Friday, September 9, 2016

Setelah sekian lama ditinggalkan dan tidak digunakan

Bertemu kembali setelah sekian lama dalam post sempena menyambut Hariraya Korban 2016 bersamaan 8 Zulhijjah 1437,Selamat Menyambut AidilAdha.

Pada masa ini kebarangkalian untuk sebuah keluarga atau individu memiliki lebih dari sebuah kereta adalah biasa.Ada kereta yang digunakan seharian,sekali-sekala dan ada juga yang tidak digunakan terus berbulan-bulan malah bertahun dibiarkan begitu saja.


Apa yang saya ingin sampaikan dan berkongsi pengetahuan adalah mengenai kerosakan yang akan berlaku apabila sesebuah kereta itu tidak digunakan untuk jangkamasa melebihi seminggu dan seterusnya.




Kerosakan kerap berlaku setelah seminggu atau dua minggu tidak digunakan

1.Bateri menjadi lemah

Kereta  yang ditinggalkan terus tanpa dihidupkan pada jangkaasa 1 minggu atau 2 minggu akan mengalami kemerosotan kuasa bateri dari sedikit sehinggalah kepada kehilangan kuasa seluruhnya.Ini hanya dapat diperbaiki seeloknya hanya dengan menukarkan bateri tersebut kepada yang lain atau baru.Kebarangkalian enjin kereta untuk hidup dan kembali pulih  semula menggunakan kereta adalah kira-kira 20% sahaja dengan  mengandaikan tiada kerosakan komponen lain berlaku.

2.Pam Minyak (Fuel Pump) sukar bekerja

Apabila kereta tidak digunakan untuk jangkamasa yang agak lama akan menurunkan semua minyak yang terdapat pada injekter atau dan berkumpul pada fuel filter.Minyak ini memerlukan kuasa yang kuat dari fuel pump untuk naik semula bagi memulakan pembakaran enjin dan biasanya fuel pump akan tersentak apabila kuasanya digunakan menyeluruh dan motor dalamannya pula telah menjadi ketat setelah dibiarkan sekian lama tidak digunakan.Kebarangkalian untuk boleh  digunakan semula adalah sekitar 50 % sahaja.Mahupun begitu ada terdapat fuel pump yang berbentuk manual yang menggunakan kuasa pusingan enjin untuk bekerja seperti pada Wira lama,kancil,Toyota KE dll boleh berfungsi baik jika dicuci semula.



3.Air radiator menjadi berlumut

Air dalam radiator yang bercampur akan berlumut dan membentuk kotoran dan apabila enjin dapat dihidupkan ,untuk sistem penyejukan termasuk thermostat dan water pump bekerja dengan baik adalah hanya 70 % dari asalnya.Enjin akan mengalami kepanasan sedikit dan air dalam radiator perlu dibuang dan diganti coolant dan air yang baru.


Kerosakan kerap berlaku apabila enjin tidak digunakan melebihi 2 minggu,sebulan dan setahun

1.Bateri tidak boleh digunakan langsung

Samada anda menanggalkan kepala bateri atau tidak,bateri yang tidak digunakan oleh enjin akan mengalami kemerosotan lebih-lebih lagi untuk jangkamasa melebihi 2 minggu,sebulan dan setahun.Enjin memerlukan bateri baru untuk dihidupkan.

2.Fuel Pump Berhenti

Komponen ini akan terus berhenti bekerja terus dan amat sukar untuk kembali pulih melainkan ditukar,Kuasa negatif pada wiring pula akan hilang akibat karat pada sentuhan  body Pam Minyak manual kebanyakannya berkarat dan mungkin pelantik penekan akan patah apabila enjin berpusing untuk dihidupkan.

3.Spark Plug berkarat  karbon melekat dan keras

Untuk sesebuah enjin kereta yang telah ditinggalkan lama ,spark plug perlu ditukar dahulu sebelum enjin cuba dihidupkan.Ini kerana keseluruhan karbon dan kotoran yang ada pada palam tersebut telah keras dan menimbulkan karat pada sekelilingnya dan sukar untuk api berkuasa dialirkan.

4.Brake Pad mencengkam kukuh dan mengeras

Brek yang tidak digunakan lama biasa melekat pada wheel disc dan seterusnya mengunci kukuh disc daripada bergerak.Cara biasa untuk kereta bersaiz kecil ialah dengan menolak kedepan kebelakang supaya cengkaman brek dapat dilonggarkan.Manakala untuk kereta bersaiz besar,MPV,SUV dsbnya,bahagian brek dan disc perlu dibuka dan dicuci untuk proses nyahkarat dan kotoran melekat.

5.Clutch Plate melekat

Kekerapan Clutch Plate untuk melekat adalah amat kerap apabila kereta tidak digunakan untuk waktu yang lama,Flywheel akan berkarat dan sukar berpusing apabila starter berputar.Clutch plate melekat begini boleh dilepaskan juga dengan menggerakan kereta kedepan dan kebelakang setelah gear dimasukkan manakala untuk kereta dengan auto transmission biasanya ia mudah dilonggarkan oleh pergerakan jika enjin dapat dihidupkan kerana torque converter akan berpusing serta merta sementelah enjin hidup.

Secara Amnya kereta yang ingin ditinggalkan dalam waktu yang lama boleh berfungsi sediakala jika enjin dapat dihidupkan 5 minit sehari dan bergerak sekali seminggu,itupun jika ada seseorang yang lain dapat melakukannya setelah ditinggalkan.

Sekian untuk kali ini muga bertemu dilain posting dalam masa terdekat akan datang,Wassalam.





Friday, April 1, 2016

Reset ECU/ECM.Throttle Body.Fuel Pump dan Alarm


Terdapat beberapa jenis reset pada sebuah kereta seperti reset alarm,reset ECU/ECM dan reset fuel pump.Reset-reset demikian adalah amat penting untuk diketahui oleh semua pengguna kereta kerana dengan cara ini saja lah kereta akan dapat mengembalikan keadaannya kembali  kepada asal sebelum kerosakan.Kaedah reset adalah sama dengan apa yang dipraktikkan pada sebuah komputer yang mengalami masalah sistem iaitu arus letrik atau kuasa akan dipotong apabila sambungan seperti kabel ke monitor atau CPU ditanggalkan, cuma kaedah pada sebuah kereta pula adalah melalui sambungan kuasa bateri,relay dan fuse serta beberapa kaedah lain.



Kebaikan dan kesan reset pada kereta

Sesebuah kereta moden dilengkapi dengan sebuah microprocessor atau pemacu micro yang digunakan kira2 80 pertus untuk mengawal sistem sebuah kereta terutamanya untuk menjimatkan penjimatan minyak dan asap serta mempercepatkan proses pengesanan kerosakan tanpa melibatkan kerja dan tebakan yang banyak untuk suatu kerosakan malah lebih dari itu pemeriksaan secara wire diagnose lebih mudah dilakukan.

Kesan utama reset ini pula ialah kereta akan menjadi stabil semula,contohnya apabila sistem ECU/ECM diresetkan komponen yang baru saja ditukar akan menemui semula sistem asal ECU/ECM untuk memastkan kereta dapat dikawal dengan sempurna kembali.

Terdapat beberapa reset penting dalam sebuah kereta diantaranya:-

1.Reset Alarm atau kunci remote

Kadangkala terjadi enjin tidak dapat dihidupkan dan bunyi alarm  kereta juga  tidak berfungsi dan terpaksa membuka pintu secara manual.Keadaan yang terjadi ini biasanya disebabkan oleh sistem alarm remote yang menghadapi kesulitan untuk berinteraksi dengan kotak hitam alarm dalam kereta.kaedah reset alarm perlu dikenalpasti untuk mengembalikan sistem ke asal.

Kaedah paling mudah adalah menekan butang reset yang disediakan  pada dashbod atau dibelakang sebelah tepi kanan steeng pemandu.Jika butang reset ini tidak disediakan ,pendekatan cara lain pula mestilah diketahui.

Kaedah biasa adalah dengan memusing kunci kereta sehingga penghujung sebanyak 2 kali akantetapi tidak semua kereta yang dikeluarkan boleh menggunakan kaedah ini.Cara yang terbaik secara mekanikal yang biasa dipraktikan oleh mekanik ialah dengan menanggalkan terminal positif bateri kemudian disentuhkan semula 2 kali dengan jarak antara 2 sentuhan kira-kira 5 saat pada positif bateri sehingga alarm berbunyi 2 kali serta lampu hadapan yang akan berkelip 2 kali juga.



2.Reset Throttle Body/Fuel Pump

Kaedah reset ini pula adalah apabila aliran minyak ke sistem injektor ditanggalkan seperti mencuci Throttle body atau menukar fuel pump.Kaedah ini biasa terdapat pada kereta Malaysia enjin Campro pada Pesona,Exora dan Perdana .Reset ini adalah untuk mengembalikan prestasi komponen kepada asal sebelum ia ditanggalkan supaya kereta dapat berprestasi sediakala dan lebih baik.

Pusingkan kunci kereta pada ON tetapi jangan dihidupkan cuma biarkan semua lampu pada panel dihidupkan kira-kira 2 minit.Setelah itu pusingkan semula kunci atau tutupkan kunci tanpa menarik keluar kunci dari tempatnya.Kemudian tekan pedal minyak sehingga habis menjejak lantai kereta dan biarkan ia kekal begitu setelah itu  dan ON kan semula kunci kereta ,biarkan kira2 10 saat sehingga 2 bunyi kedengaran pada bahagian depan enjin sekitar Throttle Body dan seterusnya  lepaskan pedal minyak perlahan-lahan.Anda selesai!Tutup kunci dan hidupkan enjin seperti biasa.

3.Reset ECU/ECM (Engine Control Unit/Engine Control Module)

Reset ini adalah amat sesuai digunakan untuk menyelesaikan banyak masalah sensor dan pengawal sistem pada kereta yang kadangkala disertakan dengan nyalaan lampu CHECK ENGINE pada panel meter.

Jika ada terdapat kesilapan pada aliran arus voltage pada sensor seperti terkena air pada soket penyambung contohnya sambungan sensor ekzos,kesannya pula kereta akan semput dan ingin mati serta terdapat nyalaan lampu check engine.Ini menandakan kaedah ini perlu dilakukan akantetapi tidak semua masalah reset ECU/ECM ini dapat menyesaikannya melainkan komponen sensor terlibat dibersihkan atau ditukar.Sensor-sensor yang mudah terkena minyak atau air dalam enjin adalah seperti sensor ekzos,sensor,throttle,sensor camshaft dan sensor abs.

Jika tiba2 check engine menyala selepas membersihkan kereta dengan air, sensor ini perlu dikeringkan dahulu dengan membiarkan kereta kira2 setengah jam sebelum digunakan,bolehjuga dilap alat sensor jika anda ada pengetahuan mekanikal membuka dan memasangnya semula.

Kaedah pertama reset ECU/ECM adalah dengan mencabut kabel negatif bateri dan biarkan 10 minit tanpa dipasang.Setelah 10 minit berlalu pasang semula kabel negatif bateri dan hidupkan enjin kereta selama 10 minit juga.

Kaedah kedua adalah dengan mencabut fuse bertanda ECU/ECM dan relay ECU/ECM kira-kira 10 minit juga dan pasangkan semula tanpa menanggalkan kuasa bateri.