Sunday, December 9, 2012

Teksi dan penggunaan NGV


Salam,

Teksi  begitu sinonim dengan penggunaan NGV (Natural gas vehicle) di Malaysia.Mengapa agaknya hanya teksi yang banyak dikaitkan dengan penggunaan NGV ini?Olehkerana gas tersebut amat murah berbanding petrol maka ia digunakan secara meluas oleh semua pengguna teksi di Malaysia mahupun dunia untuk memberikan peluang kepada pengguna teksi mengurangkan belanja bahanbakar setiap hari terutamanya airport taxi.


Jenis gas yang digunakan

Gas yang digunakan adalah gas jenis LNG (liquefied natural gas ) yang banyak diedarkan oleh Esso dan Petronas.Malaysia LNG Sdn Bhd pula adalah pengeluar terbesar gas ini yang berperasi di Bintulu  Sarawak.Gas ini sebenarnya adalah sejenis methane yang telah dicairkan.Seperti yang kita juga tahu methane adalah bahan bakar yang juga banyak digunakan dalam pemetik api untuk menyalakan sesuatu seperti rokok dsbnya.

Bagaimana pula methane jadi murah bila digunakan pada teksi

Methane adalah sejenis gas yang mudah menyalakan api dan ia juga mudah mengering dan jika digunakan dengan cara yang betul ia boleh mempercepatkan pembakaran.Olehsebab itu gas jenis ini digunakan pada kenderaan melalu kaedah tertentu melalui saluran yang betul kearah ruang pembakaran dalam enjin kereta seperti teksi.

Olehkerana gas NGV ini mudah membakar ,ia menyebabkan ruang pembakaran jadi cepat dan seterusnya mempercepatkan kadar meter perjalanan berbanding penggunaannya dan amat sesuai digunakan pada kenderaan yang selalu berada di jalanraya seperti teksi

Walaupun risiko kerosakan sedikit tinggi berbanding petrol kerana pengubahsuaian penerimaan bahanbakar disebabkan kepanasan enjin yang melampau tetapi ia masih digunakan oleh teksi kerana sebab-sebab penjimatan yang mencecah 60 peratus berbanding menggunakan petrol.

Jika anda seorang pengguna kereta secara logiknya sahaja anda akan ketahui bahawa kepanasan enjin yang kuat bloeh membakar gasket silinder dan juga menyebabkan hose pecah serta mengganggu sistem penyejukan kereta.Tetapi ini tidak bermaksud NGV tidak sesuai digunakan sebagai bahanbakar malah ia telah dibuktikan dengan penggunaan meluas pada kereta komersil seperti teksi,kereta tunda dan lain-lain lagi.

Penggunaan NGV ini akan lebih berkesan jika anda banyak menggunakan kereta untuk bergerak melebihi 100 kilometer sehari atau rm50 sehari jika menggunakan petrol kerana jika ia bergerak dengan kerap penggunaanya jadi lebih menjimatkan.

Olehkerana kepanasan enjin yang melampau pada sistem NGV alat menukar semula kepada petrol setiap beberapa kilometer dipasang pada teksi untuk menjaga kereta pengangkutan ini jadi lebih panas seterusnya merosakan kenderaan tersebut.(lihat rajah).

Diatas sebab pemasangan suis tukar kepada petrol inilah menjadikan sistem ini sebenarnya adalah sistem bahanbakar yang semakin digemari oleh pengguna kereta pada masa sekarang walaupun pengubahsuaian tersebut menelan kos yang agak besar.



Jadi jika anda perlukan pengangkutan yang selamat untuk ke destinasi seperti airport,tempat percutian yang jauh dari lokasi anda dan sebagainya teksi adalah pengangkutan darat  terbaik  yang amat sesuai digunakan dan bernilai untuk wang anda.










Tuesday, December 4, 2012

Kereta baru atau kereta terpakai?


Salam, Secara keseluruhannya kereta memang menjadi pilihan berbanding kenderaan lain seperti motosikal dan bas sebagai alat pengangkutan.

 Walaupun pada abad ini terdapat kemudahan pengangkutan awam yang lebih teratur seperti LRT,keretapi,bas dan teksi tetapi kereta masih utuh sebagai pilihan utama ramai orang ,bukan saja sebagai pengangkutan malah sekarang kereta telah dihiaskan sebagai daya tarikan yang mencerminkan gaya,keunggulan dan kekuasaan.


Gaya,keunggulan dan kekuasaan adalah ciri utama dalam memberikan suntikan dalam pemilihan kereta tidak kira baru ataupun kereta terpakai.Walaupun kereta terpakai dipilih berdasarkan kepada harganya yang agak rendah serta mudah untuk dimiliki namun begitu tak kurang juga pengguna yang memfokuskan kepada kereta baru sahaja sebagai alat pengangkutan yang kurang berisiko berbanding kereta terpakai.



Risiko Kereta baru 

Di Malaysia ini terdapat hanya 2 pengusaha kereta nasional iaitu Proton dan Perodua,manakala jenama dan model kereta yang baik diantaranya pula adalah yang terbaharu iaitu Axia dan Suprima.Penghasilan Myvi adalah yang terbaik dari Perodua manakala Exora adalah MPV yang pertama dan berkeluasan dalaman yang luas untuk pengguna di Malaysia.

Kereta Axia mempunyai pasaran  laris setakat ini di Malaysia kerana mempunyai keupayaan serta model yang agak menarik berbanding kereta kompak keluaran Perodua yang lain.

Untuk kerosakan kereta-kereta baru macam ni terpaksa lah tunggu dari pengguna-pengguna kereta tersebut,harap-harap model yang semakin canggih dn berteknologi seperti Axia dan Suprima ini akan kurang kerosakan dan juga menang dari segi harga untuk kereta tersebut.

Bila sebut saja kereta baru ,ramai yang beranggapan menggunakan kereta baru kurang berisiko dari segi kerosakan komponen,kerosakan aircond dan jumlah penggunaan meter yang lebih sedikit berbanding yang terpakai.Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa kereta baru juga sama risikonya dengan kereta terpakai ,walaupun pada hakikatnya komponen2 yang digunakan pada enjin adalah masih baru dan hanya digunakan pada proses percubaan oleh kilang pembuat kereta.

Secara umumnya kmponen kereta yang baru tidak mudah rosak melainkan jika berlaku kecuaian pengguna seperti terlibat dalam kemalangan dan seterusnya merosakan keseluruhan komponen malah kereta juga.

Apa yang kita harus tahu bahawa kualiti komponen baru dan lama dalah bergantung kepada cara pembuatannya semasa dikilang,jika pekerja kilang yang memasangnya seorang yang amat berhati-hati dan teliti komponen enjin,dalaman,lampu dan sebagainya akan dihasilkan pada kualiti yang tinggi begitu juga sebaliknya.

Terdapat banyak contoh barangan baru dari kilang yang hanya mencecah 1 tahun penggunaan malah terdapat juga yang lebih rendah seperti 1 atau 2 bulan dan sebagainya.Saya pernah berpengalaman menggunakan alat sensor hawadingin yang dipasang pada kereta baru yang baru saja saya gunakan kira-kira 3 bulan telah mengalami kerosakan yang memusnahkan alat sensor tersebut dari penggunaannya.

Ini menunjukan kereta baru juga berisiko tinggi sama seperti kualiti kereta teraakai mala h ada terdapat kereta terpakai yang lebih baik walaupun ianyatelah dikeluarkan dari kilang melebihi 5 tahun.



Risiko kereta terpakai

Walaupun pada rupa luaran kereta terpakai nampak usang tapi ada juga terdapat kereta terpakai lebih baik dan kurang berisiko,mungkin pengguna sebelumnya banyak menukar komponen dan meneliti kerosakan secara terperinici dan mementingkan kepuasan penggunaan.

Terdapat juga enjin kereta terpakai lebih senyap dan stabil berbanding kereta baru.Ini menunjukan risiko kedua-duanya samada kereta baru dan kereta terpakai sebenarnya adalah diparas yang agak sama.


10 ciri penting pemeriksaan enjin kereta terpakai secara teknikal sebelum membeli

1.Minyak hitam tidak berbau hangit bila dihidu.
2.Enjin berbunyi senyap dan mudah dihidupkan.
3.Enjin tidak bergegar bila dihidupkan
4.Aircond tidak berbunyi berdesir dan berbau hangit
5.Bau asap yang agak tidak menyengat ke hidung
6.Terdapat titik-titik air pada hujung lubang ekzos bila enjin dihidupkn
7.Klac yang mudah masuk dan gear berfungsi dengan baik
5.Terdapat free play pada gear
6.Bering klac tidak berbunyi bila klac dimasukan
7.Tiada kedengaran bunyi cincin berlaga jika enjin dihidupkan(tiada tanda rsak piston ring)
8.Asap tidak putih bila pedal minyak ditekan
9.Warna asap juga agak kebiruan atau hampir kepada tiada asap
10.Kipas berpusing secara auto untuk aircond dan radiator.


Secara kesimpulan teknikalnya enjin kereta terpakai diperlukan berfungsi dengan baik secara senyap dengan kipas radiator dan aircond berpusing secara auto dan asap tidak berbau hangit dan berwarna putih yang berterusan bila pedal minyak ditekan.Jika keadaan enjin yang sedemikian ini membuktikan bahawa kereta tersebut sesuai untuk digunakan sekurang-kurangnya 5 tahun lagi.



Friday, November 16, 2012

EP90 dan SAE140 untuk gear


Terdapat dua jenis minyak gear yang digunakan untuk gearbox atau kotak gear.Sepertimana umumnya kotak gear memainkan peranan utama dalam pengendalian gerigi gear untuk bergerak ataupun menukar gear.Secara khususnya pula kotak gear adalah pengendali utama dalam memberikan keupayaan kepada pergerakan roda dan bukannya sebuah kereta.


Maka sebab itulah gerigi gear dibina secara teliti menggunakan keluli yang berkualiti tinggi yang mampu menahan berat kereta dan menggerakkannya walaupun ia hanya disambung pada sebahagian daripada bahagian enjin.

Didalam kotak gear ,gerigi gear bekerja mengikut pusingan yang ditentukan oleh pengiraan jarak antara gerigi -gerigi keluli tersebut.Mengikut pada pengiraan asalnya sebiji gerigi akan berpusing mengikut arah jam dan satu lagi dipusingkan secara berlawanan supaya ia dapat membentuk sebuah pusingan yang sempurna.

Olehkerana keupayaan dan kemampuan gear atau gerigi ini amat penting maka dalam sebuah gearbox kereta minyak yang digunakan adalah berbeza dan digredkan berlainan untuk membezakannya.Gred EP90 (Extreme Pressure 90) dan SAE 140 (Society of Automotive Engineers 140) adalah 2 jenis gred yang biasa digunakan untuk sebuah gearbox.manual manakala untuk sebuah gearbox auto hanya dilabelkan sebagai auto transmission fluid kerana kebanyakannya adalah pada kegunaan yang sama iaitu untuk kereta sahaja.


EP90 dan SAE140 adalah dua jenis minyak gear yang digunakan dalam kotak gear kereta .EP90 digunakan untuk kotak gear hadapan dan SAE140 pula adalah untuk kotak gear belakang..Wajib diketahui bahawa tidak semua jenis kereta menggunakan kedua-dua jenis minyak gear ini,hanya terdapat beberapa model sahaja yang menggunakan minyak gear SAE140 untuk kotak gear belakang.
Ini adalah disebabkan pembuatan kereta tersebut yang dibina tidak menggunakan pusingan gear untuk menggerakan roda belakang.Kereta model Toyota seperti Toyota harrier,Toyota Innova,Nissan Serena,Nissan Vannette,Perodua Rusa dan banyak lagi model yang biasa dikategorikan sebagai kenderaan MPV,Van dan Lori.

Manakala minyak gear gred EP90 adalah digunakan untuk semua model kereta yang menggunakan kotak gear hadapan sebagai pengendali untuk roda.Dari keseluruhan model kereta yang terdapat diseluruh Malaysia ataupun dunia kebanyakannya menggunakan minyak EP90 sebagai bahan pelincir gerigi gear dalam kotak gear.

Menggunakan minyak gear yang salah pada sebuah gearbox akan menyebabkan ketidaklinciran pada gerigi gear dan kepanasan akibat gerigi yang tidak lancar boleh menyebabkan kerosakan keseluruhan kotak gear dan juga menyebabkan ianya terus berhenti.

Begitu jugalah lazimnya berlaku bila kotak gear dimasuki air samada dari banjir atau kotak gear yang dibiarkan lama dan dimasuki air hujan .Gerigi gear dalam gearbox akan terus berhenti berpusing dan melekat sesama sendiri dan terpaksa dinyah karat dan dibersihkan sebelum ia dapat digunakan semula.













Wednesday, October 24, 2012

Air mineral untuk radiator kereta



Sepertimana ramai yang mengetahui air mineral adalah baik untuk kesihatan tubuh badan dan berjaya mengekang kemasukan banyak penyakit untuk tubuh.Air mineral yang asli adalah air yang diambil dari bawah tanah sekitar kedalaman 320 kaki dan disuling. Kajian juga menyatakan bahawa kandungan asas seperti kalium,magnesium,sodium,potassium chloride dan sulphate adalah kandungan asas dalam air mineral.
(rujuk tulisan Dr.Zubaidi di drzubaidi.com)





Memang ada terdapat juga air mineral adalah air paip yang melalui proses penyulingan dan digunakan sebagai air minuman seharian. Air minuman yang sebegini memang tidak sesuai digunakan untuk air radiator.

Guna air mineral dalam radiator

Ramai juga yang mengetahui bahawa air mineral adalah baik untuk kesihatan sistem penyejukan enjin kereta.Ini telah terbukti dimana banyak bengkel kereta di seluruh Malaysia telah menggunakan air mineral untuk dituangkan ke dalam radiator.

Di samping menyejukan enjin ,air mineral juga mampu merawat dan menurunkan kepanasan enjin sekitar 30-50 peratus ke tahap yang dikehendaki untuk kipas ,thermostat dan water pump menjalankan tugas masing-masing dalam sistem penyejukan enjin kereta.

Dalam keseluruhan jenama air mineral yang banyak dijual di Petronas,Esso,Shell dan pasaraya,jenama yang dipilih dan telah terbukti  berkesan untuk sistem penyejukan air kereta adalah jenama Spritzer.

Nota:-Telah diuji sendiri oleh mekanik kerosakan kereta

Jenama Spritzer ini memang mempunyai keupayaan merawat radiator dan juga dapat mengawal pembentukan lumut hijau dalam hose dan pada thermostat.




Lumut hijau berkeladak atau aluminium corrosion pada thermostat pada umumnya akan menjadikan kepanasan air dalam radiator bertambah sekitar 20 peratus dan keburukan ini akan berlarutan sehingga menyekat thermostat dari melakukan mengembang untuk auto kipas berfungsi dengan baik.

Gabungan air mineral dan coolant

Coolant sepertimana yang kita ketahui penggunaannya juga adalah untuk memberikan sejuk sempurna pada enjin kereta sekaligus berupaya menambahkan prestasi enjin.Wajib diketahui juga bahawa prestasi enjin mudah menurun disebabkan kepanasan pada sistem penyejukan.Tahap kepanasan yang tidak sesuai kadangkala melebihi paras setengah pada penunjuk meter adalah tidak baik untuk prestasi enjin.


Coolant juga terdapat kualiti yang diperlukan untuk untuk digabungkan dengan air mineral supaya sesuai digunakan dalam radiator.kandungan silikon dan asid amino dalam coolant harus diketepikan.Ini bermakna jika memilih coolant pastikan kedua bahan silikon dan asid amino tidak terdapat dalam coolant yang akan digunakan.Coolant berkualiti tinggi seperti ini biasanya dilabelkan dengan long life coolant.




Ethylene Glycol

Ethylene Glycol adalah bahan beracun yang digunakan dalam pembaikan coolant kereta.Ethylene Glycol ini agak bahaya jika tertelan atau terhidu dengan banyak lebih-lebih lagi untuk wanita yang membawa kandungan.



Ethylene Glycol ini digunakan biasanya pada coolant kereta Nissan dan terbukti berupaya memberikan perawatan yang baik untuk melawan lumut aluminium dari menyelaputi radiator.Bahan tambahan ini juga berupaya  memberikan keupayaan tambahan  untuk prestasi enjin.Olehitu jika anda memilih coolant pastikan coolant tersebut mengandungi ethylene glucol sebagai bahan tambahan.

Keberkesanan air mineral

Tulisan ini bukan sekadar memberikan pengajaran kepada pengguna kereta supaya menuangkan air mineral kedalam radiator malah ingin juga mengalihkan pandangan pengguna supaya tidak menggunakan air paip untuk menambahkan air dalam radiator dan juga setelah proses flush radiator.

Walaubagaimanapun jika sistem penyejukan kereta mengalami kerosakan water pump seperti tidak berpusing atau telah karat dan mengeluarkan air menitik sebagai tanda perlu ditukar,air mineral yang ditambahkan memang tidak akan membantu untuk membaiki sistem penyejukan kereta.Apa yang perlu ialah menukar water pump dengan yang baru begitu juga jika kipas radiator tidak berfungsi ,anda perlu tukar motor kipas dahulu kemudian menggunakan air mineral untuk radiator dalam menambahbaikan sistem penyejukan enjin.



--------------------------------------------------------------------------------
Nota:-Lakukan proses flush radiator (buang air),buka skru dibawah radiator,gunakan 1/2 long life coolant dan 1/2 air mineral

Monday, September 24, 2012

Dimana letaknya pin tukaran pada gearbox auto.



Dalam video dibawah terdapat satu pin berbentuk gerigi dan mempunyai cangkuk yang dimasukan kedalam gerigi gear.Pin tersebut banyak menyebabkan peralihan gear yang tidak elok,kadangkala beralih dengan sendiri disebabkan pin yang rosak atau haus.Ini boleh memberikan ketidakselesaan dalam pemanduan.

VIDEO DI SINI





Ini adalah video yang menunjukan bagaimana auto transmisi dibuat dan bagaimana cangkuk atau pin yang kegunaanya untuk mengalihkan gear berfungsi.
Tanda-tanda awal kerosakan pin dalam auto transmisi ini ialah:-

1.Gear susah masuk dan lambat
2.Alihan gear yang tak menentu dan RPM jadi tinggi
3.Minyak gear auto bocor banyak
4.Menukar gear tidak habis,seperti 1 dan 2 serta 3 tanpa gear 4
5.Tiba2 terasa seperti gear turun atau naik seperti dari2 ke 3 dan 3 ke 4 serta 4 ke 3

Cara penyelesaian seperti menukar minyak gear,servis auto filter dan memastikan minyak gear tidak bocor adalah pra-penyelesaian sebelum ia menjadi lebih teruk.

Jika tanda2 awal sedemikian berlaku segeralah menukar minyak auto dan filter serta diservis kotak auto filter dan dibersihkan serta nyah kebocoran seperti memastikan gasket dan oil seal drive shaft pada kiri dan kanan gearbox ditukar boleh mengembalikannya semula gearbox tersebut pada fungsi selancar asal dan juga mengelakan kos membuka dan menukar pin yang lebih tinggi.

Friday, August 24, 2012

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Hari ini genap 7 hari kita meraikan kemenangan ramadan 1433 hijrah ,esok mungkin juga ramai yang meraikan hariraya 6 hari berpuasa dalam bulan Syawal.Selamat hari raya!

Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.



Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.

Perbezaan antara manual dan auto gear memang banyak,di antaranya yang paling baik ialah penjimatan minyak,dengan auto minyak memang agak jimat berbanding manual kerana semua kerja-kerja teknikal gear dijalankan oleh gearbox manakala manual adalah kita gerakkannya.

Dari segi brek juga begitu ,brek auto lebih mencengkam kerana hanya isyarat yang dihantar untuk gerakan gear jadi brek dibuat lebih cengkaman berbanding manual.Auto mudah dikendalikan,kurang tekanan,kepenatan dan secara teknikalnya ia amat baik.

Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-

1.Lambat menukar minyak gear
2.Tidak pernah tukar filter auto
3.Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
4.Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
5.Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
6. Tidak pernah menambah minyak gear

Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-

 1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
3.Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4. 4.Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku

5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
7.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

 Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.

 Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-

1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal shaft gearbox

 Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE. 

Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.

 Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi.Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.

 Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer.

Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.



Nota Penting Untuk Gear Auto:-

Jika masalah pertukaran gear auto masih lagi terjadi walaupun selepas menukar autofilter dan minyak gear seperti lambat bertukar,selalu bertukar ke gear rendah seperti 4 terus ke 1 , bertukar tidak ikut aturan contoh dari 3 terus ke 1 dan tidak bertukar ke gear lebih tinggi seperti dari 3 ke 4 ,ini adalah disebabkan shift solenoid transmission yang tidak berfungsi dengan baik dan perlu diganti,

Solenoid ini biasanya terdapat 4 di 2 kedudukan belainan dan 2 daripadanya adalah untuk fungsi pertukaran gear dan 2 lagi untuk kegunaan torque converter  yang dipanggil Transmission pressure solenoid.

Untuk masalah seperti gear slip atau bertukar secara melompat dari 1 ke 3 dan tidak bertukar langsung,ia adalah disebabkan Transmission Pressure solenoid yang rosak.Rosak solenoid ini juga boleh menyebabkan gear panas kerana aliran minyak yang tak sampai ke gerigi gear dan kereta terus berhenti.




Thursday, August 16, 2012

Hati- hati




Blog mekanik kereta mengucapkan Selamat Hari Lebaran 2012 kepada semua muslimin dan muslimat tak kira dimana jua berada.Semuga lebaran tahun ini dikurniakan limpahan nikmat dan kegembiraan berganda meraikan kemenangan Ramadhan 1433 hijrah.

Hati-hati di jalanraya! Selamat hari raya!


Thursday, July 19, 2012

Laba bulan ramadhan

 

Selamat Menyambut Ramadan Kareem 2012


Semuga dengan datangnya bulan ramadhan ini menjadikan kita lebih sihat dan sejahtera fizikal dan minda.Ramai berpendapat bulan ramadhan inilah bulan yang membawa banyak keuntungan untuk umat islam ,tak banyak keluarkan pitih nak makan dan minum hanya keluarkan bila waktu berbuka,nak pergi berjalan atau melancong pun bulan ramadhan dah tentu siang hari tak boleh nak makan jadi bagi yang berjimat cermat memang banyak untung bulan ramadhan ini.

Tahun 2011 dan ramadhan 2010 kita tinggalkan,apa yang dihutang harap-harap dapatlah dibayar sebelum ramadhan tahun ini.(.Aku baru je habis bayar semalam.).Mintak2 tahun 2012 ni dapatlah habiskan sebulan puasa dan terawih ,walaupun sebelum ini terawih memang tak pernah berjaya sebulan penuh ada saja hal yang datang.


Orang kata terawih banyak fadhilatnya,mungkin ramai yang tahu (Aku baru je tahu dari blog jalan akhirat )Terimakasih banyaklah kepada penulisnya.Kalau ada yang rasa nak tahu klik link atas gambar kat bawah .Banyak sungguh yang aku tak tahu rupanya ,harap-harap tahun ini dapatlah menambahkan ilmu ugama sedikit sempena bulan ramadhan ini.

Rahsia fadhilat solat terawih



Friday, June 22, 2012

Satay atau sate



Di dalam industri automotif dan mekanikal di Malaysia terdapat banyak komponen-komponen kereta dan alatan yang dipanggil dengan berbagai nama.Olehkerana acapkali digunakan ia telah menjadi satu trend bagi semua kedai alatganti dan bengkel sahaja yang menggunakannya secara meluas sesama mereka.

Walaupun begitu perkataan-perkataan ganti nama bagi komponen-komponen atau alatganti tersebut telah digunakan juga antara penjual dan pembeli alatganti kereta dan kenderaan di Malaysia ini.Ia semakin merebak dan menjadikannya satu perkataan gantinama yang mudah dan senang difahami untuk mereka yang faham sahaja dan selalu berkunjung ke bengkel-bengkel  kereta dan kedai-kedai alatganti baru dan juga lama yang selalu dipanggil kedai POTONG.


Kedai POTONG adalah merujuk kepada kedai alatganti kereta yang dipotong sebahagiannya dan biasanya diimport dari luarnegara sepereti Jepun,Korea,Amerika dan banyak lagi negara yang menggunakan alatganti yang serupa.

Penggunaan perkataan-perkataan gantinama alatganti tersebut juga menjadikannya semakin mudah kerana ia lebih disasarkan kepada rupabentuk suatu alatganti tersebut.Perhatikan gambar dibawah yang digantikan namanya sebagai TULANG ANJING yang berbentuk hampir serupa dengan tulang yang dimakan oleh seekor anjing.

Sepertimana yang kita di Malaysia ini tahu satay adalah kegemaran rakyat Malaysia dan makanan tersebut adalah terdiri dari daging segar samada ayam atau lembu dsbnya yang dicucuk pada lidi dan dibakar.Begitujuga dengan alatganti yang digantikan namanya dengan panggilan SATE/SATAY yang biasa digunakan merujuk kepada lower arm bush yang yang terbentuk dari beberapa jenis getah kecil yang dimasukan kepada sebatang besi untuk mengawal pergerakan lower arm seakan-akan satay.

Satay adalah makanan terkenal di Malaysia



Sebahagiannya lagi adalah seperti berikut:-

1)TARIK BELAKANG bermaksud enjin yang menggunakan geartbox sebelah belakang atau rear axle
2)TARIK DEPAN bermaksud enjin yang menggunakan gearbox hadapan.
3)POM merujuk kepada berbagai pam seperti water pump,pump bearing,steering pump dll.
4)KATAU merujuk kepada apa saja alatan cut off switch yang dahulunya biasa digunakan untuk memati dan menghidupkan semula berbagai komponen seperti enjin dan starter dan digantikan dengan relay pada masa kini.




Wednesday, June 13, 2012

Mengapa gasket silinder terbakar bila enjin panas



 Overheating atau kepanasan melampau adalah keadaan dimana enjin mengalami kepanasan yang melebihi dari sepatutnya.Tahap kepanasan enjin adalah dikawal supaya berada pada satu tahap sejuk untuk enjin beroperasi seterusnya.

 Jika terjadi overheating meter penunjuk suhu enjin akan berada lebih dari setengah ataupun berterusan bergerak sedikit demi sedikit ke tanda merah pada meter suhu.Prestasi enjin akan terus menurun dan seterusnya menjadi tersangat panas sehingga enjin akan berhenti sendiri.Penunjuk suhu tidak boleh melebihi dari had minima ,jika melebihi had tersebut ia adalah diklasifikasikan sebagai overheating (kepanasan melampau).


 Akibat daripada kepanasan tersebut keadaan seperti enjin berbunyi kuat,berbau hangit,asap berkepul dan enjin mati sendiri adalah keadaan akhir selepas overheating berlaku.

Komponen penyejukan enjin

Komponen-komponen yang berkaitan untuk mengawal suhu enjin supaya tidak mengalami kepanasan adalah seperti berikut:-

1)Radiator
2)Water pump
3)Water jacket
4)Kipas radiator
5)Thermostat
6)Enjin blok
Diantara 6 komponen tersebut hanya enjin blok yang berfungsi tetap dalam enjin untuk mengawal suhu sejuk untuk enjin beroperasi. Diatas blok enjin terdapat llubang-lubang kecil yang akan dilitupi dengan air untuk mengawal kesejukan dari dalam bila enjin dihidupkan.

Air yang berada pada lubang-lubang kecil tersebut akan berada kekal sementara silinder gasket berfungsi menyekat air dan minyak hitam  dari memasuki ruang pembakaran .Di sinilah fungsi sebenar gasket silinder yang bertujuan melemahkan kepanasan kepada tahap yang sesuai untuk enjin beroperasi.Akantetapi bagaimanakah gasket silinder ini boleh terbakar sedangkan dilitupi oleh air pada dasarnya?


Mengapa silinder gasket terbakar dan enjin berhenti

Pada satu ketka dimana enjin terlalu panas iaitu melebihi dari had maksima untuk enjin beroperasi silinder akan menjadi panas sedikit demi sedikit dan terus melekat pada blok dan seterusnya melimpahkan sedikit demi sedikit air ke ruang pembakaran .Bila ruang pembakaran dipenuhi air inilah yang akan menyebabkan kereta berhenti terus tanpa boleh dihidupkan.

Perkara perlu dilakukan sebelum enjin jadi terlalu panas

1.Berhentikan kereta
2.Biarkan enjin sejuk kira2 satu jam
3.Buka penutup radiator setelah enjin sejuk
4.Isikan air semula dalam jacket dan radiator
5.Pastikan kipas berpusing setelah enjin panas semula
6.Jumpa mekanik jika enjin terlalu cepat jadi panas-(silinder gasket telah terbakar)

Carakerja pembaikan berdasarkan kerosakan

1.Servis radiator-jika enjin panas ketika berhenti sahaja
2.Tukar thermostat-jika kipas radiator tidak berpusing dan enjin panas sekejap2
3.Tukar hose bocor-jika terdapat mana2 kebocoran air
4.Tukar head gasket sahaja-jika panas yang kadangkala terjadi sahaja
5.Tukar  motor kipas radiator-jika panas berterusan dan kipas berhenti berpusing
6.Tukar water pump jika air pada water jaket susut selalu
6.Top Overhaul adalah carakerja penuh untuk semua dia atas.

Pengawalan awal supaya tidak terjadi overheating

1.Pastikan coolant mencukupi dalam radiator dan water jaket,pastikan air berwarna biru gelap sentiasa
2.Flush radiator atau tukar air radiator setiap kali servis
3.Pastikan tiada hose air yang bocor
4.Pastikan kipas radiator berfungsi
5.Tukar water pump jika air dalam water jacket susut
6.Picit hose di thermostat berulang kali supaya thermostat tidak melekat dengan coolant sahaja
7.Sembur air pada sirip radiator untuk hilangkan habuk ,daun atau batu kecil yang terselit pada sirip radiator
8.Parking kereta pada tempat berbumbung jika ada
9.Semasa mengisi semula air radiator hidupkan enjin seketika supaya air dapat memenuhi semua ruang.
10.Gunakan coolant yang disarankan sahaja



Tuesday, June 5, 2012

Menjimatkan petrol secara teknikal


ECOMASTER Gas Fuel Saver Chip to Oxygen Sensor Proton Gen 2 1.6L 10-year WARRANTY


Petrol adalah bahanapi utama dalam menggerakan enjin secara keseluruhan,tanpa petrol enjin ibarat burung tanpa sayap,tidak berdaya untuk pergi jauh.Petrol bukan sahaja bahan bakar utama kenderaan malah ia juga berfungsi sebagai pencerna kepada sistem api kenderaan supaya ia dapat terus bergerak dan menceriakan pengguna kenderaan tersebut.

Walaubagaimanapun apabila petrol yang digunakan diadalam kenderaan seperti kereta meningkat secara mendadak dan tidak dapat dikawal,sukar jimat, sudah tentu pengguna akan berasa gusar dan akan terus mencari jalan untuk mengurangkan kadar penggunaan petrol dalam enjin kereta dsbnya.

Pada dasarnya penggunaan petrol akan tetap bertambah kerana komponen-komponen sistem minyak akan menjadi haus dan sebahagiannya pula tidak dapat berfungsi pada kadar 100 peratus lagi selepas beberapa kilometer digunakan.Komponen tersebut termasuklah hose,karburator,injektor,tangki minyak dan fuel filter.

Diantara komponen tersebut komponen seperti hose,karburator,injektor dan fuel filter adalah komponen yang menyumbang kepada penambahan penggunaan petrol pada sebuah kereta.

karbon yang memenuhi ruang atas piston

Secara teknikalnya pula penambahan karbon dalam enjin adalah penyumbang yang agak besar peratusnya dalam penambahan penggunaan petrol sesebuah kereta.Karbon akan bertambah apabila terdapat lebihan petrol yang tidak dibakar  dan melekat disekitar atas piston,ring piston bawah head silinder,sekeliling injap dan didinding head silinder.

Secara teknikalnya juga karbon memang tidak dapat dimusnahkan begitu saja oleh aktiviti petrol dan pembakaran yang berterusan  dalam enjin.Ia hanya boleh dilakukan hanya dengan membuat top overhaul ke atas enjin tersebut.Top overhaul yang kemas untuk membuang karbon harus dilakukan dan carakerja seperti membersihkan atas piston dan blok,membersihkan sekeliling injap dan silinder head perlu dilakukan supaya karbon dapat dinyahkan dari atas permukaan blok dan silinder head.

Setelah top overhaul selesai penggantian air filter dan plug adalah sebahagian pemangkin utama untuk mengembalikan kadar penggunaan petrol kepada asal.Hose dan fuel filter harus ditukar manakala tangki minyak pula perlu dibersihkan.Injektor atau karburator juga perlu diservis sebagai pengakhiran kepada proses mengembalikan penggunaan kadar petrol seminima yang mungkin untuk penjimatan.

Top overhaul adalah cara kerja teknikal yang menelan belanja yang agak besar untuk dilakukan dan sehinggakini carakerja tersebut kekal sebagai pembaikan ketika enjin panas sahaja seperti menukar head gasket dan grind valve.

Kajian untuk menjimatkan penggunaan petrol untuk kereta telah membawa kepada penggunaan decarbonizer untuk mencairkan karbon sewaktu enjin bergerak.Decarbonizer adalah sejenis bahan kimia campuran pelbagai bahan kimia sepert butoxyethanol dan blend polymer bertujuan mencairkan karbon menjadi kepulan asap dan seterusnya dialirkan melalui ekzos.

Pada masa kini penggunaan decarbonizer semakin meluas sehingga mencecah 85 peratus sebagai bahan utama untuk mempercepatkan proses top overhaul yang menelan kos serta masa yang agak panjang.Penggunaan decarbonizer lebih mudah ,bahan tersebut hanya perlu dialirkan kedalam sistem minyak untuk beberapa minit ataupun digunakan didalam tangki minyak untuk menikmati hasilnya pada kadar yang agak cepat berbanding top overhaul.

Terdapat banyak jenama decarbonizer dalam pasaran di Malysia mahupun diluar negara.Produk Professor (xpress decarbonizer) adalah antara produk anak tempatan Malaysia yang banyak digunakan sekarang Produk ini adalah antara jenama yang diakui berhasil untuk meminimakan penggunaan petrol ketahap yang paling minima dan amat berkesan mencairkan karbon menjadi asap seterusnya mermbantu prestasi enjin kepada yang lebih baik.









Monday, May 21, 2012

Ini bukan untuk curi kereta


Pada ketika kita sibuk dengan aktiviti-aktiviti seharian ada kalanya kita lupa dan tertinggal kunci kereta di dalam kereta.

Kecuaian ini sering terjadi dan menjadikan satu masalah yang rumit bila memikirkan bagaimana hendak mengambil kunci kereta sedangkan pintu telah terkunci dari dalam samada secara automatik mahupun manual.

Memecahkan tingkap kereta sebagai satu penyelesaian akan melibatkan kos yang tinggi bila menggantikannya semula oleh itu suatu kaedah atau cara mungkin menjadi satu penyelesaian yang paling hebat pada waktu itu.


Perhatikan 6 gambarajah dibawah yang mungkin bisa membantu diwaktu tersebut.Apa yang diperlukan hanyalah sebatang dawai panjang berukuran 1 meter yang agak keras dan tebal dan sesuai untuk dimasukan ke ruang cermin tingkap kereta.

Dawai sedemikian boleh didapati dari penyangkut baju (berdawai) yang senang diubahsuai menjadi alat untuk membuka kunci pintu dari luar.

Teliti gambarajah DIY membuka pintu kereta jika tertingal kunci di dalam kereta.Tindakan pantas diperlukan bila alarm kereta berbunyi.Jika dilakukan dengan cara dan alat yang diubahsuai tadi dengan betul pintu dapat dibuka dalam masa 5 minit sahaja.Matikan alarm denan kunci setelah pintu dibuka.


RALAT: maaf gambarajah asal blog ini telah disekat sila teruskan dengan merujuk kepada video ini

 DI SINI


Semuga apa yang dipaparkan ini dapat memberikan sedikit pengetahuan untuk digunakan bila berlaku kecemasan,juga diharap jangan disalahgunakan.



Friday, May 11, 2012

Penggunaan spanar torque dalam top overhaul enjin kereta



  Torque wrench adalah alat yang digunakan untuk mengetatkan dan menguncikan bolt dan nut atau skru mengikut tahap dan kadar yang sesuai untuk sebuah komponen engine kereta.

 Pada kebiasaannya semua skru,bolt dan nut dikunci dan diketatkan menggunakan kaedah spanar biasa yang berbunga dan bergerigi samada bulat atau bunga.Manakala skru yang pipih pada permukaannya dikunci menggunakan spanar philips biasa.

 Penggunaan spanar torque dalam top overhaul adalah untuk mempastikan semua bolt dan nut pada kebuk silinder(cylinder head) dikunci dan diketatkan pada kadar sama dan seimbang untuk semua skru tersebut. kaedah pengetatan adalah sama iaitu mengikut arah jam cuma yang berbeza ialah kadar yang ditetapkan untuk pengetatan tersebut.Corak penguncian pula berbentuk zic zac.



 Spanar torque berbentuk spanar yang biasa, bezanya ia memempunyai tolok penanda ukuran pada batang pemegang yang boleh diselaraskan mengikut kesesuaian suatu penguncian.Kadar pengetatan skru pada top overhaul adalah sekitar 45-55 micrometer untuk kebuk silinder pada kebanyakan kereta.




Terdapat kira-kira 2 jenis torque wrench yang biasa digunakan iaitu torque wrench manual dan digital.Jenis digital amat mudah digunakan hanya dengan menekan nombor pada batang torque wrench ,ia telah ditetapkan pada kadar tertentu secara digital.

Di Malaysia penggunaan spanar torque tidak begitu meluas sehinggakan banyak kecuaian yang terdapat pada pengusaha bengkel kereta yang menyebabkan kereta terdapat sedikit kebocoran setiap kali melakukan  top overhaul.

Pengetatan bolt dan nut secara manual tidak berdaya menyeimbangkan kedudukan skru kebuk silinder seterusnya menekan gasket silinder secara rata atas permukaan blok dan mennyebabkan kebocoran kecil yang tidak ketara.

Tidak ketara bermaksud selepas top overhaul bocor tersebut akan kelihatan meleleh sedikit demi sedikit antara celahan blok dan silinder selepas 2 atau 3 bulan pemanduan .

Pengguna kereta tidak perlu khuatir ,apa yang mereka perlukan ialah membawa ke bengkel dimana dilakukan top overhaul untuk skru diketatkan semula.Selepas melalui pengetatan menggunakan spanar torque masalah ini akan dapat diselesaikan.


Monday, April 30, 2012

Wednesday, April 25, 2012

Kereta mewah Selebriti Malaysia


 Bila bercerita mengenai kereta sehari pun tak cukup,bayangkan diseluruh negara di dunia ini berbagai jenis dan jenama serta pembuat kereta berlumba-lumba mengeluarkan produk terbaru mereka.

 Di Malaysia saja Proton tidak kurang hebatnya dengan keluaran terbaru Proton Preve yang sedang rancak dipasarkan dan dipromosikan keseluruh negara.manakala diluar negara pula jenama mewah tumbuh seperti cendawan memenuhi ruang pameran kereta di seluruh dunia.

 Bercakap mengenai kereta mewah ini semakin ramai juga selebriti-selebriti yang menggunakan kereta-kereta mewah sedemikian tak terkecuali Aaron Aziz dan Zizan.Mari kita saksikan gambar-gambar ini.


Model kereta mewah ini adalah model-model pilihan yang baru saja dibeli oleh Aaron Aziz dan Zizan baru-baru ini.Harga kereta tersebut mencecah ratusan ribu dan dilengkapi dengan kemudahan dan sistem audio terbaru dari pengeluar kereta-kereta tersebut.Cayalah!mari kita layan gambar seterusnya.

















Thursday, April 19, 2012

Tie rod end

Tie rod end dan steering rack adalah dua komponen roda yang mempunyai bebola yang berupaya bergerak dan mengikut arahan membelok ke kiri dan ke kanan.Tie rod end bertindak kebanyakannya sebagai pemegang kepada banyak komponen roda seperti pada lower arm  dan u stand.
Tie rod end adalah komponen yang boleh dicabut dan digantikan seperti pada lower arm sebahagian jenama kereta.Komponen ini juga amat penting penggunaannya dalam mengekalkan kedudukan roda pada tempatnya dan juga mengekalkan keupayaan stabil pembelokan kiri dan kanan.

Di dalam u stand tie rod end bertindak sebagai pemegang absorber supaya absorber tidak berpusing terus dan berada pada kedukan tetap yang sepatutnya ketika membelok dan memusing roda pada darjah penghabisan.


Penggunaan tie rod end amat luas bukan saja dari segi konsepnya yang berbekalkan penggunaan bebola malah tie rod end juga bertindak memegang kukuh komponen lain seperti lower arm dan absorber.


Jika anda mengalami masalah seperti terlalu longgar semasa membelok dan juga berbunyi goyang yang tidak kukuh pastikan tie rod end di periksa.Akantetapi jika stereng lebih gemar membelok sendiri pastikan steering rack ditukar dengan yang baru.


Bunyi yang dihasilkan apabila tie rod dan bush haus pada lower arm juga akan menyebabkan terasa kelonggaran pada belokan ataupun juga pada jalan rata.


Thursday, April 5, 2012

Mengapa masih terasa hentakan


 Masalah hentakan yang kuat pada roda adalah masalah yang mengaitkan banyak penghubung antara beberapa komponen roda seperti ball joint,tie rod end,u stand,bush,absorber,spring dan absorber lining.




Masalah hentakan dan bunyi bising pada roda yang melibatkan suspension banyak dipertanggungjawabkan kepada absorber walaupun pada hakikatnya hentakan dan bunyi bising sebenarnya melibatkan banyak komponen roda yang lain seperti yang disebutkan tadi.

Fungsi absorber hanyalah sekitar 60 peratus dari bunyi bising dan hentakan kuat pada roda semasa pemanduan.Hentakan dan bunyi biasa terjadi bila terlanggar bump diatas jalan ataupun membelok dengan kuat iaitu hampir 90 darjah setiap kali belokan.

Absorber kereta yang telah rosak biasanya akan terdapat kesan minyak pada sekeliling badan absorber jenis minyak sementara absorber gas pula kerosakan dapat dikesan ketika pemanduan dimana badan kereta terasa berjalan seperti di atas jalanraya dan jika kita perhatikan dengan teliti badan kereta seperti senget kearah mana absorber gas tersebut rosak.

Pengguna yang keliru akan penggunaan u stand atau upper arm /upper ball joint ini pula akan tidak mengedahkan komponen tersebut walaupun hakikatnya u stand adalah penyumbang sebahagian besar dari hentakan suspension kereta.



Di dalam rod end tidak kira samada ianya steering rod atau tie rod end atau ball joint semuanya terdapat bebola untuk menyelaraskan kedudukan roda semasa pembelokan disamping menyerap hentakan di atas jalan.Penyerapan hentakan oleh komponen-komponen roda  ini hanyalah sekitar 40 peratus .

Walaupun hanya 40 peratus akantetapi hentakan dan bunyi yang terhasil oleh absorber yang rosak kebiasaanya bergantung sepenuhnya kepada komponen-komponen yang disebutkan tadi.Ketika membelok absorber tertekan dan serapan hentakan akan hilang dan beralih kepada rod end dan u stand.

Terdapat pengalaman kes dimana pengguna yang telah menukar absorber,spring dan joint masih mengalami bunyi yang kuat semasa belokan dan semasa pemanduan rata.Setelah ditukar u stand di kedai yang lain hentakan tidak terasa dan bunyi juga telah hilang. Ini bermakna hentakan bukan saja terhasil apabila absorber telah rosak malah melibatkan komponen kecil lain terutamanya u stand.Tetapi harus di ingat bukan semua kereta menggunakan u stand,hanya keret-kereta seperti Honda,Toyota dan banyak jenama dari Jepun saja yang banyak menggunakan u stand untuk penambahbaikan suspension yang lebih elok.

Kereta dari negara kita kebanyakannya tidak menggunakan u stand pada pemegang absorber akantetapi menggunkan pemegang terus skru pada absorber.



Secara kesimpulannya untuk menghalang dari  hentakan dan bunyi bising suspension ini berulang  adalah seperti berikut:-

!)Menukar absorber dan u stand serta
2)Menukar absorber dan mount








Monday, April 2, 2012

Sistem kawalan minyak karburator


Hanya dua sistem minyak enjin kereta yang terdapat pada masa sekarang iaitu sistem karburator dan sistem injektor yang digunakan dalam pembakaran enjin.

Sistem injektor(fuel injection) menggunakan pancitan minyak untuk pembakaran Diantara dua sistem ini sistem karburator adalah sistem terawal dan paling banyak digunakan sejak terhasilnya kereta.
Sistem karburator

 Sistem ini berfungsi dengan menggunakan sebuah alat yang dipanggil karburator dan didalam karburator teletaknya minyak petrol yang ditakungkan pada dasar kebuk karburator.Minyak petrol di dasar inilah juga yang dibawa nelalui paip-paip kecil didalam kebuk karburator untuk digunakan dalam sistem pembakaran enjin.

 Terdapat beberapa kebaikan penggunaan sistem ini.Diantaranya ia amat mudah digunakan dan tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi,berbanding sistem injektor.Sistem minyak menggunakan karburator ini pula amat mudah untuk diselenggara seperti di servis,ditukar alatan dalam(carb kit) dan juga diservis menggunakan carb cleaner.

Penggunaan carb cleaner ini amat bersesuaian untuk jangkamasa yang pendek tetapi berbaloi kerana carb cleanaer akan membersihkan kotoran dalaman pada paip dalam karburator.Walaupun carb cleaner baru diperkenalkan dalam industri automotif tetapi penggunaannya semakin meluas sebagai pembesih karburator cara cepat dan ringkas.

Keburukan karburator pula ialah ia mudah sumbat kerana paip-paip dalam karburator yang amat kecil salurannya. Karburator juga mudah tidak stabil jika nisbah minyak dan angin yang disesuaikan tidak tepat pada kedudukan 2:1 iaitu 2 minyak dan 1 angin.

Terlalu banyak membuka paip angin akan menyebabkan pembakaran susah dilakukan kerana terlalu cepat minyak yang dikeringkan sebelum pembakaran dan menjadikan enjin susah hidup,begitu juga sebaliknya jika minyak yang disesuaikan dalam karburator terlalu tinggi keadaan yang dipanggil overflow' akan berlaku.

Antara 10 keadaan yang terjadi bila nisbah 2:1 yang tidak tepat

1)Asap putih yang sedikit kebiruan
2)Enjin tersedak
3)Ekzos mengeluarkan letupan kecil
4)Mengambil masa lama untuk dihidupkan
5)Api yang sangat kecil kelihatan dalam dalam letupan pada ekzos
6)Bunyi seperti gegaran bila pedal minyak ditekan
7)Kereta susah naik bukit dan meletup sekali sekala
8)Enjin semput bila pedal minyak ditekan
9)Kuantiti petrol digunakan semakin bertambah
10)Spark plug cepat rosak dan hitam

Friday, March 30, 2012

Pelarasan enjin

Pelarasan enjin ataupun biasa dipanggil (engine tuning) adalah mengenai pelarasan minyak dan api dalam pembakaran supaya ia bertindak mengikut kadar yang betul dan seterusnya menstabilkan RPM.

Jika didalam sistem karburator pelarasan begini dilakukan secara manual dengan menyelaraskan skru minyak dan angin pada karburator serta sedikit pelarasan pada api melalui distributor.
Engine tuning begini juga memerlukan plug,air filter dan kabel plug yang berfungsi dengan baik supaya apa yang dipanggil IDLE enjin dapat dicapai. Untuk mencapai kelajuan RPM pada sekitar 900-1000 adalah amat sesuai untuk engine berjalan dengan baik walaupun ketika aircond dihidupkan.
Pada kebiasaannya tindakan aircond dan kompressor akan menyebabkan RPM enjin menurun sekitar 100 RPM.Pada sistem karburator penurunan RPM tersebut akan disesuaikan dengan suis FICD (fast idling control device)aircond yang bertindak mengekalkan RPM pada kadar yang sesuai bila aircond dihidupkan.


Manakala dalam sistem injection(pancitan minyak) engine tuning dilakukan dengan menggunakan alat diagnose digital (pembaca kod kerosakan) yang perlu ditetapkan kepada jenis-jenis kereta.Alat ini pula berhubung dengan ECU (engine control unit) yang menyesuaikannya pula dengan sistem enjin.

Penggunaan alat diagnose begini adalah lebih mudah dan kebanyakan kereta-kereta model sekarang telah dilengkapi dengan sistem ECU yang bertindak melakukan pelarasan enjin kepada IDLE ketahap RPM yang lebih stabil.

Pada sesetengah kereta yang menggunakan sistem karburator terdapat adjustment screw (skru pelarasan) pada karburator yang boleh dipusingkan untuk menaikkan RPM seperti kebanyakan pada
kereta Malaysia seperti Kancil dan Wira.


Skru pelarasan minyak betul-betul dibelakang karburator boleh dipusingkan sedikit untuk membantu RPM yang terlalu rendah dan boleh dilakukan sendiri oleh pengguna kereta sebelum berjumpa mekanik untuk melakukan keseluruhan engine tuning.

 Terdapat juga skru pelarasan minyak sedemikian pada sistem injector yang boleh dipusingkan sementara supaya RPM dapat ditinggikan sementara skru yang terletak diatas throttle body injector Wira boleh dipusingkan sedikit untuk RPM pada 1000 semula.Jika menghadapi kesulitan seperti asap yang hitam dan RPM yang sedikit-sedikit menaik hendaklah merujuk kepada mekanik.