nasi goreng tengah malam

Waktu sekarang menunjukkan pukul 12.05,perut rasa laparlah pulak.bangun dari kerusi terus pi dapur,tengok ada tak bahan untuk masak.Ops cukup semuanya nasi pagi tadi pun elok lagi,ah!goreng nasilah.

 (Lepas setengah jam )-mmmm! dah jadi dah,sat lagi aku nyekek kau ya nasi!  


Sekarang ni cuba kita lihat bahan-bahan buat nasi goreng segera ni.

1.Mestilah ada nasi secukupnya
2.Mestilah ada telur sebiji
3.Lada merah 1 biji (tak tahan pedas da!)
4.Cili api 2 biji
5.Kiub ayam Knorr
6 Air 2 sudu teh
7.Bawang besar 1 biji
8.Bawang putih 1 biji juga
9.Ikan bilis dah goreng

 Nak buat dia senang je,tumbuk lada merah dan cili sampai lumat.Setelah tumiskan bawang merah dan bawang putih,masukan kiub ayam Knorr,gaul rata bila dah naik minyak masukan 2 sudu air kacau lagi ,masukan ikan bilis dah goreng tadi terus masukan nasi dan kacau sehingga sebati .Setelah agak masak sedikit masukan sebiji telur dan masak sehingga nasi jadi keras dan berbau wangi.

 selamat cuba ya-nasi goreng tengah malam

Monday, March 26, 2012

Penggunaan thermostat pada sistem air kereta

Aku rasa ramai yang dah mengetahui penggunaan thermostat dalam sistem air sesebuah kereta.Tertarik dengan soalan pengunjung blog ini yang bertanyakan mengenai kenapa thermostat digunakan dalam air sesebuah kereta maka wujudlah post ini bagi menjawab ketidakpastian pengguna mengenai thermostat.

 Thermostat adalah alat yang bergelung dan mempunyai gentian berwarna kuning ditengah gegelung yang berbentuk seperti penutup radiator.Penggunaan thermostat adalah sebagai penyekat air pada satu tahap maksima kepanasan supaya kipas radiator sebagai alat pembuang haba automatik berfungsi dan seterusnya mengawal sistem sejuk air dalam enjin kereta.


Thermostat juga boleh berfungsi sebagai penyekat sedikit kotoran dalam sistem air kereta seperti habuk halus dari coolant.Kotoran tersebut akan melekat disekeliling gegelung berbentuk spring pada thermostat dan lama kelamaan membentuk seperti sarang.

 Keburukan thermostat pula ialah apabila ianya tidak berfungsi dimana ia tidak mengembang dan tidak menutup saluran air kemungkinan engine akan panas adalah amat tinggi. Kedudukan thermostat pula biasanya diletakan dihujung hose bawah pada radiator iaitu disaluran awal air keluar dari radiator dan membentuk pusingan aliran air.


Rajah kedudukan thermostat. Soalan mengenai kenapa thermostat digunakan adalah kerana jika tanpa thermostat sistem air akan menunjukan sejuk dan tiada peluang langsung untuk pembuangan haba melalui kipas radiator,dan jika sistem tanpa thermostat berlanjutan keadaan pengawalan suhu dalam engine juga sentiasa dalam keadaan terbaik walaupun pada hakikatnya kita hanya menyuruh enjin tersebut berada dikeadaan begitu untuk menyejukan operasinya.

 Tanpa thermostat juga kotoran yang berpusing akan terus melekat disekitar sistem air pada water pump,pada radiator dan sekeliling hose dan akan mempercepatkan lagi kerosakan keseluruhan sistem tersebut. Kita boleh gunakan kereta tanpa thermostat pada sistem air akantetapi hayat engine tersebut serta prestasinya akan berkurangan.Engine sedikit susah dihidupkan dan sedikit pick up juga akan berterusan berkurangan.

 Jika saudara/i mengalami masalah suhu pada engine dan mekanik mengesyorkan supaya menukar thermostat,pastikan mekanik menukarnya dan bukan membuangnya terus tanpa digunakan samasekali. 

Dalam keadaan tertentu jika suhu panas enjin bertambah mendadak walaupun kipas berfungsi,terdapat air mencukupi,thermostat boleh dikeluarkan terus jika thermostat yang rosak menyebabkan engine jadi panas untuk jangkamasa yang pendek supaya kepanasan engine dapat dikawal .






Friday, March 9, 2012

Teknologi LED pada kereta, kediaman dan hiasan



Teknologi Led adalah ,mengenai lampu-lampu yang digunakan pada kereta,lampu trafik,lampu iklan dan sebagainya.Diode bertindak dengan memperkayakan kuasa lampu untuk menjadi lebih terang dengan menggunakan kuasa minima.

Semakin lama Led semakin mendapat perhatian dan terdapat kereta-kereta yang telah siap dibina dengan menggunakan lampu berteknologi Led.Penggunaan lampu belakang kereta misalnya sebahagian dari mentol lampu tersebut diubahsuai menggunakan led teknologi.Kebanyakan kereta berjenama juga telah memasang lampu ekor Led dibahagian belakang kereta mahupun sebagai Lampubrek ketiga.

Light Enmision Diode juga diperkenalkan dalam teknologi pengiklanan dan juga sebahagiannya digunakan pada lampu trafik yang bernyala lebih terang walaupun dalam cuaca buruk seperti hujan lebat dan berjerubu.Jika di luar negara walaubagaimana cuaca buruk bersalji lampu ekor belakang kereta tetap boleh dilihat walaupun pada jarak 100 meter dari kereta hadapan.

Pengubahsuaian lampu kepada teknologi Led ini juga menjadikan teknologi Led diambilkira sebagai kajian dalam banyak penyesuaian pada kamera untuk lebih memperkasakan penggunaan kesannya pada kamera.


Apa yang berlaku dalam video ini menjadikan penggunaan teknologi Led akan lebih mendapat tempat dikalangan pengguna untuk lebih meyakinkan dalam penggunaannya secara menyeluruh.

signal lampu Led


Penggunaan lampu Led pada kediaman

Terdapat juga penggunaan lampu Led ini pada kereta sebagai aksesori.Lampu Led ini bertindak menyerikan lagi kereta pada waktu malam.Ada juga terdapat penggunaanya dalam kereta dan lebih menarik perhatian jika dipasang pada waktu malam ketika berehat didalam kereta.



Lagi mengenai LED dalam Kosmo-KLIK

Wednesday, March 7, 2012

Penyelesaian DIY ketika hujan

 

 Terimakasih kepada semua pengunjung blog kerosakan kereta ,semuga hari-hari yang dilalui bertambah elok,sihat jasmani dan rohani.Di waktu keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ini  kadangkala  cerah dan kadangkala hujan hingga dinihari malahan ada juga cuaca hujan sehingga keesokan harinya.

Pada waktu-waktu begini keadaan jalanraya sesak kerana ramai yang terpaksa memandu perlahan ke destinasi masing-masing.Pada cuaca  waktu hujan begini pula jalan jadi berlopak dan tak kurang juga air yang melimpah sehingga kedalamannya mencecah tahap banjir.

Pada waktu demikian lopak-lopak air kadangkala membawa masalah kepada kenderaan  dan menyebabkan ramai yang lambat menuju destinasi .Kereta juga mudah berhenti dek kerana air yang mencecah laluan api kereta dan menyebabkan engine berhenti.

Terdapat 4 bahagian utama laluan api kereta yang mudah terganggu bila terkena air dan memberhentikan enjin serta merta.

1)Kabel Plug
2)Distributor
3)Ignition Coil
4)Ekzos (jika banjir)

Bahagian utama seperti kabel plug,distributor dan coil adalah amat sensitif jika terkena air,titisan air saja boleh memberhentikan engine kereta.Manakala ekzos pula jika air yang terlalu banyak masuk dari ekzos kereta, juga akan memberhentikan engine kereta serta merta seperti dalam waktu banjir.

Jika kereta berhenti tiba-tiba dipertengahan jalan sedikit pengetahuan mungkin dapat membantu menghidupkan engine kereta tersebut.Penyelesaian  DIY yang boleh dilakukan sementara oleh pengguna kereta adalah :

1)Cabut kabel plug satu demi satu dan tiupkan beberapa kali dengan hembusan kuat kedalam kelongsong kabel plug yang dicabut tadi.
2)Tanggalkan penutup distributor dan hembuskan dengan kuat kedalam penutup supaya sedikt air yang tercecah ke kawasan sulit dapat dikeringkan.
3)Begitu juga harus dilakukan kepada sekeliling ignition coil.
4)Hidupkan engine semula




Nota: Ekzos tidak boleh dihembuskan ia harus ditanggalkan untuk pembersihan dengan mesin penyembur angin.