Saturday, December 31, 2011

Bagaimana servis aircond dilakukan



Selamat Tahun Baru 2012,

Ramai yang menyangka bahawa servis aircond saja akan menjadikan kereta nempunyai suhu sejuk yang cukup menyejukkan dalaman kereta.Olehkerana banyak kemusykilan dan pertanyaan kenapa aircond kereta tidak sejuk walaupun ia telah diservis maka wujudlah post ini untuk menjelaskan lebih terperinci mengenai apakah sebenarnya servis aircond.

Dalam post komponen aircond terdahulu telah dinyatakan komponen utama dalam sistem aircond yang boleh di servis.Terdapat 3 komponen utama yang perlukan tumpuan menyeluruh dalam pembaikan aircond secara telus.Kompressor,cooling coil dan kondenser adalah komponen utama dalam sistem aircond tetapi bukan komponen yang akan diservis dalam aktiviti servis aircond.

Ramai pengguna kereta yang tersalah tafsir mengenai servis aircond.Servis aircond yang dilakukan dimana2 bengkel kereta adalah mengenai pencucian dan penukaran bahagian tertentu sahaja selain pengisian semula gas aircond dan memeriksa kebocoran pada hose.

Bila servis aircond komponen utama yang akan dikeluarkan adalah cooling coil.Cooling coil adalah mengenai sirip-sirip halus berbentuk empat segi dan mempunyai dua paip hose yang bersambung terus ke condenser dan compressor .Hose pada cooling coil di tapis dengan injap ataupun biasa dipanggil valve aircond .Injap aircond ini akan ditukar setiap kali bila servis aircond dilakukan.Malangnya kadangkala bahagian ini tidak ditukar dan menyebabkan kesejukan dan keseluruhan sistem aircond kadangkala tidak berjalan sempurna.

Setelah injap ditukar cooling coil akan dicuci dalaman dan luaran dengan menggunakan thinner dan air.Terdapat juga bahan pencuci kimia yang akan digunakan dalam mencuci cooling coil.Kebocoran pada sirip2 halus di cooling coil biasanya akan ditampal sebelum ia dipasang semula.Satu lagi bahagian yang akan ditukar adalah gas filter atau tabung gas.Tabung gas berkedudukan didalam engine dan biasanya ini akan ditukar untuk pelancaran sistem aircond.

Setelah cooling coil dipasang j kompressor akan ditambah dengan minyak kompressor untuk melincirkan lagi pemusingan bahagian dalam kompressor.Komponen yang biasa mengalami kebocoran seperti hose penyambung da kondenser akan di baiki juga seperti menukar hose dan mengimpal kondenser.

Dan akhir sekali gas aircond akan dimasukan secukupnya setelah semua bahagian yang dinyatakan tadi mengalami pembaikan .Secara ringkasnya  servis aircond adalah mengenai:-

1)MENGELUARKAN COOLING COIL UNTUK DICUCI
2)MENUKAR INJAP AIRCOND
3)MEMERIKSA HOSE DAN TUKAR JIKA BOCOR
4)MENAMPAL BOCOR PADA KONDENSER
5)MENGISI MINYAK KOMPRESSOR
6)MENGETATKAN GETAH TALISAWAT KOMPRESSOR
7)MENUKAR SENSOR SUHU JIKA PERLU
8)TUKAR TABUNG GAS
9)MEMASTIKAN KIPAS AIRCOND BERPUSING LANCAR

Jika anda baca dari awal hingga akhir tidak sekalipun disebutkan mengenai membaiki kompressor ,hanya disebutkan mengenai mengisi penuh minyak kompressor.Ini bermaksud jika terdapat kerosakan besar atau kecil pada compressor akan menyebabkan aircond jadi tidak sejuk.Ramai yang beranggapan bahawa sejuk akan kembali seperti sediakala jika servis aircond telah dilakukan.Harus diingat bahawa kompressor yang rosak adalah penyumbang utama dalam kerosakan keseluruhan sistem aircond selain daripada condenser dan bahagian kecil sistem aircond seperti suis,wiring dan fius.

Jika setelah anda servis aircond ,anda masih lagi mengalami masalah pada kesejukan dalaman kereta sudah semestinya tidak ada kena mengena dengan servis aircond kecuali terdapat diantara yang telah disebutkan tadi tidak dilakukan dan kecuaian mekanik yang melakukannya seperti tidak menampal bocor dan menukar bahagian penting dalam servis aircond kereta.

Wednesday, December 14, 2011

Borang Permohonan Bantuan RM500 Rakyat 1Malaysia - BR1M dan Senarai Lokasi Menghantar Borang



Ini adalah link borang yang memang tidak pernah dipalsukan dari blog myadha.Gunakan link ini untuk download dan cetakan.Diharap ini dapat sedikit-sebanyak meringankan beban berkunjung ke badan2 kerajaan untuk beratur mendapatkan borang.



Borang Permohonan Bantuan RM500 Rakyat 1Malaysia - BR1M dan Senarai Lokasi Menghantar Borang


Tuesday, December 13, 2011

Sumber kuasa untuk enjin

 

Olehkerana kita ni tinggal dalam Malaysia  yang berbilang kaum dan bangsa  jadi pada mereka yang menyambut hari natal  Selamat hari Krismas yang akan menjelang pada 25 haribulan december ini,dan pada mereka yang bercuti pada 25 dec ini Selamat bercuti dan hati2 bila memandu.

Sumber kuasa adalah amat penting dalam sesebuah kereta mahupun kenderaan.Sebuah kapalterbang,kapal selam,keretapi,jentolak,robot,mesin malah manusia memerlukan sumber kuasa untuk menjalankan aktiviti2 seharian.

Dalam sebuah kereta sumber kuasa utama adalah bateri,olehkerana bateri menjadi sumber kuasa utama dalam menghidupkan enjin jadi bateri adalah elemen terpenting dalam sebuah kereta.Tidak dapat dinafikan sekarang kereta berbentuk hybrid menggunakan hampir keseluruhan sumber kuasa dari bateri.

Dalam penjagaan bteri sebuah kereta terdapat beberapa kaedah penting yang harus diikuti oleh pengguna kereta supaya bateri tersebut akan tahan lama dan dapat menyambung hayat sekurang-kurangnya 2 tahun melepasi tempoh jaminan.

Kaedah tersebut adalah seperti berikut:-

Bateri kekal (bateri tidak gunakan air)

1) Pastikan lampu dan apa saja yang menggunakan bater dimatikan sebelum meninggalkan kereta.
2) Kurangkan kekerapan menekan alarm
3)Engine dihidupkan dengan pantas,kick start yang pantas,jika kereta tak dapat dihidupkan jangan berterusan kick start kereta dgn kadar lama,ini boleh menyebabkan bateri lemah dan rosak
4)Pastikan anda mencuci kereta setelah kereta agak sejuk supaya bateri tersebut tidak mengalami renjatan perubahan suhu agak mendadak,jika anda letakan kereta dibawah kepanasan matahari seharian boleh mengurangkan hayat bateri tersebut ,cuba dapatkan tempat letak kereta berbumbung .
5)Pastikan anda tidak membuat kesilapan kabel positif dan negatif bila menukar bateri,kesilapan kecil boleh menyebabkan bateri tersebut hilang daya kekal.

Bateri tidak kekal(Bateri guna air)

1)Pastikan air diisi sebelum ianya berada dikedudukan bawah plate bateri.
2) Gunakan air suling yang didapati dari kedai alat ganti,jangan isikan air paip dan bersamaan dengannya
3) Gunakan air panas untuk menghilangkan kerak putih pada kepala kabel bateri,jangan biarkan keputihn tersebut berada terlalu lama disitu.
4)Betulkan kedudukan bateri anda dan lekatkan pengawal kedudukan bateri dengan menguncinya secara betul
5)Jangan tuang air bateri terlalu penuh kerana air bateri yang melimpah boleh mencacatkan bateri tersebut luaran dan dalaman.
6) Jangan letakan sebarang benda besi keluli di atas bateri jika anda melakukan aktiviti selenggara kereta.

Sumber kuasa memberikan anda keselesaan oleh itu pastikan ianya menjadi komponen utama pada kereta.




Wednesday, December 7, 2011

Resepi segera kentang kiub ayam knorr( Knorr chicken cube recipe)

 

Pagi-pagi begini rasanya ramai yang dah berada ditempat kerja setelah meredah kesesakan dan kesibukan kota dan bandar-bandar besar kat Malaysia ini.Rasanya ramai juga yang telah bersiap awal,bangun awal mempersiapkan segala keperluan keluarga seperti memasak salah satu daripadanya.Rasanya tak kurang juga yang mendapatkan sarapan dari kedai makan mahupun warung2 disepanjang perjalanan ke tempat kerja.

Sekadar untuk berkongsi di sini aku selitkan sedikit recipe mudah dan segera yang mungkin juga ramai yang tak pernah cuba recipe ini lagi.Ianya mudah dan segera hanya perlukan beberapa minit saja untuk disediakan.
Bahan-bahannya seperti berikut:-

1)Kentang 4 biji
2)Bawang besar dihiris
3)Ikan bilis
4)Kiub ayam knorr
5)Lada merah jika mahukan hiasan

Cara buat mudah saje,gorengkan kentang dan ikan bilis dahulu,setelah itu tumiskan bawang besar tadi kemudian masukan 1 kiub ayam Knorr.Setelah digaul rata agak-agak bercampur masukan sesudu air supaya kiub tadi tak bergentel.Bila dah sebati masukan semula ikan bilis dan kentang goreng tadi dan gaulkan kira-kira 3 minit dan  terus hidangkan.Letakan sedit lada merah hirisan bunga sebagai hiasan jika mahu.Boleh juga tambahkan telur,udang goreng  jika mahu ,sebagai daya penarik untuk  anak-anak  memakannya.

Friday, November 4, 2011

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak


Terimakasih yang tak terhingga kepada pengunjung dan pertanyaan yang diajukan semuga anda semua diberkati Allah seadanya.

Olehkerana pertanyaan mengenai aircond kereta amat banyak jadi disini blog kereta mengambil peluang ini  menyenaraikan komponen-komponen aircond yang selalu mengalami kerosakan dan tanda-tanda biasa yang selalu dijumpai untuk kerosakan komponen aircond tersebut agar ianya dapat membantu anda dalam menangani kerosakan pada sistem aircond.



Komponen tersebut seperti berikut:-

1.compressor

Pada kompressor terdapat magnet clutch yang bertidak melekat dengan pulley pada kompessor setelah suis aircond bertindak dan seterusnya mengakibatkan aliran gas dimampatkan untuk mendapatkan udara sejuk aircond.Tanda -tanda kerosakan pada Kompressor adalah bila suhu dalam kereta jadi panas yang ketara dan berbunyi bising bila aircond dihidupkan.Bila terdapat tanda seperti ini periksa dgn meraba sekeliling kompressor, jika terdapat kotoran berkeladak hitam kompressor tersebut berkemungkinan telah rosak.Jika terdapat kotoran hitam bercampur sedikit habuk besi ,kompressor tersebut juga mengalami kerosakan bering.Jika apabila suis aircond dihidupkan magnet clutch tidak melekat pada pulley dan berpusing kemungkinan besar gas aircond telah kurang dan suis rosak adalah besar.

2.Cooling Coil

Jika aircond kurang sejuk dan terdapat kabus seperti asap putih tebal dalam kereta kemungkinan besar cooling coil anda rosak adalah tinggi.Kebocoran kecil dan besar pada cooling coil  boleh mengakibatkan suhu dalam kereta jadi panas.Bau gas aircond dalam kereta juga akan dapat dihidu jika terdapat kebocoran pada cooling coil.Kerosakan ini boleh dibaiki dengan menukar yang baru atau  melakukan servis pada cooling coil dan menampal kebocoran pada cooling coil tersebut.

3.Valve aircond

Injap ini bertindak mengawal suis automatik pada keseluruhan sistem aircond menggunakan kesejukan suhu pada cooling coil.Untuk itu bila ianya rosak ,aircond kereta menjadi tidak menentu kadangkala panas dan kadangkala sejuk.Jika tanda seperti ini ketara sekali,hantarkan kereta anda ke mekanik untuk servis aircond.


4.Aircond fan

Kipas aircond adalah sebahagian komponen aircond yang tidak kurang pentingnya dalam sistem aircond kereta.komponen ini jarang rosak tetapi jika rosak bukan sahaja aircond anda tidak sejuk samasekali malah temperature atau suhu enjin akan meningkat lebih dari biasa.Gantikan kipas aircond jika suhu enjin anda meningkat dengan perlahan.

5.condenser

Banyak kereta yang mengalami masalah kondenser tetapi banyak juga mekanik kereta tidak mengambil kira kerosakan pada kondenser.Walaupun ramai di antara pengguna kenderaan telah melakukan servis serta semua komponen telah disahkan berfungsi tetapi aircond masih tidak sejuk ini adalah petanda utama kerosakan pada kondenser.Kerosakan pada kondenser akan lebih senang diketahui jika enjin anda mengeluarkan bunyi lebih kasar dan sedikit bising apabila tekanan pada pedal minyak ditambah.Apabila memeriksa kondenser rasakan kedua hujung sambungan gas,pada atas dan bawah kereta,jika terlalu panas kondenser anda rosak samasekali dan jika terdapat kebocoran keladak hitam akan terdapat pada kedua sambungan hose pada kondenser.

6.Suis aircond

Suis aircond adalah didalam kereta iaitu yang anda tekan selalu dan satu lagi adalah relay yang biasanya  berada pada kotak hitam yang selalu dikedudukan dengan cooling coil.Jika kereta anda berbunyi dan tersentap sekali sekala jika aircond dipasang kemungkinan suis aircond tersebut rosak adalah tinggi.Ini hanya dapat dipastikan apabila semua komponen lain seperti kompressor dalam keadaan baik.Bunyi klik suis hanya sekali apabila anda pasang aircond adalah bunyi yang betul apabila suis aircond berfungsi dengan baik.


7.Gas aircond

Jika suhu kesejukan terasa sedikit kurang dan tolok suhu dalam kereta terpaksa ditingkatkan kemungkinan besar gas aircond anda telah kurang adalah tinggi juga.Tambah gas aircond bila berkeadaan demikian.HARUS DIINGAT juga tolok suhu ini jangan di letak pada tahap maksima apabila keadaan aircond anda elok,ini boleh menyebabkan aircond valve anda cepat rosak.Tinggikan tahap tersebut sedikit demi sedikit apabila terasa kurang sejuk.

Keadaan belting aircond yang kendur juga menyumbang kepada penurunan sejuk pada aircond kenderaan anda.Periksa ketegangan belting pada kompressor dan ketatkan jika perlu.Belting aircond akan jadi lebih kendur jika terdapat kerosakan juga pada bering adjuster.






Wednesday, October 12, 2011

Waja paling kerap alami masalah sedemikian


Berdasarkan pengalaman beberapa tahun buka dan pasang enjin dan baiki kereta rosak,lama-lama tercatat juga statistik dalam benak kepala aku ni kekerapan kerosakan kereta waja.Mungkin disebabkan komponen yang agak kurang kualiti kereta waja selalu mengalami kerosakan fuel pump selain daripada selalu sangat kena tukar bateri .

Harga komponen tersebut dahlah mahal ,banyak pelanggan merungut bila bab kena tukar fuel pump ni,hrganya saja boleh mencecah lebih dari rm500,kalau nasib baik bolehlah dapat barang seakan-akan walau tak sama tapi buatan taiwan.Kalu yang ori dah tentu tak lari dalam tangan mesti ada kurang2 rm500.

Entah apa silapnya alatganti fuel pump waja ni jadi mahal,wallahualam.Banyak juga fuel pump yang aku cuba tapi tak berapa nak muat di tempat bawah kerusi penumpang belakang waja.Fuel pump adalah alat paling penting sekali untuk sistem pancit minyak atau lebih dikenali sebagai fuel injection.

Memang aku tak nafikan waja adalah kereta yang paling elok dari Proton samada bentuk model,kelajuan,kestabilan,keselesaan dan banyak lagi cuma yang tak sedap alatgantinya yang agak mahal.Pesona pun tak kureang juga istimewanya cuma Pesona tu nampak sporty sikit jadi ramai pemuda yang menggunakannya ,nampak lebih bergaya le!

Jika nak kenal bagaimana simptom-simptom kerosakan fuel pump waja adalah seperti berikut:-

1)Tiba-tiba tidak boleh di hdupkan
2)Sesekali hidup terus mati
3)Tersenggut2 bila naik bukit
4)Kurang pick up bila begerak
5)Berbau minyak di enjin kereta

Jika ada tanda-tanda sedemikian ,korang kena lah hati2 sediakan duit dan kenalpasti bengkel terdekat,supaya senang bila dah rosak nanti.

Inilah rupa bentuk fuel pump yang mencecah rm500 keatas tu!




Tuesday, October 11, 2011

Resepi masakan dari blog kereta

 

Buat julung-julung kalinya blog kerosakan kereta membuka satu halaman baru bertajuk resepi masakan.Halaman ini akan membawa anda menilai dan mencuba resepi masakan ringkas yang pernah dicuba oleh penulis blog ini.Resepi tersebut berbentuk mudah dan ringkas dan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah terdapat dimana-mana kedai runcit,pasaraya  mahupun didalam peti sejuk anda.

Resepi masakan ringkas yang hanya memerlukan lebihkurang 30 minit untuk dinikmati.Walaupun bukan sehebat mana ianya mungkin memberi anda satu idea baru untuk resepi masakan yang lebih canggih serta bahan yang lebih menawan dan menyelerakan.Kita terus ke resepi pertama yang tak perlu nak gunakan mesin untuk kisar .

Udang goreng sawi

Bahan-bahannya:-
1.Udang basah 1/2 kilo
2.Sawi basah secekak
3.Bawang merah
4.Bawang putih
5.Serbuk perasa cendawan
6.Serbuk lada hitam
7.Kiub ayam knorr jika ingin ditambahkan
8.Garam secukup rasa

Penyediaaan:-

Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih serta bawang merah.Kemudian masukkan udang dan seterusnya sawi yang telah dicuci.Setelah udang kemerah-merahan dan sawi mula mengecut masukkan serbuk perasa cendawan dan lada hitam.Seterusnya masukan kiub ayam knorr sebelah bahagian dan kacau sehingga kiub ayam mencair dan semua bahan sebati.Garam hanya perlu dimasukkan bila tidak cukup masin.Hiaskan sedikit dgn Lada merah dan hidangkan.




SELAMAT MENCUBA!





Friday, October 7, 2011

Bajet 2012 simpan kuasa kurang tercemar

 

Nampaknya kali ini kewujudan dan pembangunan modal insan yang berteraskan pelaburan semakin mendapat perhatian bajet 2012.Bermacam dana pelaburan diwujudkan termasuklah skim amanah rakyat 1 Malaysia.Walaupun insentif perbankan ,kewangan dan percukaian tidak diberikan perhatian menyeluruh sekurang-kurangnya terdapat juga sedikit ruang untuk industri automotif yang berunsurkan pengurangan pencemaran dalam negara.Kerajaan dalam bajet 2012 baru-baru ini sekurang-kurangnya  masih lagi memberikan sepenuh tumpuan kepada industri automotif dalam penggunaan kereta hibrid.

Hibrid yang bermaksud simpan kuasa dan mengurangkan pencemaran ini akan mendapat tempat yang lebih di dalam negara .Kereta hibrid dengan kuasa bateri yang dicas semula boleh mengurangkan sekitar 40 peratus asap dalam kenderaan.Kuasa bateri digunakan sepenuhnya untuk menggerakkan enjin kereta berbanding kereta sekarang yang menggunakan kuasa mekanikal untuk menggerakan komponen enjin dari piston hinggalah gear.

Bajet kerajaan 2012 dalam mengecualikan duti import dan eksais kepada pemegang francais kereta hibrid ini akan merancakkan lagi pengguaan kereta hibrid di Malaysia.Contohnya seperti Toyota Prius yang belum begitu banyak dijalanraya adalah sebuah kereta yang menggunakan kuasa elektrik dan gas sepenuhnya.Penjimatan dalam penggunaan amat ketara tetapi harga yang agak mahal menyebabkan kereta sedemikian kurang mendapat tempat di hati pengguna.

Pengecualian duti begini membawa impak yang agak besar kepada pengimportan kereta hibrid jika penjual kereta tidak menaikan harga yang sedia ada sekarang.Berkemungkinan kereta hibrid ini akan banyak berada di jalanraya kita ini pada masa akan datang.Pada pendapat penulis kerajaan sepatutnya juga memberikan panduan dan jalan supaya teknologi seperti ini diperkenalkan dalam kereta Malaysia sepereti Proton dan Perodua supaya kereta hibrid import dapat dibendung pengimportannya dan sekaligus menjana keuntungan dari segi aliran keluar wang dari dalam negara.

Diharap pada masa akan datang kereta hibrid Malaysia dapat dikeluarkan dan diperluaskan lagi dengan harga dan bentuk yang akan memikat pengguna .Walaupun 200 kereta hibrid ini telah diperkenalkan sebagai kereta rasmi,pada pendapat penulis kereta hibrid seperti ini mestilah diusahakan dengan lebih efisyen pengeluarannya supaya ia dapat dinikmati pengguuna kereta buatan Malaysia dan penggemarnya.



Saturday, October 1, 2011

Menyelaraskan tappet kereta dan muzik



Menyelaraskan tappet adalah tidak mudah seperti mendenagar muzik dari radio atau mendengar secara percuma dari banyak web seperti 4shared dsbnya. Enjin juga mengeluarkan bunyi yang juga melambangkan bahawa kita amat peka dengan bunyi dari sekeliling mahupun yang kita ingin dengar.Begitu juga dengan kereta yang kita pandu jika kita amati dengan sepenuhnya kita boleh dengar bunyi injap yang tidak sekata datangnya dari enjin kenderaan.Bunyi yang seakan-akan lari dari tune yang sepatutnya atau lebih senang, berlainan dari note yang seharusnya.

Keadaan ini akan terjadi bila terdapat kehausan pada rocker arm dan valve seat.Namun begitu tidak perlulah kita terus menukar sebatang rocker arm(batang silinder) kepada yang baru mahupun valve seat yang baru,cukup sekadar membuat penyelarasan supaya bunyi yang sumbang tersebut tidak ketara didengar dan menambahkan bingit bunyi bising kereta anda.

Apa yang diperlukan adalah sedikit pengetahuan dan cara-cara menyelaraskannya atau lebih senang dgn perkataan biasa adjust tappet.Walaupun penyelarasannya mudah pengetahuan awal adalah amat penting seperti alat yang perlu digunakan semasa kerja ini ingin dilakukan.Alat-alat seperti spanar bersaiz 12 dan 10mm,philip screw driver,tolok pelaras adalah wajib ada dalam menyelesaikan adjust tappet anda.




Cara-cara

1.Sediakan alat lengkap-philip screw driver,blade clerance(tolok pelaras),spanar bulat bergerigi bersaiz 12,10 dan 8mm
2.Setelah buka penutup silinder legakan semua tappet pada injap ekzos dan injap inlet
3.Gunakan spanar bergerigi dan mulakan pelarasan mengikut turutan 1432.(1432 bermaksud bila kedua injap tanpa kelegaan pada injap pertama selaraskan injap keempat dan begitu seterusnya pada 4 selaraskan 1 dan pada 3 selaraskan 2 dan pada 2 selaraskan injap 3.(lihat gambar)



4.Laraskan menggunakan tolok pelaras (blade clearance) pada saiz yang sesuai.Saiz tersebut selalu terdapat pada manual kereta .Sebagai pengetahuan kereta Malaysia biasanya pada saiz 15,10mm.10mm untuk injap inlet.

5.Hidupkan enjin setelah penutup silinder dipasang dan dengarkan lagaan injap,jika terlalu bising laraskan semula pada kadar yang lebih rendah .

Amaran:-Jangan terlalu rendah saiz pelarasan kerana ini mungkin menyebabkan enjin susah dihidupkan dan jangan sekali-kali laraskan pada kedudukan kedua-dua injap yang masih ada kelegaan,jika ini dilakukan piston anda mungkin pecah jika tidak dapat menahan ketukan.

Mudah bukan,memang mudah ,akantetapi ianya hanya untuk mereka yang tahu menggunakannya dengan langkah yang betul dan menjaga amaran serta keselamatan semasa melakukannya.Lakukan berhati-hati dan dapatkan nasihat dari mereka yang lebih arif jika anda pertama kali membuatnya.


Monday, September 19, 2011

Bagaimana menukarkan spark plug proton exora

 

Menukarkan spark plug sebuah kereta adalah tidak semudah yang seperti kita lihat ianya dilakukan oleh mekanik kereta.Ini adalah kerana susunan plug dan kabel mestilah betul supaya bila enjn dihidupkan ia tidak berfungsi pada nisbah yang tidak betul.Oleh sebab itu kabel plug kereta dibuat supaya ukurannya tidak sama antara satu sama lain.



Sebagai pengetahuan ukuran kabel plug melambangkan kedudukan yang tepat yang harus diikuti bila menukarkan spark plug sebuah kereta.Turutan 1342 mengikut arah jam adalah turutan pada distributor bermaksud pada kedudukan 1 distributor adalah untuk plug nombor 1 dienjin kereta dan begitulah seterusnya bermula dari plug yang berdekatan dengan timing belt atau timing chain.

Saksikan video ringkas dari blog ini bagaimana menukarkan spark plug(palam pencucuh) sebuah kereta Proton Exora.




Friday, September 2, 2011

Selamat hari Merdeka yang ke 54

 
Alhamdulillah ,rasanya belum terlambat aku mengucapkan syukur dan berbangga dipanjangkan umur dan berpeluang menyambut hariraya dan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 54.

Merdeka,Merdeka,Merdeka



Selamat hariraya juga kuucapkan kepada semua umat islam diseluruh negara khususnya di Malaysia,semuga hariraya ini mendapat keberkatan selepas kita berpuasa selama sebulan.Muga-muga dipanjangkan umur dan sentiasa dibawah lindunganNYA.


Friday, August 26, 2011

DIY eksklusif video bagaimana melakukan servis kereta


Salam,

Rangkaian video dari admin blog kerosakankereta ini adalah video ekslusif bagaimana melakukan servis kereta (DIY), yang dihasilkan untuk membantu dan memudahkan serta memberi pelajaran bagaimana servis kereta dilakukan.Video eksklusif 6 siri ini memperlihatkan alat yang sesuai untuk membuka dan mengunci alatganti seperti oil filter dan skru minyak hitam di bawah engine.

Disamping itu video eksklusif ini juga memperlihatkan alatganti yang perlu digunakan setiap kali membuat servis kereta.Video ini juga menyertakan sekali bagaimana menggunakan kertas penanda meter dan bagaimana  kilometer dicatatkan dan mengapa ianya perlu untuk penjagaan kereta anda.Semuga ia berjaya memberi sedikit sebanyak manfaat kepada semua.




 






Tuesday, August 23, 2011

Penjajaran roda dan Penyeimbangan Tayar (alignment and balancing)



Aspek keselamatan adalah perkara amat penting sekali dalam pemanduan,tambahan lagi bila tiba musim perayaan seperti hariraya .Ramai yang nak berhariraya bersama sanak saudara dikampung dan tak kurang juga yang berhariraya bersama-sama sahabat handai,rakan taulan ditempat-tempat yang jauh dari tempat bermastautin dsbnya.

Pada tahun 2009 aku pernah sentuh aspek keselamatan sebelum memulakan perjalanan jauh menaiki kereta tetapi hanya sekitar keadaan enjin,brek,hose dan belting.

Tips periksa kereta tanpa berjumpa mekanik

Pada post kali ini suka aku titikberatkan pada penjajaran roda dan penyeimbangan tayar(allignment dan balancing) kerana ramai yang telah menggunakan kereta baru dalam jangkahayat tidak lebih dari 3 bulan dsbnya.

Alignment(Penjajaran)

Alignment dan balancing roda adalah amat perlu untuk sesebuah kenderaan seperti kereta lebih-lebih lagi untuk perjalanan jauh dengan berat muatan yang lebih pada musim perayaan ini walaupun kereta anda berusia tidak lebih dari 3 bulan.

Ini adalah kerana roda kereta yang digunakan adalah telah diuji dan disesuaikan untuk menampung berat dan muatan tertentu pada kelajuan maksima yang tertentu.Jika kita selalu menggunakan kereta kita mungkin pergi kerja dan balik sahaja sudah tentu kurang dari 3 orang penumpang dan  halaju maksima ditambah dengan trafik jam tidak melebihi 110 pada setiap masa.Untuk itu kereta tersebut telah terbiasa pada berat dan halaju sedemikian ,jadi bila alignment dan balancing  yang sedikit tidak elok sukar dikesan.


Balancing (Penyeimbangan tayar)

Pada suatu halaju yang agak tetap dihighway alignment dan balancing pada tayar dan roda adalah punca utama banyak kemalangan terjadi bila kereta sukar dikawal pada kelajuan melebihi 90 km sejam.Pada waktu tertentu keadaan roda akan menjadi tidak seimbang pada kawasan angin lintang dan jalan yang rata serta hentaman angin dari kenderaan memotong,itulah sebabnya alignment dan balancing roda amat perlu diperiksa sebelum memulakan perjalanan jauh anda.Pemeriksaan yang tidak melebihi satu jam dan kos dibawah rm50 mungkin banyak manafaatnya dan mungkin juga menyelamatkan nyawa anda dan keluarga.

Luangkan sedikit masa untuk memeriksa alignment dan balancing kereta anda untuk keselamatan keluarga dan mereka yang anda sayang.

sekian,


Lihat video kebaikan penggunaan chamber dalam penjajaran roda kereta


Saturday, August 20, 2011

Cuci kereta anda!

Salam ramadhan al mubarak,




Rasanya banyak tempat aku pegi dah untuk rasa camana mesin  cuci kereta bekerja ,tapi yang ini lum dapat rasa lagi.Ada sesiapa yang bercadang nak buka car wash cam gini?

Sunday, August 14, 2011

Sekadar hiburan di malam 15 ramadan 2011!


Kereta ni banyak ada kat pasaran,kalau terasa nak guna kereta sport sila lah berkunjung kemana-mana kedai mainan ,tentu ada,tapi kalau warna pink mungkin terhad kot!

Kereta jenis ni pulak memang banyak kat pasaran,kereta Malaysia lah katakan,tapi kalau no plate yang tertera ni ada sorang je kot yang pakai walaupun tak sama dgn WWW1 Sultan Johor tapi kira ok kot untuk tuan kereta ni melaram satu kampung!


Dah tengok 2 gambar kereta ni dah tentu dua-dua pun anda boleh pakai dan miliki tetapi jangan pulak terasa nak pakai gambar ke3 ni pulak ,kalu nak pakai gak boleh,tapi mengucap dululah ya!

Selamat bersahur dan ramadan 2011
sampai jumpa lagi!

Friday, August 12, 2011

Penggunaan Alexa ranking dalam menambahkan traffic





Ramai yang beranggapan bila mereka berjaya meletakan sesebuah blog dikedudukan teratyas samada di Google,Yahoo ,Bing dsbnya ,mereka akan berjaya juga didalam menjana traffic untuk blog tersebut.Tetapi ini bukanlah berakhirnya sesuatu cara yang lebih efektif untuk menjana traffic ke blog anda.

Ramai diantara blogger yang tersalah anggap mengenai Alexa ranking ,mereka beranggapan penyenaraian Alexa dalam ranking blog adalah tidak membawa apa-apa malah tidak berjaya menarik pengunjung ke blog dan seterusnya berjaya menjana pendapatan samada melalui adsense,iklan dsbnya.

Alexa adalah sebenarnya platform yang paling efektif masakini untuk seorang blogger bergerak lebih pantas untuk menjana keuntungan melalui blog.Anda bukan sahaja boleh menjana di lokasi anda malah lebih dari itu jika meletakan Alexa ranking,Alexa toolbar dan Alexa widget di blog anda.

Untuk lebih berjaya menarik traffic anda harus lebih kreatif dalam penulisan blog serta post yang lebih terkini dan tidak kurang penting juga selitkan sedikit post  yang ada kena mengena dengan Alexa supaya anda lebih berjaya dalam penjanaan traffic serta menambahkan pengunjung ke blog anda dan seterusnya pendapatan dalam Google Adsense.

Dapatkan Alexa segera di -Alexa dot com
Selamat maju jaya,


Monday, August 1, 2011

Akhirnya zaman dan teknologi

Bermain game sepert xbox halo reach adalah sesuatu yang amat menarik dan memerlukan seseorang berfikir secara tepat dan penyelesaian segera dalam suatu situasi.Akantetapi ramai yang tidak menyangka akan keburukan sesebuah permainan samada online ataupun tidak.

Tertarik dengan artikel mengenai seorang remaja yang mati kerana duduk pada posisi yang sama kira-kira 12 jam sehari  di Yahoo membuatkan aku terfikir adakah seseorang yang menghabiskan masa berjam lamanya di depan komputer akan membawa mudarat secara tidak langsung kepada penggunanya .

Komputer digunakan secara meluas dalam kehidupan samada dalam kerja seharian ataupun semasa berinteraksi dirumah.Adakah ini termasuk dalam salahsatu penyebab ramai manusia yang menghidapi pelbagai jenis penyakit pada zaman ini.Sains belum dapat membuktikannya secara telus tetapi semakin ramai yang mati kerana pelbagai penyakit moden dan wabak yang yang berbagai nama seperti e-coli dsbnya.

Teknologi yang semakin maju dan canggih ini masih terdapat keburukannya pada manusia samada secara langsung atau tidak,tetapi ia tetap ada keburukannya terutamanya kesihatan manusia.Sedar atau tidak sedar kemajuan yang seperti ini adalah salah satu kebaikan utama pada sistem penjanaan generasi tetapi disebaliknya ada kesan sampingan terhadap generasi akan sekarang dan akan datang.Ianya sepert kanser yang merebak secara diam dan mungkin juga seperti menyara sejenis parasit dalam tubuh manusia.

Apa yang ingin disampaikan penulis adalah kesan teknologi sebenarnya mengundang lebih penelitian manusia kepada kebarangkalian jumlah manusia yang akan lenyap secara perlahan-lahan dan membawa kepada akhirnya penaklukan manusia dibumi Tuhan ini.

Friday, March 11, 2011

A doctor in the house

Salam satu Malaysia


Tertarik dengan ungkapan A doctor in the house yang semakin melonjakkan nama Tun Mahatir di persada penulisan dan buku di Malaysia ini  suka aku mengambil ungkapan ini untuk merujuk kepada ramai pengguna kenderaan di Malaysia bahawa mereka adalah seperti juga seorang doctor didalam kereta mereka sendiri.Walaupun begitu ianya bukanlah mudah seperti kita beli kereta dari used car ataupun menyewa sesebuah kereta dari kedai sewa kereta.Ianya memerlukan pengecaman bunyi yang datangnya dari pemanduan kenderaan tersebut.




Jika diteliti dengan sedalamnya pengesanan kerosakan sesebuah kereta adalah bergantung kepada pengguna iaitu pemandu yang mengelolakan jentera tersebut.Contohnya,Jika kereta mengalami kerosakan di bahagian roda hanya pemandu sahaja yang dapat mengesannya melalui bunyi dan ketidakstabilan pemanduan dan sekaligus pemandu telah bertindak sebagai doctor in the house yang memudahkan kerja pembaikan dilakukan oleh mekanik mahupun pengguna sendiri.

Akantetapi tidak ramai yang mengakui mereka juga bertindak dalam penyembuhan sesebuah kereta dengan cepat dan amat berkesan dan pengguna yang berlabelkan pemandu juga adalah boleh dilabelkan sebagai a doctor in the house yang amat cekap dan luarbiasa sekali.Pengesanan awal kerosakan kereta adalah dari pemandu dan mereka juga boleh bertindak sebagai kuasa penyembuhan awal bagi kereta yang mereka gunakan.

Contohnya jika kereta anda terdapat bunyi bising pada talisawat aircond,kadangkala yang berpunca dari masalah bering pemutar yang berkarat,anda boleh bertindak sebagai kuasa penyembuhan awal,cuma dapatkan cecair antikarat dan senburkan pada bearing talisawat aircond tersebut supaya bunyi tersebut hilang perlahan2 selepas karat dinyahkan.Nah, anda telah bertindak sebagai seorang doctor in the house yang amat terlatih malah lebih tepat kepada kuasa penyembuhan sebelum mekanik.



Kerosakan kecil yang amat tidak ketara seperti bunyi bising pada talisawat dan roda boleh dikesan awal oleh pengguna dan kuasa penyembuhan awal juga terletak ditangan anda juga yang bertindak sebagai a doctor in the house untuk kereta anda.

sekian,

Saturday, January 29, 2011

Penggunaan alat diagnostic dalam mengesan kerosakan enjin

Olehkerana masa dan penggunaan komputer yang meluas maka sistem sesebuah kenderaan atau kereta telah diubahsuai dan dinaiktaraf supaya selari dengan peredaran zaman.Maka terhasillah komponen-komponen yang telah disambungkan terus kepada kotak komputer yang diletakkan khas dibawah papan pemuka (dashboard )sesebuah kereta.

Penggunaam kotak komputer ini adalah untuk mempercepatkan lagi pengesanan kerosakan serta mengesan ketidakupayaan komponen kereta seperti bateri,alternator dsbnya.Alat yang selalu digunakan adalah alat diagnostic/OBD (On Board Diagnostic) yang disambungkan terus ke panel bateri dan panel khas yang disediakan didalam sesebuah kenderaan.



Alat ini bertindak dengan menggunakan kod-kod yang disesuaikan dalam kotak komputer dan juga disambungkan terus kepada komponen-komponen sesebuah kereta.Alat ini amat senang berfungsi dan applikasinya seperti juga menggunakan komputer peribadi dsbnya juga terdapat sambungan usb dalam penggunaanya.

Akantetapi bukan semua kerosakan komponen dapat dikesan secara tepat oleh alat diagnostic,ini adalah kerana binaan komponen sesebuah kereta adalah begitu rumit dan sensitif dan banyak faktor seperti sistem pendawaian yang telah lusuh,kebocoran minyak hitam,suis rosak dsbnya boleh menyebabkan alat ini tidak dapat mengesan kerosakan seratus peratus.

Contoh terdekat walaupun kereta anda menyalakan lampu 'check engine' kadangkala ia tidak merujuk kepada kerosakan kotak komputer tetapi kerosakan kecil seperti fius terbakar,kekurangan minyak pelincir dan juga kebocoran saluran dan bukan semua kerosakan itu dapat dikesan secara terus oleh sesebuah alat diagnostic.Enjin yang mengalami gegaran bila dihidupkan dan kadangkala mati dikala idling adalah kerosakan yang boleh dirujuk terus kepada kerosakan kotak komputer bagi kereta mewah seperti Merceds Benz compressor,Toyota Alphard dll.

Ini adalah kerana penggunaan komputer adalah menyeluruh didalam kereta-kereta mewah tersebut dan jika anda adalah salah seorang pengguna kenderaan seperti ini adalah lebih baik jika anda dapat merujuk terus kepada bengkel2 yang terdapat alat diagnostic ini supaya kereta anda tidak mengalami kerosakan yang lebih teruk jika komponen yang tidak tepat dibaiki.