Friday, October 18, 2013

Engine change


Assalamualaikum dan Selamat Aidiladha,

Engine change atau dalam bahasa mudahnya adalah tukar enjin.Tukar enjin adalah perkara paling mudah bagi mekanik tapi bagi pengguna yang tiada sedikit pun pengetahuan mengenai enjin yang masih boleh digunakan akan menyebabkan kesusahan dikemudian hari.Masalah kerosakan kereta yang lebih teruk mungkin berlaku jika memilih enjin yang tidak patut digunakan samada ia berbentuk halfcut atau pun enjin kosong.




Ramai diantara pengguna kereta yang suka memilih enjin sendiri tanpa menggunakan khidmat mekanik atau woksyop.Ini memang boleh dilakukan malahan ianya tidak bersalahan langsung dengan etika atau undang-undang mekanikal.Akantetapi sedikit pengetahuan perlulah ada supaya enjin yang dipilih boleh dipakai sekurang-kurangnya untuk 5 tahun lagi.

Mengenai enjin terpakai pula seperti yang boleh didapati dikebanyakan kedai alatganti terpakai atau kedai potong kebanyakannya telah melebihi usia 5 tahun dan ianya juga adalah bercirikan import dari luarnegara seperti Jepun dan negara Eropah yang melupuskan penggunaannya selepas 5 tahun.

Enjin kosong dan halfcut engine

Enjin kosong adalah amat biasa digunakan berbanding halfcut kerana kosnya agak murah dan ianya mudah dipasang dan juga mengambil masa yang tidak lama berbanding halfcut engine.
Terdapat beberapa komponen yang tidak disertakan dalam enjin kosong seperti alternator,power steering pump,starter,dashboard,mounting dan gearbox serta wiring.Olehitu memilih enjin ini seharusnya menggunakan code model seperti 4G19 ,B6 dsbnya.Ada juga terdapat kereta yang boleh ditukar enjin walaupun dari berlainan model seperti enjin naza ke toyota,kancil ke mira dsbnya asalkan engine mounting dan gearbox boleh dimuatkan, ia adalah bersesuaian dan kebanyakannya menggunakan enjin kosong.

Halfcut engine pula adalah bermaksud sebahagian/setengah dari kereta dipotong dua bermula dari sebahagian pintu depan sehinggalah ke bahagian enjin tidak termasuk tayar dan roda.Komponen-komponen enjin seperti alternator,starter,power steering,gearbox semuanya disertakan sekali termasuk steering rack dan komponen akhir seperti rack end,tie rod end ,disc dan shock absorber.Harga sebuah halfcut adalah bersamaan dengan 3 kaliganda harga enjin kosong.Kerosakan kereta atau enjin mudah ditangani dengan menggunakan halfcut engine

Halfcut engine boleh digunakan hampir keseluruhan termasuk dashboard dan wiring dan jika pandai memilihnya berkemungkinan pengguna akan mendapat komponen yang lebih baik berbanding apa yang ada pada kereta lama mereka.Memilih enjin dan bahagian ini pula bergantung kepada apa yang ingin digunakan sepenuhnya seperti enjin atau bahagian wiring dan dashboard,dan kebiasaannya enjin adalah paling utama berbanding dashboard dan wiring yang rata-rata banyak digunakan oleh kereta-kereta Eropah seperti Mercedes,BMW dsbnya.

 Cara-cara memilih enjin terpakai 

Memilih enjin terpakai yang masih boleh digunakan bukanlah sesuatu yang susah dan memerlukan kepakaran yang tinggi.Terdapat ramai pengguna kereta yang mahir memilih enjin yang baik untuk kereta mereka dan tak kurang juga yang menggunakan kaedah tangkap muat sehingga terpilih enjin yang rosak teruk ,terpaksa dioverhaul dsbnya dan hanya bertahan sehari dua menggunakannya.Disini saya senaraikan sedikit cara-cara memilih enjin yang  masih boleh digunakan sekurang-kurangnya 5 tahun.Ciri-ciri enjin yang elok:-




  1. Bau minyak hitam/keladak minyak tidak hangus atau hangit.Buka penutup minyak enjin dan calit sedikit ke jari dan hidu.
  2. Kurang minyak meleh ditepi head dan gearbox.Goyang sedikit enjin tersebut jika ada lelehan minyak ia tanda banyak bocor gasket
  3. Jika ada alat seperti spanar bersaiz 21 atau 24 pusingkan sedikit skru flywheel untuk pastikan enjin tidak jammed atau melekat atas sebab ada bahagian yang patah.
  4. Pastikan tiada kemek atau retak pada engine block dan tangki minyak hitam/ oil sump.
  5. Pastikan tiada lelehan minyak hitam di bahagian timing belt manakala enjin yang gunakan timing chain lelehan minyak dibahagian berdekatan tanda damper dan rantai yang hampir renggang.
  6. Turuti langkah diatas secara teliti terutamanya menghidu bau minyak hitam enjin yang memungkin memilih enjin yang telah hangus dalamannya.
Secara kesimpulannya memilih enjin perlulah hati-hati walaupun tanpa pengalaman dengan berbekalkan pengetahuan insyallah ianya tidak akan menyusahkan dan tidak mungkin meletakan anda dalam keadaan 50-50 secara teknikal.



      Saturday, May 25, 2013

      Minyak hitam mengikut kesesuaian enjin


      Minyak hitam atau engine oil adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugasan enjin ke tahap lebih baik..Persoalannya yang banyak berlaku adalah bagaimana memilih minyak hitam yang sesuai untuk kereta anda.



      Berdasarkan pengalaman saya,minyak hitam tidak boleh dipilih sembarangan ,ianya bergantung kepada enjin iaitu berapa lama enjin tersebut telah digunakan dan juga bergantung kepada penilaian mekanik mahir keatas enjin tersebut.Ada beberapa ciri enjin yang diklasifikasikan berdasarkan penilaian saya dan pemerhatian secara langsung keatas kekuatan enjin .
      Terdapat enjin yang mengalami sedikit kebocoran pada cylinder,pada gasket,pada blok walaupun ia tidak banyak ,tukarlah kepada minyak yang bersesuaian boleh melambatkan bocor disamping ada juga yang menghilangkan bocor kerana minyak tersebut menutup ruang.
      Jika kereta anda berkeadaan demikian dan anda masih belum mahu membaikinya seperti belum mahu melakukan top overhaul atau overhaul sebaiknya anda memilih minyak enjin bergrade API SG/CD berbanding SAE 20W 50 yang biasa bergrade API SJ/CF .


      Ini kerana minyak enjin bergrade API SG/CD 20W 50 adalah lebih likat dan berdaya mengawal kebocoran serta ia juga berdaya mengawal pergerakan enjin ketahap lebih senyap.

      2.Synthetic Oil adalah pada tahap terbaik jika kereta anda berumur tidak melebihi 2 tahun.Harus diingat bahawa dalam tempoh tersebut kehausan pada komponen adalah pada tahap terkawal oleh itu minyak pelincir sintetik perlu digunakan kerana kelikatannya lebih rendah berbanding minyak pelincir biasa. 3.Jika anda menggunakan minyak fully synthetic sejak dari awal membeli kereta baru ,meneruskannya adalah amat baik pada hemat semua orang akantetapi ia sebenarnya tidak sedemikian ia adalah kerana kekuatan enjin sebenarnya berkurangan setiap masa kerana komponen haus dan terdapat kepanasan meningkat walaupun ia tidak ditunjukan oleh meter suhu.
      Oleh sebab itu pemilihan minyak hitam haruslah sesuai dengan keadaan kereta tersebut.Secara ringkasnya jika kereta melebihi 2 tahun anda perlu bertukar kepada minyak hitam biasa bergrade SAE20W 50 berbanding minyak fully synthetic atau semi synthetic.

      Teknologi terkini minyak hitam

      Dahulu minyak hitam tidak dilengkapi dengan engine treatment berbanding sekarang.Dahulu hanya minyak hitam sintetik sahaja yang mempunyai treatment tetapi tidak sekarang,kebanyakan minyak hitam untuk kereta 4 lejang atau 4 cylinder dilengkapi dengan engine treatment.

      Jenama Bardahl contohnya telah menggunakan engine treatment dalam minyak hitam mereka .Engine treatment sebenarnya membantu enjin menjadikannya lebih senyap,menahan geseran dan kurang panas.

      Tetapi jika anda mempunyai kereta yang melebihi 2 tahun adalah tidak digalakan menggunakan minyak enjin bertreatment seperti demikian kerana ia akan membuatkan komponen cepat haus dan lebih bergetar kerana tahap penurunan kekuatan komponen,sebaiknya anda gunakan minyak hitam biasa tanpa treatment.

      Minyak hitam 3 silinder


      Minyak hitam untuk 3 silinder dan berkapasiti 3 liter adalah biasa dilabelkan dengan SAE 10W 30.Minyak hitam jenis ini adalh biasa digunakan pada kereta cc kecil seperti Kancil,Mira,Atos,Viva dll.Enjin yang mempunyai cc (cubic centimetre) rendah biasanya dibawah 1000 cc ini amat kurang mengalami masalah yang disebabkan penggunaan minyak hitam dan biasanya minyak hitam 3 liter adalah yang paling sesuai digunakan.Pastikan kereta berkuasa demikian diisi denagn minyak hitam 3 liter sahaja dan bukan 4 liter.

      Peringatan:Menukar minyak hitam mengikut kilometer digunakan adalah paling berkesan mengawal enjin dari mengalami kerosakan dan kebocoran .Tukar minyak hitam setiap 5000km atau 10000 km untuk minyak sintetik.


      Thursday, January 31, 2013

      Panduan mengenalpasti kenapa enjin tidak dapat dihidupkan

      Salam Maulidurrasul dan Selamat Hari Wilayah

      Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim kumulakan tulisan ini untuk panduan ramai pengguna bagi menjawab banyak persoalan asas-asas awal kerosakan dari bateri dan komponen kecil seperti alternator dan starter .Semuga ia dapat dimanfaatkan.Insyallah.


      Asas-asas utama 

      kereta yang tidak dapat dihidupkan tak kira pada waktu pagi ataupun yang tiba-tiba mati adalah kerana beberapa sebab asas yang boleh diketahui sendiri oleh pengguna kereta.Terdapat beberapa kaedah untuk mengenalpasti masalah enjin anda jika ianya tidak boleh dihidupkan samada ketika enjin panas mahupun ketika ia sejuk.

      Bateri

      Secara kasarnya bateri memainkan peranan utama apabila kereta tidak dapat dihidupkan.Akantetapi bilamana bateri yang lemah kebanyakan sistem elektronik pada kereta tidak akan berfungsi samasekali.Dibawah ini digariskan beberapa panduan untuk mengenalpasti secara kasar apakah tanda-tanda kerosakan bateri jika kereta tidak dapat dihidupkan.

      1.Alarm akan berbunyi bila enjin cuba dihidupkan
      2.Semua lampu yang berkaitan dengan alarm akan bernyala
      3.Lampu panel meter akan bernyala dan malap bila kunci enjin dipusingkan mengikut arah jam.pada tanda 'START'
      4.Starter kereta akan berbunyi hentakan seperti 'tak....tak' berterusan jika enjin cuba dihidupkan.
      5.Power window yang ditekan akan menyebabkan alarm berbunyi.
      6.Lampu alarm akan terus bernyala bila banyak kali enjin cuba dihidupkan.

      Apabila bateri lemah alarm dan lampu hadapan serta signal akan menyala berterusan jika enjin cuba dihidupkan dan sistem elektronik dan elektrikal akan berada dalam keadaan 'malfunction' sementara.Bagaimana cara mengatasi alarm yang berbunyi dan terus menyala serta sistem elektronik yang gagal berfungsi?



      1.Pusingkan kunci kereta pada tanda 'ON'
      2.Gunakan spanar bersaiz 12 atau playar dan buka skru positif pada bateri
      3.Angkat kabel penyambung bateri
      4.Pegang kabel dan letakan semula kepada kepala bateri secara sekejap-sekejap
      5.Dengarkan bunyi alarm 2 kali dan lampu hadapan berkelip 2 kali menandakan sistem telah direset
      6.Bunyi alarm akan terus berhenti begitu juga dengan lampu yang bernyala menandakan sistem elektronik telah dihentikan/direset ke asal.
      7.Cabut bateri dan gantikan dengan yang bateri yang berkuasa

      Apa yang digariskan di atas hanyalah untuk mengenalpasti dan cara mengatasi bunyi alarm dan sistem elektronik yang gagal berfungsi ketika enjin cuba dihidupkan.Bagaimana pula mengenalpasti kerosakan yang lain dari bateri jika enjin masih lagi tidak dapat dihidupkan?

      Dibawah ini digariskan beberapa panduan mengenalpasti masalah awal kerosakan kereta anda jika ia tidak dapat dihidupkan ketika sedang digunakan dan mati secara tiba-tiba..

      1.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali  tetapi ia tidak terus hidup malah mengeluarkan sedikit asap dan ekzos meletup sedikit menandakan sistem karburator dan fuel pump yang tidak berfungsi.
      2.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali tetapi enjin/kereta tiada gegaran menandakan taluisawat/timing belt yang putus
      3.Jika meter pengesan kepanasan berada pada tahap merah dan terus berhenti dan enjin tidak berjaya dihidupkan menandakan kepanasan enjin  telah membakar gasket silinder dan mnyak hitam trelah naik ke ruang pembakaran dan membasahkan plug.
      4.Jika enjin terus mati dan semua lampu pada panel meter hilang secara tiba-tiba menandakan kerosakan pada relay utama enjin dan sistem elektrikal yang bersambung pada ECU (Engine Control Unit)

      Harus diketahui bahawa enjin yang dapat dihidupkan adalah ketika :-

      1.Bunyi berdetik ketika kunci diletakan pada 'ON'
      2.Lampu panel meter bernyala keseluruhan termasuk lampu kecil 'check engine' .
      (rujuk gambar)

      Starter

      Kerosakan pada starter boleh dikesan awal.Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dan starter berbunyi hentakan seperti 'tak...tak setiap kali kunci dipusingkan menandakan kerosakan pada solenoid dan sambungan wayar negatif  mungkin berlaku .

      Menolak kereta juga adalah salah satu cara untuk enjin kereta dihidupkan jika kerosakan pada starter berlaku.




      Wayar negatif starter acapkali menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan dan biasanya langkah menambahkan 6 wayar berelay adalah jalan penyelesaian terbaik mengatasinya.Perhatikan rajah dibawah ground yang menggantikan negatif yang tidak berfungsi pada starter.

      Alternator

      Seperti yang telah dinyatakan diatas jika nyalaan lampu alarm berterusan menandakan kerosakan pada bateri tetapi apabila alternator bermasalah semua lampu pada panel meter berkeadaan hidup malap dan sekejap2.

      Ini hanya boleh dikenalpasti dengan tepat setelah kereta dihidupkan dan kabel penyambung negatif bateri ditanggalkan ketika enjin hidup.Jika enjin tidak padam bermakna alternator masih boleh digunakan.



      Untuk kereta yang banyak melakukan tambahan aksesori seperti power amp radio,sistem bunyi,sportlight,lampu awas brek,lampu bawah ekzos dsbnya, kereta sedemikian harus menggunakan bateri berkuasa besar serta alternator berkuasa ampere yang tinggi bagi menstabilkan kuasa yang digunakan untuk mengecas semula.