Sunday, October 25, 2009

16 september hari Malaysia

Salam,
Sepertimana yang kita tahu 16 september setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Malaysia dan ini bermakna kita menyambut 2 kali hari yang ada kena-mengena dengan Malaysia iaitu 31 Ogos dan 16 september setiap tahun.
Hari-hari penting ini wajiblah diingati walaupun kita duduk dalam negara berbilang bangsa dan kaum tapi kita hanya menggunakan satu Malaysia sebagai bumbung.Kita duduk dalam satu rumah juga walau banyak berbeza pendapat itu adalah lumrah kejadian manusia yang tak boleh dipisahkan sejak azali,senang cerita sejak zaman purba la.
Olehkerana kita semakin bertambah kepadatan penduduk jadi segala macam kerosakan dimukabumi ini semua berpunca dari manusia,kerosakan apa saja semuanya datang dari manusia,manusia rosakan hutan,rosakan alam sekitar,rosakan minda,rosakan fahaman hinggalah kepada kerosakan kereta.Ini pun manusia rosakan juga ,ada yang sengaja duk bakar kereta yang banyak kita jumpa tepi jalanraya yang rentung dsbnya.
Jadi pada post yang pendek ni aku nak kasi ingat bahawa kita nie hidup lum tentu lama jadi ingat2lah pesanan dari Alquran dan Hadis semuga apa yang kita lakukan dapat iktibar pada orang lain dan dapat bekal ke alam Baqa'.Untuk mereka yang berfahaman politik yang ekstrim bawak2lah bersabar jangan sikit-sikit EGM dan tak dapat bekerjasama.eheh ke politik pulak dah,melatah le pulak,yang sebenornya jangan le rosakan minda dan akidah kita kepada Tuhan.Apa2pun...




wassalam-kerosakan kereta

Tuesday, October 20, 2009

Jana wang adsense-satu cara jana wang secara pasif

Jana wang adsense adalah salah satu cara menjana wang secara pasif.Setelah beberapa kali aku buka dan pelajari akhirnya aku buat kesimpulan bahawa penjanaan wang dengan adsense adalah satu cara buat duit secara pasif.Cara ini bukanlah satu cara yang selalu orang tersalah erti bahawa cara ini adalah satu cara yang aktif.Tidak,sebenarnya cara yang aktif adalah cara penjanaan wang dengan perniagaan yang bermotifkan penjualan barang,perkhidmatan dan peruncitan.

Bagi korang yang belum berapa kenal dengan adsense ,boleh cuba dengan blog dan cuba pelajari melalui blog jana wang adsense atau dari mana2 online page..Tetapi harus diingat kerana ianya bukanlah mudah kerana ia memerlukan kesabaran dan ketekunan melainkan jika korang dah ada perniagaan kemudian meletakan adsense,ini adalah yang tercepat dan juga cara pantas mendapatkan wang.

Aku tulis jana wang adsense nie kerana dah lama aku tertarik dengan corak perniagaan pengiklanan nie,ianya lebih tersusun dan teratur tapi tidak mudah.Bagi semua yang minat dengan jana wang adsense nie boleh cuba dapatkan nasihat pakar dari blog jana wang adsense.Ini adalah sebahagian dari buah fikiran aku pasal jana wang adsense dan ianya sekadar satu post untuk bacaan-wassalam


 Kalau macam gini banyaknya jana wang adsense sehari,betul ke jana wang secara pasif ?Aku ingat yang berjaya mendapatkan pendapatan sehari banyak ni mungkin juga dia rajin klik web atau blog orang lain yang ada iklan google adsense.So rajin2 le klik iklan google bila di page oranglain ya!

Nak senang lagi bila masuk kedai orang kenalah bayar walaupun hanya dengan klik !klik lah iklan Google dimana2 blog yang anda layari sebagai hadiah dan saguhati kepada penulis blog yang berikan idea,.cerita atau nasihat dan panduan,

Renungkanlah.wassalam

Wednesday, October 7, 2009

Komponen-komponen kereta yang boleh diservis

Salam,

Olehkerana blog kerosakan kereta ini aku wujudkan untuk membantu semua dalam mencari maklumat yang boleh menyenangkan semua, jadi pada kali ini aku nak beritahu pasal komponen2 kereta yang boleh diservis selain dari servis biasa yang tukar minyak enjin dan oil filter.

Ini juga termasuk dalam salah satu cara yang terdapat dalam kerosakan kereta juga ya!. cara ini adalah cara yang terbaik untuk menukar minyak enjin dan oil filter semua orang boleh buat sendiri kerana prosesnya tidaklah rumit,cuma korang perlukan alat seperti pembuka oil filter,spanar biasa ukuran 17,14 ataupun 12mm diameter.

Kerosakan kereta korang boleh senang dikenalpasti jika kena cara dan kaedah yang betul walaupun hanya sekadar pengetahuan tanpa melakukannya sendiri.



Enjin

1.servis karburator
2.servis alternator
3.servis fuel pump
4.servis starter
5.servis radiator

Aircond

1.cooling coil
2.compressor

Disini aku terangkan sedikit mengenai cara-cara servis alternator kereta dan starter kereta yang tidak begitu rumit.Prosesnya hanya perlu buka starter atau alternator tersebut dan cuci dalamannya dengan petrol atau diesel kemudian gantikan komponen sesentuh elektrik iaitu gentian karbon dengan gentian yang baru.Gentian karbon biasa dipanggil "carbon brass".Alternator dan starter kereta harus diceraikan kepada tiga bahagian supaya senang servis dan tukar gentian karbon.



Radiator kereta pula boleh di servis dengan 2 cara iaitu cara kimia dan cara penggunaan air.
Cara yang biasa digunakan dan senang sekali ialah tanpa menanggalkan radiator dari tempatnya iaitu dengan menyalurkan air dari penutup atas dan buangkan melalui tutup bawah radiator.Lakukan beberapa kali dan kadangkala tutup bahagian bawah dan buang semula air supaya angin terdapat dalam radiator untuk tujuan pembersihan.Isi semula air dan tambahkan coolant untuk penyejukan.



Aku rasa cukup setakat ini dulu dari blog kerosakan kereta, sambungan nya untuk cooling coil dan compressor serta fuel pump di lain post menyusul nanti.

sekian dari kerosakan kereta blog.

Friday, October 2, 2009

Baiki kereta anda dan elakkan kemalangan maut



Dalam post kali ini aku suka nak sentuh dalam hal isu semasa yang hangat diperkatakan mengenai keselamatan jalanraya.Walaupun dalam banyak isu semasa, ada yang isu gempa,isu bencana ,isu jenayah dan sebagainya aku lebih tertarik nak kemukakan isu pasal kemalangan kereta,walaupun ianya bukan dalam kerosakan kereta tapi ini adalah isu penting selain dari bencana alam.

Olehkerana kemalangan jalanraya dapat dibendung pada musim perayaan hariraya kali ini ,jangan pula kita leka bahawa selepas hariraya pun kita takan lari dari kemalangan.Perlantikan datuk Michelle Yeoh sebagai duta kemalangan jalanraya adalah bersesuaian dengan tujuan kerajaan mengurangkan kemalangan kenderaan samada,kenderaan awam,kereta,motosikal dan basikal.

Kerajaan juga pada hemat aku  harus fikirkan  pasal naiktaraf jalanraya supaya kenderaan seperti motosikal kalau boleh setiap lebuhraya ada jalan khas untuknya dan ini adalah yang terbaik sekali dalam mengurangkan kemalangan motosikal setiap hari.

Kalau pandangan mekanik pula ialah setiap kenderaan awam haruslah diketatkan syarat baiki dan selengara kenderaan tersebut supaya tidaklah rosak brek,rosak enjin dan asap tebal yang memenuhi ruang pernafasan kita.

Kalau macam bas dan teksi kenalah baiki kereta tersebut supaya enjin tersebut tidak mengeluarkan asap yang banyak jika kereta atau kenderaan tersebut menggunakan enjin diesel,biarpun penggunaan NGV telah meluas sekarang.

Rosak brek pada kenderaan awam haruslah dibaiki segera ataupun kerajaan boleh keluarkan syarat supaya setiap kenderaan awam seperti kereta,bas dihantar untuk diperiksa oleh Puspakom tanpa bayaran setiap bulan kemudian harus pula dibaiki pada bulan berikutnya ,barulah kemalangan jalanraya dapat dibendung sepenuhnya.

Masalah baiki kereta ataupun kenderaan awam pada pengusaha adalah salahsatu beban yang tidak boleh diperlekehkan  kerana setiap kenderaan yang ingin dibaiki memerlukan kos yang tinggi,jadi kepada pengusaha bengkel kereta ,bas dan lori haruslah mengenakan kos upah pada tahap minima supaya beban kepada kenderaan awam dalam masalah baiki ini dapat dikurangkan,sekaligus berjaya menyekat kadar kemalangan maut pada kenderan awam.

sekian buat kali ini dari blog mekanik  kereta,


Baiki kereta anda dan elakkan kemalangan maut.