Saturday, October 23, 2010

Servis aircond (komponen utama)

Atas permintaan ramai pengunjung blog ini suka aku tuliskan bagaimana cara sebenar kerja-kerja servis air-cond kereta dilakukan.Antara komponen-komponen  air cond kereta yang boleh diservis ialah:-
1) Kompressor
2)Cooling Coil atau jaring penyejuk
3)Kondenser


Kompressor adalah alat utama dalam sistem penyejukan kereta,Kompressor ini boleh diperbaiki dan juga diservis dan pada kebiasaannya servis dilakukan oleh mereka yang betul2 arif dalam membuka Kompressor dan memasangnya semula tanpa terdapat kebocoran minyak.Ini adalah kerana jika terdapat sedikit kebocoran sistem aircond kereta tidak berfungsi dgn baik dan tidak sejuk.


Kompressor akan dibuka di bahagian depan dan belakang dan tukarkan gegelang getah pada semua penutup di bahagian depan dan belakang,setelah itu cuci semua bahagian depan dan belakang Kompressor tersebut dengan bahan kimia dan petrol.Pasang semula semua KLIP tanpa ada satu pun yang tertinggal dan jangan lupa untuk mengisikannya semula dengan minyak Kompressor yang baru.
(rujuk gambar)


Cooling Coil (Evaporator) atau jaring sejuk pula adalah komponen aircond kedua terpenting dalam sistem air cond kereta.Ia berfungsi mengalirkan dan mengawal suhu sejuk dan panas dalam sistem tersebut.Membuka cooling coil adalah amat mudah kerana kebiasaannya hanya terdapat sedikit skru kecil dan klip yang terpasang pada keseluruhan kotak cooling coil.

 Cooling coil selalunya terletak pada bahagian hadapan sebelah pemandu dibawah dashboard penumpamg hadapan.Tanggalkan penyangkut dan skru penyambung antara hose gas air cond dan keluarkan kotak berwarna hitam tersebut.


 Kerja-kerja servis ini perlu dilakukan setelah membuang semua gas yang terdapat didalamnya melalui bahagian enjin kereta.Buka kotak cooling coil tersebut dan cuci semua bahagian srip cooling coil dengan air dan chemical jika ada atau thinner dan pastikan semuanya telah dikeringkan sebelum pemasangan semula untuk menjauhkan bau thinner memenuhi seluruh ruang dalaman kereta.


cooling coil perlu di cuci

Kondenser juga adalah komponen utama yang boleh diservis dalam sistem penyejukan air cond sesebuah kereta.Cara tersebut adalah begitu mudah tetapi memerlukan sedikit alat tambahan untuk membuka ruang tepi kondenser seperti pengapit teguh yang mengapit kukuh kedua bahagian tersebut tanpa merosakkannya. Akan tetapi jika anda seorang amatur dan ingin membaiki kenderaan anda sendiri memadai dengan mengeluarkan condenser tersebut dan alirkan thinner kemudian keringkan dan pasangkannya semula.



Nota-Tabung Gas (Receiver dryer) Jangan alirkan sebarang cecair melaluinya (untuk kilang sahaja),boleh membahayakan  nyawa  anda.

sekian,



Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Merdeka ke 53

Sempena menyambut hari merdeka yang ke 53 ini blog kerosakan kereta juga tidak ingin melepaskan peluang mengucapkan Selamat Hari Merdeka ke 53 buat rakyat Malaysia seluruhnya serta pengunjung blog ini khasnya. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Negara ku
Tanah Tumpah Nya Darah Ku
Rakyat Hidup Bersatu Dan Maju
Rahmat Bahgia Tuhan Kurniakan
Raja Kita Selamat Bertakhta

Rahmat Bahgia Tuhan Kurniakan
Raja Kita Selamat Bertakhta




SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE 53


Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan al Mubarak

Salam,
Pertamanya blog kerosakan kereta mengucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada muslim dan muslimat dan seterusnya mengucapkan terimakasih kepada pengunjung dgn soalan yang telah diajukan,sila lihat semula jawapan yang telah diberikan pada blog post yang anda telah lawati sebelum ini.

Blog kerosakan kereta juga memohon berbanyak maaf kepada pengunjung jika terdapat ayat dan perkataan yang tidak disenangi disepanjang blogpost yang telah disiarkan.Semuga jalinan persahabatn udara antara blog dan pengunjung kekal seadanya.

Hari ini bermulalah lembaran baru ramadhan al mubarak yang rata-rata Muslim diseluruh dunia akan menyambutnya dengan rasa syukur kerana berpeluang meraih sebanyak pahala yang diingini dalam bulan ini dalam banyak cara terutamanya solat tarawih,bersedekah,byar duit fitrah dan juga amalan sunat yang lain seperti mengunci anggota badan mata,telinga dsbnya.

Blog kerosakan kereta mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan pastikan segala amalan dengan keikhlasan bermula dari niat puasa sehinggalah kepada berbuka puasa.

Sekian.

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PUTRAJAYA
Click 'sini' untuk download jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2010.

Friday, July 9, 2010

Arena kereta adalah mengenai kerosakan kereta

Salam,


Kalau nak cerita mengenai arena kereta sampai berjam-jam pun tak akan habis tapi sekadar untuk renungan kepada mereka yang gemarkan kereta kat bawah nie aku selitkan beberapa tips bagaimana untuk memastikan beberapa komponen kereta terpakai yang akan dibeli berada dalam keadaan elok dan boleh terus digunakan selepas membeli tanpa rasa ragu akan kerosakan dalam kadar segera.

Kereta  terpakai sebenarnya banyak jenis iaitu kereta terpakai boleh terus guna dan kereta terpakai boleh guna tetapi rosak selalu.Olehkerana nama pun kereta terpakai jadi masalah ini memang biasa untuk sesebuah kereta yang dibeli dari penjual kereta terpakai.

Pada kebiasaannya pembeli akan meneliti sekitar dalaman kereta samada elok atau tidak dari kerusi,lekap pintu,dashboard dan juga luaran seperti enjin,body serta roda.Kita tinggalkan dulu berkenaan dalaman kerana ini semua telah sedia maklum dan mungkin ramai yang pandai menilai keadaan dalaman kereta sebelum membelinya.Kita terus pergi kepada bahagian enjin kereta dan roda.




Di dalam bidang kereta selalunya mereka yang menjual kereta akan memastikan beberapa perkara yang wajib mereka kemaskan sebelum menjualnya iatu termasuklah menukar beberapa komponen enjin kereta serta komponen roda supaya ia boleh digunakan terus tanpa mengalami kerosakan serta merta.Pembeli boleh memastikan komponen yang telah ditukar ataupun tidak tersebut ini dalam keadaan baik dengan cara seperti di bawah dan antara komponen yang selalu dikemaskinikan adalah:-

  1. Timing belt atau talisawat
  2. Brake pad atau cekam brek
  3. Minyak enjin dan penapis minyak
  4. Minyak gear auto dan
  5. Klac

Kereta dianggap  berkeadaan baik jika pembeli dapat memastikan komponen tersebut telah ditukar iaitu dengan memeriksa sendiri beberapa komponen yang boleh dipastikan penukarannya.Seperti talisawat atau timing belt caranya mudah iaitu dengan membuka penutup talisawat dan pastikan tulisan atau tanda jenama talisawat tersebut masih dalam keadaan elok atau baru.

Manakala untuk brek adalah dengan menekan pedal brek beberapa kali dan pastikan setiap kali ditekan pedal pada enjin dihidupkan dan pastikan tiada terasa terdapat gap atau selang antara cengkaman dan pengepaman(pressing).Jika keadaan ini berlaku bermakna pad brek telah ditukar.

Label kereta juga kadangkala mempunyai label baru untuk komponen yang telah ditukar seperti pencatat kilometer di talisawat dan juga pada setiap kali servis dilakukan.Pastikan label tersebut telah disematkan pada kereta yang akan dibeli.

Kereta  gear manual dan automatik klac adalah komponen penting yang harus dipastikan sebelum membeli sebuah kereta terpakai.Untuk kereta manual carnya amat mudah iaitu dengan meletakan gear pada kedudukan gear 4 dengan handbrake ditarik dan menekan pedal minyak perlaha-lahan.Jika kereta  terus bergerak ini bermakna klac tersebut telah haus dan perlu diganti.Manakala kereta gear automatik pula jika semasa test drive pastikan kereta tidak melonjak semasa gear automatik sedang berfungsi dan ini akan mencegah kereta yang akan dibeli mengalami kerosakan segera selepas pembelian.

Penelitian terhadap kesempurnaan amat sukar dicapai ,walaupun begitu sedikit pengetahuan kadangkala boleh dimanafaatkan juga

Sekian,




Friday, June 18, 2010

Bola,bola,bola


Bola,bola,bola .Hari ini genap 20 perlawanan bola sepak dunia berlangsung yang mana tidak ada satu pasukan pun yang berjaya mencapai kemenangan dalam 2 perlawanan berturut-turut melainkan pasukan Argentina.walaupun blog ini aku khaskan untuk menepati sasaran post dalam kerosakan kereta tapi olehkerana demam bola yang melanda seluruh duni tidak dapat tidak terpaksalah aku teruskan juga dengan post bola.

Bola sepak dah jadi satu sukan yang paling terkenal diseluruh dunia dan dunia telah menghabiskan berbillion ringgit dan mungkin lebih dari itu untuk membina stadium,peralatan dan kemudahan perlawanan,termasuklah negara kita Malaysia yang bannyak meniup semangat juang pasukan negara dengan wang ringgit.Terimakasih kepada Malaysia dan pasukan negara dengan pencapaian setakat ini.




Dalam memperkatakan bola ini didalam sistem kenderaan juga tidak dapat lari dari menggunakan bola ,tetapi bola daklam sistem kenderaan adalah diperbuat dari besi padu.

Bola-bola yang terdapat dalam sistem kenderaan seperti kereta terdapat di sistem roda dan sistem enjin sahaja.Didalam sistem roda ianya terdapat pada drive shaft,bering roda,rod stereng dan join(penyambungan).Manakala dalam sistem enjin bola-bola kecil digunakan dalam karburator untuk membancuh minyak dari habuk kecil serta debu supaya sistem karburator berjalan sempurna.



Gambarajah di atas menunjukkan beberapa kedudukan bola besi yang digunakan dalam beberapa komponen kereta seperti yang disebutkan tadi.Jadi sesuai sekali bila tiba demam bola ingatkan kereta korang samada komponen diatas berada dalam keadaan baik atau tidak.Jika terdapat satu darinya seperti dalam sistem roda tidak berada dalam keadaan baik keadaan boleh jadi seperti ini .Ini adalah akibat sekadar ingatan bukan tujuan menakutkan!




sekian wassalam.







Tuesday, June 15, 2010

Jug besar


Jumbo jugs?Pelik tetapi inilah hakikatnya.Ini adalah post biasa yang aku rasa boleh membuatkan blog ini lebih santai dan tidak terlalu fokus kepada katakunci kerosakan malah lebih kepada blog yang korang boleh sekali2 rasa senang dan rehatkan minda.Ini juga adalah salah satu tips berkenaan Google Adsense yang mudah jika korang nak berjaya dalam blog Google Adsense.Jika nak cari katakunci boleh cuba dekat sini.


Mencari Katakunci

Katakunci jumbo jugs ini aku ambil kerana aku terlihat satu video dalam youtube berkenaan big jug yang aku rasa lucu gak lah jadi aku terus cuba pula katakunci jumbo dan terdapat pula perkataan jumbo cars,loan dan sebagainya.Tetapi pada hemat aku korang jangan masuk semua dalam blog katakunci jumbo jugs ini kerana ianya bahaya dan tidak sehat untuk minda dan boleh membawa kepada kerosakan.


Cuba lihat gambar ini semuanya jumbo jugs yang bermaksud besar-besar belaka!Tetapi daripada semua gambar jumbo jugs di atas pernah kah kita terfikir bahawa walaupun jumbo jugs ini nampak besar tetapi muncungnya tetap kecil jadi begitulah juga dengan membuat blog Google Adsense ini ,ianya susah pada mulanya tetapi boleh menampung muatan yang berlipat kali ganda seperti menuang air kedalam jumbo jugs ini sedikit-sedikit tetapi boleh bertahan lama dek kerana boleh menampung isian yang besar.


Kalau nak diminum sehingga habis pada masa yang singkat bukan mudah melalui jumbo jugs ,begitu juga Google adsense tuang sedikit-sedikit lama-lama daripada pendapatan pasif menjadi kepada pendapatan aktif.




Wednesday, June 9, 2010

Masalah pemuka kunci atau ignition



Salam,

Aku suka nak sentuh tajuk mengenai pemuka kunci atau lebih senang perkataan yang selalu aku guna iaitu ignition kerana banyak terdapat kereta yang dihantar ke mekanik selalunya mempunyai masalah demikian.

Sekadar memberi renungan dan iktibar kepada pengguna kereta jika tiba-tiba kereta tak dapat dihidupkan samasekali dan dashboard meter tidak berfungsi.Ini adalah kerana banyak sebab tapi sebab yang utama adalah ignition body yang selalunya mempunyai masalah sesentuh setelah lama digunakan.

Kebanyakan pengguna kereta akan berasa panik jika lampu2 diatas dashboard tidak berfungsi langsung,ini menyebabkan kereta tidak dapat dihidupkan terus dan pengguna akan panik kerana ini melibatkan kos yang banyak jika keseluruhan sistem wayar mengalami kerosakan.Tetapi suka aku nak ingatkan keadaan ini kebiasaannya selalu disebabkan oleh ignition body(badan pemuka kunci kereta) yang mengalami terlalu banyak gegaran dan kehausan akibat lama digunakan.Ini selalu terjadi kepada kereta-kerta proton dan Perodua yang banyak menggunakan ignition berwayar sesentuh suis kurang padat.Mungkin untuk mengurangkan kos meningkat kereta buatan kita menggunakan produk2 sedemikian.




Pengguna kereta tidak perlu khuatir kerana kos untuk ignition body jika ditukar tidak mahal ia sekitar dibawah RM100-RM150 sahaja jika dibandingkan dengan menukar keseluruhan sistem wayar yang mencecah ribuan ringgit.



Oleh itu korang tidak perlu panik jika menghadapi kerosakan sedemikian.Ini adalah masalah biasa yang selalu terdapat pada kereta buatan Malaysia selain daripada masalah bateri,pemuka meter(dashboard meter) dan keselruhan wayar serta relay(wiring system).

Sekian,




Monday, June 7, 2010

Buat duit dengan blog bahasa Malaysia dan Google Insight

Salam,


Post yang tidak terdapat dalam intisari post blog kerosakan kereta adalah post mengenai blog Google Adsense.Seperti mana yang kita ketahui ramai yang menggunakan Google sebagai browser dan tidak kurang juga yang menggunakan aplikasi lain seperti video(Google video),pengiklanan (Google Adwords dan Google Adsense),perhubungan (Google Chat),Blog (Google Blogspot.com) ,Google homepage dan sebagainya.

Samada anda sedar atau tidak sedar Google banyak memberi peluang kepada pengguna untuk menikmati sekali pendapatan bersama dengan Google melalui banyak cara contohnya Google Adwords dan google Adsense.Dua cara ini adalah dengan mendapatkan pendapatan pasif daripada pengiklanan yang menyiarkan iklan di laman Blog atau website anda.Cara ini amat mudah dan kebiasaannya ramai pengguna internet akan menyediakan satu ruang untuk mendapatkan sedikit pendapatan dari Google Adsense dan Adwords ini.

Baru-baru ini pula Google telah melancarkan Google Insight yang memberi peluang untuk pengguna Google menyenaraipendek sesuatu produk atau laman yang paling digemari diseluruh dunia.Carakerja ini amat penting untuk blogger yang inginkan pendapatan komisyen dari produk Amazon,Ebay dsbnya.



Untuk mereka yang belum tahu mengenai Google Adsense anda boleh layari banyak blog berkenaan Adsense dan Adwords ini.tapi kebanyakannya terlalu komplikated dan amat susah untuk difahami dengan cara cepat atau pantas.Akantetapi ramai daripada pengguna internet tahu bagaimana hendak membuat blog atau website tetapi tidak tahu pula ingin meletakkan iklan Google Adsense bagi blog berbahasa Melayu dsbnya.Ini adalah kerana iklan Google hanya menyiarkan iklan untuk blog berbahasa inggeris sepenuhnya.

Ramai dari pengguna internet gemar membuat blog mudah seperti blog keluarga,blog masakan,blog percutian keluarga dan blog santai seperti blog perjalanan kehidupan seharian.Ini adalah amat bagus sekali bagi kerana ini adalah cara mudah yang ingin tenagakerja blog kerosakan kereta kupas dan berikan idea bagaimana mendapatkan wang dari blog berbahasa melayu seperti ini.Permudahkan diri anda sambil menjana wang dari blog anda.

Cara yang amat mudah adalah dengan menambah sedikit html ataupun meletakkan kod bahasa dalam html iklan Google seperti berikut:-
(Perhatikan pengubahan kod dibawah)


Jika tanpa penambahan kod google_language="en"; seperti diatas didalam mana-mana blog berbahasa Malaysia anda tidak akan dapat melihat iklan google langsung setiap kali anda menggunakan kod adsense tersebut samada di blog ataupun website melainkan anda menggunakan kod html adsense yang tersedia ada.


Dengan sedikit penambahan kepada kod tersebut anda akan memanafaatkan blog anda dengan iklan dari Google Adsense dlm Bahasa Malaysia dan seterusnya blog anda akan menjana wang dari Google tidak kira blog anda blog rasmi ataupun sekadar blog harian dalam topik yang mudah seperti blog yang telah dinyatakan seperti diatas.Jadi kesimpulannya untuk menjana duit dengan senang melalui blog ialah dengan membina blog dalam kategori yang anda suka dan letakan iklan Google adsense.anda tentu berjaya jika anda terus mencuba.

Pada waktu ini Google telah membuka laluan kepada Blog Bahasa Malaysia untuk diletakan iklan Google Adsense ,tak perlu lagi penambahan kod seperti diatas.Pastikan tidak mengubah kod adsense jika tidak mahu dibanned oleh Google.(updated at 10 a.m 4/11/2012

Sekian!Wassalam








Sunday, June 6, 2010

Salam satu malaysia

Salam satu malaysia,

Pada pagi nie 7hb jun 2010 suka tenaga kerja blog kerosakan kereta merangkaikan semua yang dah tertinggal yang ingin diucapkan iaitu Selamat hari Keputeraan baginda Sultan Mizan Yang dipertuan Agong Malaysia,Selamat kembali ke Malaysia bagi sukarelawan kita dalam misi bantuan Gaza ke Palestine,Selamat hari guru dan akhir sekali Selamat menyambut musim bola piala dunia yang tinggal 4 hari saja lagi.

Dalam kesibukan tugas dan agenda invidu seharian diharap kita sebagai rakyat malaysia tidak ketinggalan dalam menyumbang bakti dan sokongan kita kepada mereka yang memerlukan seperti usaha sukarelawan kita dalam misi bantuan perubatan,pakaian dsbnya ke Gaza.ini sahaja yang dapat kita lakukan buat masa ini kerana badan dunia sendiri belum dapat memberikan harapan besar untuk saudara islam kita di palestine.

Tenaga kerja blog kerosakan kereta menyokong penuh usaha murni saudara sukarelawan kita yang membuat sumbangan besar dalam misi tersebut walaupun menghadapi rintangan ditahan oleh pihak tentera Israel kira-kira 12 hari lamanya.Usaha murni sukarelawan ini juga diharap dapat diteruskan seperti kata Perdana Menteri kita yang beranggapan 12 sukarelawan ini adalah wira negara yang akan memberikan contoh terbaik untuk generasi kini dan akan datang.




Sekian.

Friday, May 7, 2010

Tayar rosak atau gandar rosak


Kadangkala dalam kehidupan nie,kita selalu tersilap buat perkiraan dan kadangkala tindakan yang kita ambil tu tak bersesuaian dengan yang seharusnya.begitulah jugak dengan kereta,kadangkala kerosakan lain tapi yang lain pulak kita fikirkan dan perbaiki.Bukan mudah jika ingin membaiki kenderaan anda sendiri,begitu juga dengan mereka yang berurusan secara langsung dengan enjin kenderaan.

Dalam post kali ini aku nak sentuh kerosakan yang selalu dan nyata sekali membuatkan pemanduan kita tak berapa selesa dan ragu-ragu akan keadaaan kereta yang dipandu.



Selalu sangat bila kita sedang memandu kita rasa stering kereta bergoyang dan bergetar sekali sekala dan membuatkan kita sebagai pemandu ragu-ragu akan keselamatan penumpang termasuklah kita juga.Sebenarnya setelah banyak aku lalu dan garap daripada pengalaman disamping pengalaman sendiri juga yang merupakan pemandu kereta 'sepenuh masa'.Kerosakan tersebut bukanlah kerosakan daripada tayar yang selalunya pemandu akan membuat penjajaran (wheel alignment) dan penyeimbangan(wheel balancing)tetapi berpunca daripada kerosakan gandar iaitu daripada gandar(steering rod).


Gandar adalah merupakan sebatang besi lurus bergerigi skru dan terdapat bola besi mudah alih untuk membolehkan pengawalan stering ketepi,depan kiri dan kanan.Gandar tersebut wajib ditukar segera untuk mengelakan kemalangan jika stering kereta anda berasa getaran dan sedikit menggigil ketika pemanduan.Jika terus digunakan bola logam mudah alih itu akan tercabut dan seterusnya kereta tidak dapat dikawal dengan sempurna.

Kebanyakan pemandu akan menghantarnya ke kedai tayar untuk alignment dan balancing tayar tetapi jarang sekali mekanik tayar dapat mengesan keadaan stering tersebut,kerana bila tayar di perbetulkan jajaran dan penyeimbangan bola logam tersebut akan berkedudukan secara kukuh sementara.

Keadaan biasa selepas ditukar steering rod tersebut boleh bertahan sehingga 2 tahun jika anda selalu berada dijalan rata dan jika anda selalu melakukan pemanduan dijalan yang tidak rata seperti di tapak industri ketahanannya berkurang 25 peratus .

Sekian buat kali ini semuga ianya bermanafaat untuk pemanduan kita semua!


Gandar (steering rod)


RALAT-Perkataan gandar dalam post ini adalah merujuk kepada steering rod saja bukan Axle.

Saturday, May 1, 2010

Selamat Hari Pekerja 2010

Walaupun hari ini telah menjangkau 2 hb Mei rasanya belum terlambat lagi untuk blog kerosakan kereta merakamkan ucapan SELAMAT HARI PEKERJA 2010 yang disambut setiap tahun pada 1 hb Mei..Semuga tahun ini kita semua sebagai pekerja tak kira warna kulit,agama,budaya dan kedudukan serta profesion kita tetap akan merayakan hari pekerja dan sebagai seorang pekerja kita haruslah dapat menambahkan prestasi dan mengurangkan persepsi negatif serta melahirkan jatidiri sebagai seorang manusia yang berperwatakan manusia yang unggul disisi masyarakat,agama.bangsa dan tuhan azzawajalla.

Disamping keseronokan yang kita kecapi serta kemenangan dalam dumia yang fana ini jangan sesekali kita lupa bahawa kita akan kembali kepadaNYA suatu hari nanti.Jadikan diri kita sebagai satu keunggulan disisi masyarakat dan agama.

Blog kerosakan kereta yang hampir menjangkau 2 tahun umurnya berharap pada masa-masa akan datang akan lebih ramai lagi pengunjung yang ingin mencari maklumat berkenaan kerosakan kereta mahupun sesuatu yang santai dan memelihara minda untuk santapan rohani dan santapan kereta yang juga diharap dapat sedikit sebanyak membantu dalam proses kehidupan.

Blog kerosakan kereta juga telah memperkenalkan satu laman baru yang dikenali sebagai BEAUTY.Laman ini tiada tujuan khas,ianya adalah santapan santai rohani semata-mata bertujuan merehatkan minda dan fikiran semua pengunjung sahaja.

Blog kerosakan kereta juga amat berterimakasih kepada pengunjung yang tak putus-putus singgah untuk mencari info berkenaan kereta .Semuga dengan sokongan pengunjung semua blog ini akan dapat ditingkatkan lagi dengan post yang lebih menarik dan berguna pada masa-masa akan datang.Jutaan terimakasih juga kepad pengunjung yang telah mencatatkan komen dalam blog ini.


Sekian Terimakasih.

SELAMAT HARI PEKERJA 2010





Monday, April 5, 2010

Kereta kancil yang tersenggut-senggut


Kerosakan yang terdapat pada kereta kancil memang agak banyak,tetapi dalam post kali ini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman berkenaan kereta kancil yang tersenggut-senggut bila dalam keadaan menaiki bukit ataupun jalan yang tidak mendatar.

Walaupun pengeluaran kereta kancil telah diberhentikan oleh Perodua dan sekarang diganti dengan Viva tapi masih ramai diantara kita masih memiliki kereta ini.

Kerosakan ini akan berlaku bila kita mendaki bukit ataupun jalan yang tidak landai dan sedikit berbukit.Kereta kancil berkeadaan tersenggut-senggut dan bunyi enjin yang seakan-akan ingin berhenti.Bila kita mengalami masalah ini dan kita terus menekan minyak dikhuatiri kereta kancil tersebut akan mengalami 'overflow'(minyak yang dipam keenjin terlalu banyak)dan kenderaan ini akan berhenti dengan sendirinya.

Seperti yang kita ketahui kereta kancil memang menggunakan karburator untunk sistem minyak dan angin,jadi keadaan 'overflow' ini lebih menyukarkan untuk dihidupkan jika berada dalam cuaca yang agak dingin atau hujan.




Kebanyakan pengguna dan mekanik juga akan terfikir untuk menukar spark plug(palam pencucuh) dan menukar kabel plug tetapi berdasarkan pengalaman aku selama berkecimpung dalam bidang automotif ini,kerosakan tersebut bukan berpunca daripada sistem api .Ia sebenarnya berpunca daripada fuel filter (penapis minyak petrol)yang telah kotor dan tersumbat seterusnya mengganggu perjalanan api dalam enjin.Untuk itu penapis minyak tersebut mestilah ditukar.Untuk pengetahuan penapis minyak tersebut berada dikedudukan dibawah kereta sebelah kiri penumpang belakang, boleh tukarkannya sendiri ataupun hantar ke mekanik untuk ditukarkan.Kos penapis minyak tersebut ialah sekitar rm20 ke bawah.

Untuk menyenangkan lagi supaya tidak terganggu perjalanan semasa pemanduan ialah dengan menukarnya setiap kali membuat servis kereta dan pastikan anda atu mekanik menukar penapis angin (air filter) juga untuk lebih kelancaran enjin.




penapis minyak petrol (fuel filter)

RALAT: Flywheel oil seal yang bocor akan menitiskan minyak enjin dan bukannya minyak gear seperti yang tertulis dalam komen2 dibawah,HARAP MAKLUM.

Sunday, March 7, 2010

Bunyi pada brek kereta gear automatik


Pada post kali ini aku nak menyentuh sedikit tentang masalah yang selalu dihadapi pada kereta gear automatik.Masalah yang berpunca dari penjajaran yang terus membawa kepada kerosakan pada sistem brek sesebuah kereta.



Sistem brek sesebuah kereta banyak bergantung kepada sistem minyak brek,dan selalunya ia akan melibatkan angin dalam brek kereta dan brek pad.Ada sesetengah kereta yang memerlukan pembuangan angin dalam sistem brek atau secara praktikalnya melepaskan minyak brek dalam keadaan enjin sedang beroperasi.Terdapat dua masalah pada sistem brek kereta iaitu:-




1.Brek kereta tidak berfungsi dengan baik

Ini dilakukan jika brek tidak berfungsi dengan baik dan jarak brek dari kereta bila berhenti terlalu jauh.Operasinya amat senang iaitu dengan membuka saluran kecil minyak brek pada kebuk brek atau Brake housing dan buangkan minyak sambil brek dipam oleh pengendali yang lain.Ulang operasi ini beberapa kali sehingga brek terasa padat(Ini adalah cara lama)

Brake Bleeding

Tetapi pada masa ini terdapat alat yang digunakan untuk tujuan ini dan hanya seorang pengendali terlibat dalam kerja ini.(lihat gambar)





Kebanyakan masalah ini akan terdapat pada kereta gear manual dan tidak terlalu kerap berlaku pada kereta gear automatik.

2.Brek berbunyi pada kereta automatik

Sistem jajaran atau wheel alignment banyak mempengaruhi bunyi pada sistem brek kereta automatik.Apa yang perlu dilakukan ialah membuat alignment dan balancing tayar untuk memberi ketepatan pada tayar dan seterusnya ialah menukar brek pad kereta supaya bunyi yang sama tidak berulang.

Fenomena ini selalu terjadi pada kereta automatik dan kebiasaannya pengguna kereta hanya membuat penjajaran tayar tanpa menukar brek pad dan bunyi tersebut akan terus ada jika pad tidak ditukar.

Untuk keselamatan dan corak pemanduan terbaik apa yang penting adalah mengekalkan kereta anda dalam keadaan lebih sempurna dari hari sebelumnya.

NOTA PENTING:-


Seringkali selepas menukar brek pad ,terdapat bunyi yang keluar dari roda.Masalah ini pula ada kaitannya dengan pelapik besi yang kadangkala tidak dipasang semula oleh mekanik,jadi sebagai pemandu pastikan anda memberitahu mekanik supaya meletakan semula pelapik besinya jika ada dan pastikan pula anda gumakan brek pad yang original kerana jika yang lain digunakan ketebalan pad tersebut amat diragui dan membuatkan bunyi tak menyenangkan terhasil.



Thursday, February 25, 2010

Maulidur rasul



Selamat menyambut maulidur rasul untuk semua pengunjung blog kerosakan kereta pada 26 Februari 2010 bersamaan 12 rabiulawal hijrah.Semuga kita berjaya mengerjakan ibadah dengan lebih sempurna dan mengikut segala ajaran nabi muhammad S.A.W dengan lebih tertib.Berjaya juga memperbanyakkan berselawat di hari keputeraan baginda dan seterusnya dalam hari-hari mendatang.

wassalam dari admin blog-kerosakan kereta



Friday, February 5, 2010

Penggunaan flasher relay dalam lampu signal


Banyak posting sebelum nie mengenai kereta aku postkan berkenaan kaedah yang aku rasa terlalu sukar untuk di nilai oleh pengguna  baru kereta walaupun ianya sangat penting.Dalam post kali ini aku nak perkenalkan satu relay yang berfungsi mengawal kelajuan signal belok kiri dan kanan dalam sesebuah kereta.

Alat ini dipanggil 'flasher relay' ataupun pengimbas signal.Kerosakan signal jarang diperhatikan oleh pengguna kereta kerana ianya tidak melibatkan enjin kereta berhenti ataupun tidak bergerak.Ianya cuma melibatkan signal belok kiri dan kanan yang kelihatan terlalu laju dalam kerlipan  yang kelihatan pada panel dashboard meter pemandu.




Kerlipan pada dashboard pemandu akan kelihatan signal berkelip secara laju kira-kira 20-30 kerlipan sesaat sesekali digunakan berbanding 5-8 kali kerlipan dalam sesaat.Ini adalah disebabkan terdapat kerosakan pada flasher relay yang selalunya terletak di panel fuse bahagian depan bawah kaki pemandu.Ianya amat mudah dikeluarkan dan dilekatkan kembali dengan yang baru bila terdapat kerosakan sebegini pada kereta.

Kedudukan flasher relay ini pada kebanyakan kereta ialah dibawah dashboard sebelah pemandu iaitu diatas pedal minyak bagi kebanyakan kereta jenama Proton dan Perodua.manakala kebanyakan kereta Honda ianya terletak di bahagian enjin sebelah kiri didalam ruangan kotak fuse didalam enjin.Alat ini boleh digantikan sendiri oleh pengguna kereta dan kebiasaannya kedudukan relay ini bersebelahan dengan relay air cond kereta.

Apa yang diperlukan ialah flasher baru,hanya tanggalkan yang lama dan cucukkan yang baru pada wiring relay tersebut.Relay tersebut kebiasaannya berpanel elektrik tiga  dan ianya dalam bentuk bulat .




Friday, January 29, 2010

IPad baru dari Apple

Salam,

Hari ini bersamaan 30 januari 2010 nie adalah hari Thaipusam dan seluruh warga Malaysia yang berbangsa Hindu akan meninggalkan kawasan kediaman dan berkunjung ke ibunegara Kuala Lumpur atau tempat khasnya di Batu Caves Selangor.Berkenaan hari Thaipusam nie aku tak banyak tau tapi yang aku tahu adalah pembawa Kavadi akan bersiap dan menyertai perarakan disekitar kawasan sembahyang ugama tersebut.Kavadi adalah sejenis peralatan yang ditusuk kedalam kulit  pembawa Kavadi dengan menggunakan besi tajam.


Nampaknya dah banyak pulak aku cerita pasal Kavadi nie(sekadar yang aku tahu dah ingin ambil tahu),tapi apa yang aku nak cerita pagi ni adalah berkenaan iPad .Mungkin ramai yang dah tahu pasal iPad ni kerana dah berada dalam pasaran dan harganya sekitar RM1700-2500.Ini bukan promosi sekadar nak menilaai sejauh mana teknologi terbaru komputer dari Steve Jobs(tokeh Apple).

Dari apa yang aku dah research iPad ni kegunaan terhad cuma internet,photo,games dan kemungkinan akan terdapat kamera juga pada masa akan datang.Yang menarik tentang iPad ni adalah saiznya yang kecil dan berkapasiti 3Gigabyte ataupun senang cerita besar le dari kebanyakan laptop dan mungkin juga kelajuan tinggi sebab tu ia menggunakan skrin sesentuh.

Untuk mereka yang hidup dalam kesibukan kerja dan lifestyle elok gunakan ni sebab ia ringan,senang nak bawa,skrin sesentuh dan gig yang besar..Banyak gak laman yang aku tengok pasal teknologi dari Apple ni dan kebanyakan photo yang aku lihat nampak elok jugak pembuatannya dan harganya pun rendah juga tak perlu pakai PDA kalau dah pakai iPad nie-senang juga le!.







Friday, January 22, 2010

Kemangkatan Sultan Johor(Sultan Iskandar)

Salam,

Pada pagi ini blog kerosakan kereta ingin merakamkan sedikit ucapan takziah kepada seluruh rakyat negeri Johor amnya dan keluarga Sultan Iskandar ibni al marhum Sultan Ismail Al Khalidi kerana kemangkatan sultan Johor pada 22 januari 2010 khasnya.Al Fatihah.

Dalam pada kegembiraan rakya Negeri Sembilan yang baru saja selesai menyambut keputeraan Yang diPertuan Negeri Sembilan kita dikejutkan pula berita kemangkatan Sultan johor semalam.Ini amat terasa sekali bagi rakyat Negeri Johor kerana banyak jasa-jasa beliau dalam memartabatkan Johor dalam sejarah Malaysia antaranya cadangan merobohkan Tambak Johor dan menyalurkan sistem perundangan untuk pengambilalihan pulau Batu Putih.

Pada beberapa tahun pemerintahan baginda sebagai Yang diPertuan Agong baginda banyak menyumbang dan mencemar duli dalam pasukan keselamatan negara.Banyak lokasi pasukan keselamatan dilawati oleh baginda semasa pemerintahan baginda sebagai Yang diPertuan Agong selama5 tahun iaitu 1984-1989.

Antara sumbangan yang paling bermakna buat negeri Johor adalah pendermaan semua elaun baginda sebagai sultan kepada Yayasan Iskandar untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan.

Berkat tunjuk ajar baginda sebagai sultan,anakanda beliau Sultan Ibrahim Tengku mahkota berjaya mewujudkan Kembara Johor dan melawat sekitar bandar dan kawasan kampung seluruh negeri Johor.Lawatan Tengku mahkota sultan Ibrahim amat bermakna kepada seluruh rakyat Negeri Johor.


Kehilangan beliau adalah kehilangan seluruh warga Johor khasnya dan Malaysia amnya.Al fatihah-dari anak jati negeri Johor.


Friday, January 1, 2010

Selamat tahun baru 2010

Salam,

Pertama sekali pada pagi hari Sabtu bersaman 2 Januari 2010 nie aku nak ucapkan selamat tahun baru omputih kepada semua rakyat Malaysia dan Dunia amnya.Rasa-rasanya banyak lagi matlamat dan cita-cita atau azam pada tahun lepas yang tak tercapai lagi dan mungkin juga ada yang memasang strategi baru untuk 2010 nie!

Sebelum memulakan hari-hari perjalanan hidup kita di 2010 nie aku harap kita renung sejenak dan bertafakur sebentar mengingati mereka yang telah pulang ke rahmatullah tak kira lah ada pangkat atau populariti dalam apa bidang pun tapi yang pastinya kita semua akan pulang kembali semula kepada yang MAHA ESA!Dan al fatihah kepada umat Muhammad seluruhnya! AL FATIHAH!

Tahun 2009 kita tinggalkan umpama sebuah buku kita buka lembaran baru,penampilan baru,idea baru,minda baru dan juga cuba hindarkan diri dari segala kerosakan fizikal dan mental baru di 2010 nie!Harus ingat ya!kerosakan kereta tetap sama tak ada yang baru sumernya sama sahaja melainkan ditukar enjinnya kepada enjin kapalterbang mungkin jadi kerosakan baru!HeHe!

Berbalik kepada tahun 2010 nie,tapi permulaannya agak tak memberansangkan kerana tup-tup harga gula naik 20 sen,eh-eh camane pulak tu tahun baru je harga terus jadi baru tapi gaji dan pendapatan tak nampak lak nombor baru?Fikir-fikir dan renungkanlah!Selamat beramal!(ku pinjam kata-kata dari Prof Izi Ali-Hotfm)

Malaysia dan makin maju katanya!,tapi pada aku yang majunya jenayah sebab makin banyak lak jenayah di negara Malaysia nie,pembunuhan makin banyak dari yang bayi hinggalah ke dewasa,maju betul nie dah macam Koboi je tak puas hati tembak,kasi jalan,aku ingat sumer rakyat Malaysia nie tambah nama Jesse kat depan cam Jesse James tu ok gak kot!HaHa!

Yang menarik tahun baru nie cuma penamatan pengawal warga asing jadi dapatlah warga Malaysia peluang kerja,walaupun hanya pengawal keselamatan tapi kalau orang tempatamn mungkin gak ada bezanya dari warga asing.

Bagi kereta pulak dah makin banyak model keluaran pengusaha Malaysia seperti Proton dan Perodua di pasaran.Semuga keluaran nregara kita dapat sambutan dan kita rakyat Malaysia sokonglah keluaran tempatan walaupun dari kos baik pulih memang kerap.Kereta kita masih baru dari segi teknologi tapi kita beri peluang lama-lama setanding gak dengan keluaran dari luar seperti Jepun,Perancis dan Eropah.

Sekian,


SELAMAT TAHUN BARU 2010