Wednesday, October 12, 2011

Waja paling kerap alami masalah sedemikian


Berdasarkan pengalaman beberapa tahun buka dan pasang enjin dan baiki kereta rosak,lama-lama tercatat juga statistik dalam benak kepala aku ni kekerapan kerosakan kereta waja.Mungkin disebabkan komponen yang agak kurang kualiti kereta waja selalu mengalami kerosakan fuel pump selain daripada selalu sangat kena tukar bateri .

Harga komponen tersebut dahlah mahal ,banyak pelanggan merungut bila bab kena tukar fuel pump ni,hrganya saja boleh mencecah lebih dari rm500,kalau nasib baik bolehlah dapat barang seakan-akan walau tak sama tapi buatan taiwan.Kalu yang ori dah tentu tak lari dalam tangan mesti ada kurang2 rm500.

Entah apa silapnya alatganti fuel pump waja ni jadi mahal,wallahualam.Banyak juga fuel pump yang aku cuba tapi tak berapa nak muat di tempat bawah kerusi penumpang belakang waja.Fuel pump adalah alat paling penting sekali untuk sistem pancit minyak atau lebih dikenali sebagai fuel injection.

Memang aku tak nafikan waja adalah kereta yang paling elok dari Proton samada bentuk model,kelajuan,kestabilan,keselesaan dan banyak lagi cuma yang tak sedap alatgantinya yang agak mahal.Pesona pun tak kureang juga istimewanya cuma Pesona tu nampak sporty sikit jadi ramai pemuda yang menggunakannya ,nampak lebih bergaya le!

Jika nak kenal bagaimana simptom-simptom kerosakan fuel pump waja adalah seperti berikut:-

1)Tiba-tiba tidak boleh di hdupkan
2)Sesekali hidup terus mati
3)Tersenggut2 bila naik bukit
4)Kurang pick up bila begerak
5)Berbau minyak di enjin kereta

Jika ada tanda-tanda sedemikian ,korang kena lah hati2 sediakan duit dan kenalpasti bengkel terdekat,supaya senang bila dah rosak nanti.

Inilah rupa bentuk fuel pump yang mencecah rm500 keatas tu!




Tuesday, October 11, 2011

Resepi masakan dari blog kereta

 

Buat julung-julung kalinya blog kerosakan kereta membuka satu halaman baru bertajuk resepi masakan.Halaman ini akan membawa anda menilai dan mencuba resepi masakan ringkas yang pernah dicuba oleh penulis blog ini.Resepi tersebut berbentuk mudah dan ringkas dan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah terdapat dimana-mana kedai runcit,pasaraya  mahupun didalam peti sejuk anda.

Resepi masakan ringkas yang hanya memerlukan lebihkurang 30 minit untuk dinikmati.Walaupun bukan sehebat mana ianya mungkin memberi anda satu idea baru untuk resepi masakan yang lebih canggih serta bahan yang lebih menawan dan menyelerakan.Kita terus ke resepi pertama yang tak perlu nak gunakan mesin untuk kisar .

Udang goreng sawi

Bahan-bahannya:-
1.Udang basah 1/2 kilo
2.Sawi basah secekak
3.Bawang merah
4.Bawang putih
5.Serbuk perasa cendawan
6.Serbuk lada hitam
7.Kiub ayam knorr jika ingin ditambahkan
8.Garam secukup rasa

Penyediaaan:-

Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih serta bawang merah.Kemudian masukkan udang dan seterusnya sawi yang telah dicuci.Setelah udang kemerah-merahan dan sawi mula mengecut masukkan serbuk perasa cendawan dan lada hitam.Seterusnya masukan kiub ayam knorr sebelah bahagian dan kacau sehingga kiub ayam mencair dan semua bahan sebati.Garam hanya perlu dimasukkan bila tidak cukup masin.Hiaskan sedikit dgn Lada merah dan hidangkan.




SELAMAT MENCUBA!





Friday, October 7, 2011

Bajet 2012 simpan kuasa kurang tercemar

 

Nampaknya kali ini kewujudan dan pembangunan modal insan yang berteraskan pelaburan semakin mendapat perhatian bajet 2012.Bermacam dana pelaburan diwujudkan termasuklah skim amanah rakyat 1 Malaysia.Walaupun insentif perbankan ,kewangan dan percukaian tidak diberikan perhatian menyeluruh sekurang-kurangnya terdapat juga sedikit ruang untuk industri automotif yang berunsurkan pengurangan pencemaran dalam negara.Kerajaan dalam bajet 2012 baru-baru ini sekurang-kurangnya  masih lagi memberikan sepenuh tumpuan kepada industri automotif dalam penggunaan kereta hibrid.

Hibrid yang bermaksud simpan kuasa dan mengurangkan pencemaran ini akan mendapat tempat yang lebih di dalam negara .Kereta hibrid dengan kuasa bateri yang dicas semula boleh mengurangkan sekitar 40 peratus asap dalam kenderaan.Kuasa bateri digunakan sepenuhnya untuk menggerakkan enjin kereta berbanding kereta sekarang yang menggunakan kuasa mekanikal untuk menggerakan komponen enjin dari piston hinggalah gear.

Bajet kerajaan 2012 dalam mengecualikan duti import dan eksais kepada pemegang francais kereta hibrid ini akan merancakkan lagi pengguaan kereta hibrid di Malaysia.Contohnya seperti Toyota Prius yang belum begitu banyak dijalanraya adalah sebuah kereta yang menggunakan kuasa elektrik dan gas sepenuhnya.Penjimatan dalam penggunaan amat ketara tetapi harga yang agak mahal menyebabkan kereta sedemikian kurang mendapat tempat di hati pengguna.

Pengecualian duti begini membawa impak yang agak besar kepada pengimportan kereta hibrid jika penjual kereta tidak menaikan harga yang sedia ada sekarang.Berkemungkinan kereta hibrid ini akan banyak berada di jalanraya kita ini pada masa akan datang.Pada pendapat penulis kerajaan sepatutnya juga memberikan panduan dan jalan supaya teknologi seperti ini diperkenalkan dalam kereta Malaysia sepereti Proton dan Perodua supaya kereta hibrid import dapat dibendung pengimportannya dan sekaligus menjana keuntungan dari segi aliran keluar wang dari dalam negara.

Diharap pada masa akan datang kereta hibrid Malaysia dapat dikeluarkan dan diperluaskan lagi dengan harga dan bentuk yang akan memikat pengguna .Walaupun 200 kereta hibrid ini telah diperkenalkan sebagai kereta rasmi,pada pendapat penulis kereta hibrid seperti ini mestilah diusahakan dengan lebih efisyen pengeluarannya supaya ia dapat dinikmati pengguuna kereta buatan Malaysia dan penggemarnya.



Saturday, October 1, 2011

Menyelaraskan tappet kereta dan muzik



Menyelaraskan tappet adalah tidak mudah seperti mendenagar muzik dari radio atau mendengar secara percuma dari banyak web seperti 4shared dsbnya. Enjin juga mengeluarkan bunyi yang juga melambangkan bahawa kita amat peka dengan bunyi dari sekeliling mahupun yang kita ingin dengar.Begitu juga dengan kereta yang kita pandu jika kita amati dengan sepenuhnya kita boleh dengar bunyi injap yang tidak sekata datangnya dari enjin kenderaan.Bunyi yang seakan-akan lari dari tune yang sepatutnya atau lebih senang, berlainan dari note yang seharusnya.

Keadaan ini akan terjadi bila terdapat kehausan pada rocker arm dan valve seat.Namun begitu tidak perlulah kita terus menukar sebatang rocker arm(batang silinder) kepada yang baru mahupun valve seat yang baru,cukup sekadar membuat penyelarasan supaya bunyi yang sumbang tersebut tidak ketara didengar dan menambahkan bingit bunyi bising kereta anda.

Apa yang diperlukan adalah sedikit pengetahuan dan cara-cara menyelaraskannya atau lebih senang dgn perkataan biasa adjust tappet.Walaupun penyelarasannya mudah pengetahuan awal adalah amat penting seperti alat yang perlu digunakan semasa kerja ini ingin dilakukan.Alat-alat seperti spanar bersaiz 12 dan 10mm,philip screw driver,tolok pelaras adalah wajib ada dalam menyelesaikan adjust tappet anda.




Cara-cara

1.Sediakan alat lengkap-philip screw driver,blade clerance(tolok pelaras),spanar bulat bergerigi bersaiz 12,10 dan 8mm
2.Setelah buka penutup silinder legakan semua tappet pada injap ekzos dan injap inlet
3.Gunakan spanar bergerigi dan mulakan pelarasan mengikut turutan 1432.(1432 bermaksud bila kedua injap tanpa kelegaan pada injap pertama selaraskan injap keempat dan begitu seterusnya pada 4 selaraskan 1 dan pada 3 selaraskan 2 dan pada 2 selaraskan injap 3.(lihat gambar)



4.Laraskan menggunakan tolok pelaras (blade clearance) pada saiz yang sesuai.Saiz tersebut selalu terdapat pada manual kereta .Sebagai pengetahuan kereta Malaysia biasanya pada saiz 15,10mm.10mm untuk injap inlet.

5.Hidupkan enjin setelah penutup silinder dipasang dan dengarkan lagaan injap,jika terlalu bising laraskan semula pada kadar yang lebih rendah .

Amaran:-Jangan terlalu rendah saiz pelarasan kerana ini mungkin menyebabkan enjin susah dihidupkan dan jangan sekali-kali laraskan pada kedudukan kedua-dua injap yang masih ada kelegaan,jika ini dilakukan piston anda mungkin pecah jika tidak dapat menahan ketukan.

Mudah bukan,memang mudah ,akantetapi ianya hanya untuk mereka yang tahu menggunakannya dengan langkah yang betul dan menjaga amaran serta keselamatan semasa melakukannya.Lakukan berhati-hati dan dapatkan nasihat dari mereka yang lebih arif jika anda pertama kali membuatnya.