Saturday, June 27, 2009

Jenaka Michael Jackson

Salam,

Sekarang nie duk sibuk orang memperkatakan pasal Michael Jackson,jadi aku luangkan sedikit masa aku yang tak berapa banyak nie nak citer gak le pasal si mamat nama Michael nie!

Dia lahir tahun 1958-betullah tu dah 50 tahun umur dia, meninggal lak 25 hb Jun 2009.Bila meninggal dunia je dia nie ditinggalkan lak 3 orang anak termasuk sumer bekas isterinya yang tak berapa nak janda le sebab sumer pun dah kena cerai!Hero gak dak Michael nie!

Kalau citer pasal lagu dia banyak sesangat la diantaranya Billie Jean,Beat it,Thriller dan banyak lagi yang top le meletup giler,sampai ada yang bunuh diri,giler pun ade le pasal dak Michael nie!Aku dengar citer lagi dia nie dah masuk Islam ntah betul ke idak wallahualam,kalu betul tu alhamdullilah,semuga dia nie dikebumikan cam orang islam dan ditempatkan sebagai muslimin!Insyaalllah


Kalau citer pasal lagu dia nie ade satu waktu mase aku sekolah dulu agak2 dalam tahun 1998 lagu Beat it le kalau tak silap , dia leh jalan cam robot nak jadi cerita aku try lah dan tunjukkan kat kekawan pulak tu aku tak perasan aku tarik kaki sikit2 jalan cam robot sedar2 aku dah dalam longkang,abih aku diketawakan teruk gak lah abih kasut aku baru basuh,jadi hitam setokin lencun da nasib baik dah balik sekolah kalu tak sekolah pakai setokin busuk le aku!Hailah nasib!HaHa!

Itu baru sedikit dari aku pasal dak Michael Jackson nie,aku ingat korang punya giler ngan dia nie mungkin lagi dahsyat dak,tapi apa-apa pun aku memang tabik dia nie hebat betullah lagu dia dan show dia walaupun aku cuma nengok tv je tapi memang thebat,pendekkata dia nie memang Legend le walaupun dulu dia nie tak berapa putih!HaHa!

God bless u lah Michael!


TENGOK DI SINI 

wassalam-kerosakan kereta

Saturday, June 20, 2009

Selamat hari bapa


Salam kepada pengunjung,

Aku ingat aku nak tulis pasal hari bapa,jadi pepagi 21 jun 2009 nie aku lontarkan sedikit pandangan dan pendapat pasal hari bapa,sebab aku pun bapa gak!Aku nak tulis bebanyak aku bukan cikgu sekolah jadiku tulih la mana yang aku ade kat kepala otak tak seberapa nie!

Aku sendiri pun dah lama teringin nak jadi bapa maklumlah aku lambat jadi bapa lepas 10 tahun berumahtangga baru dapat .Bukan takleh pakai cumer aku pakai gear 2 je tu yang lambat sikit tu!Kat sini aku pun tulis le pasal hari bapa yang aku sndri pun tak tau kenapa lak sumer org sambut ,mungkin korang sumer lebih arif!


Pasal bapa nie sumer orang dah tau jadi bapak banyak tanggungjawab tapi sebenonya pada aku tak banyak pun asalkan dapat bawak anak jadi udah le sebab aku p.k. le nak corakkan bebanyak pun anak- anak punya kepala sendiri ,otak sndri(bukan robot le!) jadi bapak2 zaman skrg nie lebih kepada tanggungan lahiriah (pakai,makan,minum,pelajaran dan agama)

Zaman berubah,pembangunan bertambah,persaingan jadi sengit dalam apa saja pelajaran,sukan,pekerjaan,perniagaan dan yang dah jadi trend lak skrg pasal teknologi pun orang bersaing,pendekkata pasal apa saja lah,korang jangan salah paham lak pasal makan orang tak bersaing tu dalam pertandingan makan je,kalau korang bersaing pasal makan korang jawab sndri bila sakit perut ya!

Apa yang aku nak beritau ni jadi bapak nie dah jadi mencabar lak sebab peratus dalam sumer bidang dah jadi sikit baik pelajaran,sukan,perniagaan,pekerjaan dan banyak lagilah sumer kena bersaing jadi nak siapkan anak macam2 orang buat zaman skrg,ade tu pasal pelajaran sampai lotih bonar le budak tu pi skolah dengan angkat beg berat dahtu pi tiusyen,kekadang aku gelak gak nengoknya dah cam keroje bajak sawah pulak keletihan!

Tapi aku tabik betul kat bapa2 yang sediakan segala-galanya buat anak2 dia jadi kat sini aku bangga betul  jadi bapa nie sebab kepada saper yang dah jadi bapa tu 'SelamatHari Bapa' dan jangan lupa sediakan bab akhirat ya!(hah! nie ustaz pesan nie!)


Selamat Hari Bapa


Saturday, June 6, 2009

LawaKing repair kereta

Ini adalah coretan lawak yang aku suka lihat mengenai kereta yang dilakonkan oleh pelawak tempatan entah darimana aku pun tak tau-tengok sendirilah! _______________________________________________________________________________________ TENGOK KAT SINI

wassalam-kerosakan kereta