Monday, August 31, 2009

Pesanan dan gambar pemasangan bearing roda dan pencucian kebuk silinder



Mungkin ada di antara pengguna kereta yang tidak pernah tahu ataupun tak mahu ambil tahu pasal keadaan kebuk silinder kereta atau bahasa omputihnya cylinder head selepas dan sebelum dibersihkan,kat sini aku sematkan beberapa gambar termasuk gambar keadaan pemasangan bearing roda kereta dan pemasangan skru bearing roda dan alat ganti yang digunakan untuk pemasangan tersebut.Kerosakan kereta begini amat kerap terjadi dan aku nasihatkan kepada pengguna kereta supaya hati2 bila bearing rosak kerana ia melibatkan nyawa pemandu kereta dan penumpangnya.Cuba pastikan mekanik letak gris bearing dengan tangan telah dilap atau bersih.Berhati2 sebelum terjadi kejadian buruk sempena hari raya nie jika pulang kekampung halaman.-sekian




wassalam-kerosakan kereta

Saturday, August 29, 2009

Pasal aircond kereta lagi



Pagi ni dah pukul 312 pagi aku baru je lepas tengok bola Arsenal dan MU,walaupun pasukan kegemaranku Arsenal tumbang tapi puashati kerana gamenya ok gak.Dah lama gak aku tak update blog ni jadi pagi nie aku pun tulih le pasal aircond sekali lagi,tapi tak banyak mane le cuma nak kasi tahu korang pasal gas aircond yang selalu dan sesuai digunakan untuk kereta lama dan model baru.

Ada dua jenis gas aircond kereta yang selalu digunakan iaitu gas R12 dan R134A,R12 nie selalu digunakan pada kereta lama ataupun kereta yang dah lebih umur 5 tahun keatas,bukan tak boleh digunakan pada kereta model baru tapi tak berapa sesuai kerana kandungan dalaman gas tersebut.
>


R12 tu boleh membawa penyakit kepada sistem aircond kereta.Jika digunakan gak akan membawa kepada kerosakan compressor dan cooling coil,tapi yang lebih senang kena penyakit ialah compressor,macam kena H1N1 gamaknya terus demam compressor tu dan terus le kong.Jadi aku nasihatkan kalau ada nampak mekanik tuang gas R12 nie kat kereta korang tolong beritahu dia gas tu tak sesuai.Kadangkala mekanik dan kedai ada yang nak untung lebih tuang gas R12 nie sebab ianya murah dari R134A.

R134A pulak adalah gas yang sesuai digunakan pada kereta model baru zaman sekarang yang umur tak lebih 5 tahun dikeluarkan dan kalau kereta malaysia selalu digunakan pada kereta wira,perdana,waja termasuk kereta perodua dsbnya.

Kandungan gas warna hijau nie memang lebih ringan berbanding R12,jadi hati2 bila memilih gas aircond kereta.Kereta jepun kebanyakannya memang boleh gunakan R12 dan R134A tapi aku nasihatkan tuang R134A jika kereta korang masih baru supaya tak dapat penyakit pada compressor kalau dah dapat nanti bertambah sakit le poket korang sumer.

Sekian untuk kali ini semuga jumpa pada topik lain pulak.Jika nak tanye pasal kereta sila le tinggalkan komen nanti aku jawab bila ade yang tinggalkan komen,jadi selalu le lawat page nie ataupun bookmark je dan tengok ok.sekian wassalam.



wassalam-kerosakan kereta

Tuesday, August 18, 2009

Kereta Honda Tomok

Tomok dan keluarga

Siapa yang tak kenal dengan Tomok,semenjak beliau menjuarai pertandingan One in a Million ,nama Tomok tak lekang dari bibir peminat beliau dan tetrbaru Tomok telah menimang cahayamata dari perkahwinan beliau.Walaupun sibuk dengan show dan rakaman Tomok tak melupakan hari-hari bersejarah dalam hidup beliau.Semuga beliau bangga dengan apa yang beliau lakukan bersama kereta dan keluarga tercinta.

 

 (di kemaskini pada 02/10/2012)


     Tomok dan Kereta (post terdahulu)


Barangkali orang lain akan cakap saya yang mencari nahas sebab beli kereta lama, tetapi sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki kereta jenis ini.
Kini saya amat berbangga melihat kereta ini nampak cantik dan trendy di depan mata. Segala usaha dan penat lelah saya menyimpan wang untuk kereta Civic EG4 ini akhirnya berbayar,jelasnya sambil merenung kereta itu yang berada di depannya.

Lantaran itu, tidak hairanlah apabila Tomok yang sudah mengabdikan diri dalam dunia seni sejak sedekad lalu bersama New Boyz begitu menyayangi kereta tersebut.

Ia dijaga dan dibelai dengan baik sekali oleh tuan punya kereta yang juga merupakan juara kepada rancangan realiti popular, One In A Million musim ketiga .

Kereta lama Tomok, Perodua Kancil yyang dibeli pada tahun 2000 sebelum menggunakan Honda Civic EG4 itu juga masih tersimpan dengan baik.

Dipetik dari Kosmo online oleh Faizal Shaharun-wassalam dari kerosakan kereta

Monday, August 10, 2009

ini baru betul rosakan kereta

TENGOK VIDEO DI SINI


aku pun duk p.k ni,dah lama gak aku dalam automotif ni,tapi camane pulak kereta tu boleh spring terbalik,bila jek kat belakan depan turun tapi kereta tu pusing semula,ni kereta spring ke apa!
Apa2 pun tahniah lah sapa yang ambik video ni superb le!hai kerosakan, baru betul kerosakan kereta !hehe!

Friday, August 7, 2009

Autoshow yang agak menarik

Saja aku ambik video ni cuma nak berkongsi sedikit autoshow yang diperkenalkan dalam ni,sama2 kita saksikan!

______________________________________________________________________________


TENGOK VIDEO DI SINI-nokookie.com



wassalam dari kerosakan kereta