Thursday, March 9, 2017

Meminimakan kerosakan tegar dan memanjangkan hayat enjin

Salam Jumaat Mac 3 2017,

Bukan mudah untuk sesebuah enjin kereta untuk bertahan melebihi 10 tahun,15 tahun dan lebih tanpa mengalami kerosakan tegar atau dengan kata lain terpaksa melalui proses overhaul dan top overhaul jika ianya tidak dikekalkan dalam penyelenggaraan yang sempurna dan bertepatan dengan keupayaan enjin untuk menambah hayat.

Enjin kereta adalah sangat mudah rosak jika segala keperluannya tidak dijaga seperti minyak hitam,oil filter,fuel filter,air filter,minyak gear mahupun autofilter untuk kereta bertransmisi automatik.




Penjagaan sempurna bermaksud menepati sasaran kilometer untuk menukar komponen dan pelincir.Contoh komponen yang mudah dan senang rosak ialah talisawat atau belting.Terdapat 2 atau 3 talisawat luar untuk sebuah enjin kereta seperti talisawat kompressor,power stereng dan alternator manakala sesetengah kereta moden sekarang dilengkapi dengan hanya 1 talisawat untuk ketiga komponen ini bekerja.

Untuk talisawat atau belting luar tiada kilometer terentu yang disarankan cuma ia perlu diperiksa setiap kali menukar minyak hitam untuk memastikan ia masih boleh digunakan seterusnya.Contoh belting yang rosak adalah apabila ia ditegangkan terdapat jalur-jalur halus unuk putus bila-bila masa sahaja.





DIbawah ini saya gariskan panduan 13 perkara lain yang mesti diperiksa setiap kali menukar minyak hitam pada kilometer 10000 atau 5000 kilometer.

  1. Air bateri perlu ditambah apabila kurang jika menggunakan bateri basah.
  2. Periksa belting alternator,power stereng dan kompressor serta brek pad
  3. Tensioner penegang perlu ditukar jika berbunyi.
  4. Air radiator mestilah cukup dan terhindar dari bercampur minyak atau petrol
  5. Kipas radiator dan aircond berfungsi secara automatik dan motornya tidak panas melampau
  6. Air tangki simpan diisi secukupnya mengikut garis senggat pada tangki
  7. Wiper berfungsi dengan baik
  8. Memastikan tiada kotoran minyak belakang dan depan kotak timing belt yang menandakan ia bersih dari bocor pada oil seal
  9. Memastikan ruang kotak air filter bersih dari habuk dan minyak hitam jika ada
  10. Memastikan RPM stabil ketika aircond atau tiada kemasukan aircond iaitu kekal 900-1000 rpm
  11. Memastikan kebocoran pada head cover gasket tiada dan perlu menukar head cover gasket jika ada.
  12. Memastikan minyak gear auto/manual ,minyak klac,minyak power stereng,minyak brek cukup untuk bekerja
  13. Memastikan keempat-empat roda berpusing seakan2 sama bilangan pusingan,jika tidak sama ia menandakan adanya rosak bearing roda.
Panduan kilometer untuk tukaran komponen dan minyak


  1. Minyak hitam/pelincir ditukar setiap 5000 kilometer atau 10000 kilometer bergantung kepada minyak yang digunakan.Minyak pelincir Sintetik dan semi sintetik  ialah pada 10000 kilometer manakala minyak berunsur mineral ialah pada 5000 kilometer
  2. Minyak gear auto transmisi ialah setiap 20000 kilometer dan manual pada 40000 kilometer.Untuk gear automatik,autofilter mesti ditukar juga setiap kali menukar minyak gear.
  3. Timing belt pula mesti ditukar pada setiap 80000 kilometer penggunaa manakala timing chain pula tidak perlu ditukar melainkan ia berbunyi akantetapi enjin menggunakan timing chain memerlukan penjagaan sempurna minyak hitam.
  4. Spark Plug,air filter dan oil filter perlu diganti setiap 10000 atau 5000 kilometer penggunaan.
  5. Clutch Plate pula biasa diganti  iaitu kira-kira pada mileage 300000-3500000  kilometer bergantung pada penggunaanya,jika selalu memandu jalan berbukit Clutch cepat habis dan mungkin hanya boleh bertahan sehingga 200000 kilometer dan perlu diganti.


Jika garis panduan yang diberikan ini dipatuhi sepenuhnya sudah barang tentu hayat enjin dapat dipanjangkan dan kerosakan enjin tegar yang memerlukan kos yang besar  juga dapat dielakkan.