Friday, November 27, 2009

Selamat hariraya korban dan selamat menunaikan haji

Hari in hari jumaat bertarikh 27 haribulan november 2009 bersamaan dengan 10 zulhijjah bulan islam.Jika di Mekah umat Muhammad sibuk bersiap untuk hari ukuf di arafah.Di Malaysia pula sibuk dengan mengorbankan lembu,kerbau dan kambing.

Hariraya haji nie ataupun hariraya korban nie adalah sambutan yang sinonim dengan nabi ibrahim mengorbankan nabi ismail yang kemudian digantikan dengan kibas.Dalam 2009 nie hari raya haji nie jatuh pulak pada hari Jumaat,jadi lepas sembahyang raya ,rehat beberapa jam kenalah menunaikan sembahyang jumaat.

Kalau tak silap aku sebelah timur malaysia nie sambut raya haji atau korban besar-besaran,tak macam sebelah selatan ala kadar saja.



Kat selangor ni surau-surau banyak dah sedia kkan lembu untuk dikorbankan,tempat aku tak terkecuali,aku rasa dalam 4 ekor lrembu ditumbangkan mungkin esok sebab tak banyak masa pagi kerana sembahyang jumaat.


Sedikit sebanyak pada harirayahaji atau korban nie dapatlah kita memanjatkan syukur kehadrat ilahi kerana dapat merayakannya serta kemungkinan ada diantara korang yang menyertai atau menyumbang lembu korban,semuga amalan diterima allah hendaknya.

 Selamat hariraya haji dan muga semua umat islam dapat menunaikan haji ke tanah suci tahun ini dan seterusnya-amin.




YakjujDanMakjuj.com

wassalam-kerosakan kereta

Tuesday, November 3, 2009

Baiki enjin diesel(overhaul)

Sebelum aku terangkan lebih lanjut mengenai enjin diesel ni,aku nak beritahu serba sedikit dulu lah mengenai bagaimana enjin diesel bekerja.Enjin diesel nie bekerja lain sikit kerana ia tak menggunakan plug(palam pencucuh).Ia bekerja secara pancitan minyak yang dibakar sebelum mampatan enjin menggunakan heater sebagai sumber api ,senang cerita bahasa mudahnya sebelum komponen enjin bekerja pembakaran dalam kebuk silinder(cylinder head )bermula.

Enjin diesel adalah enjin berkuasa rendah walaupun c.c dia besar kekadang mencecah 3000 c.c.Pecutan pun lembap le dahtu lambat nak jalan kerana ia tak guna plug(palam pencucuh).Tapi enjin diesel ni boleh bekerja kuat da sebab dia tahan tekanan kuasa tinggi.


Mengikut pengalaman aku enjin diesel tak banyak yang boleh dibuat selain dari overhaul dan tukar enjin ,kerana kompnen-komponen dalaman yang agak mahal dan tidak tahan lama.Overhaul biasanya mekanik tukar:-

1.Minyak enjin
2.silinder head gasket

3.grind valve-atau cuci valve/tukar
4.piston dan ring
5.Liner(alas kebuk piston yang nipis)
6.alat pancitan diesel
7.enjin bearing
8.crankshaft bearing


Enjin diesel ni selalunya banyak asap hitam,disebabkan cara pembakarannya menggunalan pancitan tanpa plug jadi asap hitam banyak le sikit,tetapi boleh dikawal dengan melaraskan pancitan minyak atau bahasa mekanik "buang minyak".Ia boleh dilakukan semasa enjin hidup dengan buang minyak diesel dari injector perlahan-lahan dan jangan biarkan  enjin berhenti .Terus buang minyak sehingga enjin stabil.

Untuk sesiapa yang nak baiki enjin diesel perhatikan juga larasan fuel pump supaya enjin dapat dihidupkan dengan senang.






wassalam